Tak mood

  • 1
Kartini, ko buat aku ketawa atas kekampungan kita. Ahahaha. :P Kelakar occay, kenangan-kenangan kita masa kecil.

Ok, entri ini adalah untuk menolak entri gambar kebawah. 'Tak mood" bak kata nenek gua.

Selepas hampir 2 tahun

  • 5



Setelah hampir 2 tahun, baru aku terasa nak print out gambar kahwin. Bila cari DVD tu, tak jumpa pula. Jadi, tanyalah Angah, ada tak by chance, dia simpan lagi gambar kawin gua.

Yay! Angah simpan lagi. Dia akan burn dalam DVD. Terima kasih banyak-banyak.

Owh! bukan sebab apa, gua bunting pelamin. Sebulan lepas kawin terus uwek-uwek dan mabuk tahap admitted ke hospital. Jadi mana ada mood nak buat semua itu.

Sekarang lepas Iqbal dah umur 14 bulan, baru ada mood semula nak edit-edit dan print out. InsyaAllah.



link: Angah Zulkhas

Jalan-jalan

  • 14
Penjaga di nurseri kata "Semua baby baya Iqbal dah berjalan, Iqbal aje yang belum"

Gua senyum aje. Tak kisah sangat. Perkembangan baby lain-lain.

Sekarang, Iqbal baru nak belajar-belajar berjalan.

Kawan baik dia adalah dinding.

Puding Karemel tanpa telur

  • 9
Selepas malas mendengar bebelan kawan gua, yang dok minta creme caramel. Gua bagitau dia, gua akan buat. Tapi yang takder telur. Gua pergi dekat sumber paling dipercayai, matgebu. Resepi Puding Karemel dia. Dalam gambar memang cantik.




Gua pun ikut lah. Tapi dalam tengah membuat tu, gua rasa macam pekat bebeno. Lepas siap, memang lah jadi, tapi it failed the teksture test gua. Rasa memang sedap. Teksturenya terlalu beragar-agar.

Gua kalau dengan agar-agar ni memang susah sket nak agak. Jadi mungkin kena latih lagi menggunakan serbuk agar-agar supaya familiar. Bila gua nak teksture macam ni, kena guna air banyak ini.

Ika, sila sabar. Bila gua dah dalam mood eksperimental ni. Makin rajinlah gua buat pudding caremel ni. Sampai tak terlarat rasanya nak makan. Dan takkan minta lagi creme caramel daripada aku.

Bila dah pilih opsyen yang lebih healthy, rasa dia memang tak boleh la lawan dengan creme caremel yang ada 5-10 biji telur. Memang la tidak. Dan kepada adik-adik aku yang tak suka the old fashined creme caramel dengan telur. Bau hanyir telur tu yang dia tak dapat get over with.

Gua akan usaha, buat creme caremel yang tidak bertelur untuk mereka. This is for them... *uhukss.. uhukss*. Syahdu.

Babylimpik - Siri 1

  • 14
Selepas kelempang kelempung tonggang terbalik berkenduri, akhirnya dapat lah hidup sebagai suami isteri. Sedar tak sedar kita bukan sahaja berada dalam alam rumah tangga, nak tak nak, malah secara automatiknya menjadi ahli berdaftar dalam babylimpik (baby olympik ).

Babylimpik adalah olympik minda dimana orang berpusu-pusu untuk mendapatkan baby dan menambah baby. Kejayaan untuk mendapatkan baby dengan cepat dan ramai dalam waktu-waktu yang singkat membolehkan seseorang tu berbangga dengan pingat dan boleh cakap apa sahaja dengan orang lain yang kurang bernasib baik. Yang lain adalah golongan bawahan dan 'loser'.

Seperti yang dibincangkan dengan kawan-kawan rapat aku, itulah hakikatnya. Selepas terlepas daripada panahan soalan, bila nak kawin? Kita terpaksa pasang baju kalis soalan yang seterusnya "Bila nak dapat baby?"

Besar rahmat bila bunting pelamin. Sebelum orang dok tanya-tanya buat sakit hati macam kita tak ada effort nak dapatkan zuriat, awal-awal lagi kita seal mulut dia dengan infomasi yang kita ni dah berbadan dua.

Ingatkan dah legalah, tak dapat soalan klise menyampah tahap dewa nak menjawap tu. Hati tambah rasa sadis bila dia kata "Haih.. gelojohnyaaaaa.. macam tak sempat-sempat pulak"

Kalau begitu kita senyum dan jawab "Gua subur dan suami sharp shooter. Memang syukur sangat-sangatlah dengan rezeki ni..!!!"

Agak-agaknya soalan-soalan lain tak akan berhenti selagi orang tu tak mampos.

Bertemu lagi di siri lain.

toqreemaow: GUA BLOGGER MISKIN JE

Seperti TokR, aku juga blogger miskin.

Tapi aku rasa ramai lagi yang dah menulis blog since 1999 dan tak pernah pun nak ngaku pioneer dalam dunia blogging.

toqreemaow: GUA BLOGGER MISKIN JE

Eh eh eh

  • 3
Eh! rasa macam nak tulis banyak-banyak. Tapi malas la pula.

Ahli grup nasyid adalah cool dowwhhh!!

  • 9
Elo elo elo.. Sapa yang cool sangat tuh? Kawan aku upload gambar ni kat facebook dan aku sangat terimbas ok!! Ahahaha.

Masa ni kitorang form 5 dan kitorang wakil sekolah Nasyid (ehem ehem) sekolah masa tu. Juara Zon 2 dan gambar ni kalau tak silap masa di SAMTAR untuk final. Zon 2 yang masa tu almost semua kategori wanita di monopoli oleh SAMTH, Kg Jawa, almost menang semua juga tau.

Malangnya, kitorang dapat no.2 sahaja. Macam mana nak lawan group nasyid lelaki?? Dem sungguh grup nasyid SAMT Kuala Kubu Baru ( nasib baik ko nyer solo hensem suara sedap!!). Aku tetap hormati grup nasyid lelaki sebab masa tu kalau muka tongkang pecah pun, tapi kalau jadi solo, sure jadi pujaan ramai lah. Ada juga yang minat mamat percaussionist, yang terer gila ketuk kompang dan tabla.

Masa ni, aku bertuah sebab ada abang yang terer cipta lagu dan terer main percaussion dan juga pembekal lagu-lagu nasyid yang cool dan terkini. Abang aku ex-bumi wakafan dan ex-nasyid UTM. Kumpulan nasyid perempuan tak semestinya nyanyi macam El-Suraya aje tau!

Wahh.. coolnya gaya pistol tu. Lagi-lagi dengan jam John Master ayah gua. Gambar ni mengingatkan aku yang aku juga dalam kategori suara *uhuk* sedap *uhuk*.. ahahahahaha.

Thanks No0razlindah Abu N0h sebab upload gambar ni dalam facebook dan buatkan aku menulis entri yang panjang lebar ini. Karang banyak sangat informasi yang aku dedahkan. Ahahaha.

Dalam kereta nanti sure nyanyi semula lagu Manis dan Kala tiba Sinar Mentari Pagi (demam gua lupa tajuk lagu nih).

p/s: Sila teka mana satu aku, Si Fadzli boleh salah teka? ampeh sungguh. Dia kata aku sweet. Wooowwwieeeee.... :P. Nuar belum tengok lagi nieh. Kalau tengok sure nyesal tak masuk sekolah agama JAIS dan jatuh cinta dengan aku awal-awal lagi. Ahahahaha.

Dem it..

  • 2
Heartbreaking tau. Bila tengok gambar baby yang mati sebab di buang di tempat sampah. Sangat-sangat heartbreaking.

Damn it. Dorang takde hati dan perasaan ke? Betapa ianya satu nyawa, yang sangat suci tau. Walaupun daripada jalan yang terkutuk. Baby tu tak deserve this at all.

Pembunuh bayi mmg patut terima hukuman bunuh juga. Sangat keji. Tak cukup la kutukan di dunia ni untuk justify perlakuan diorang.

Ahh. Aku benci bila aku rasa marah macam ni. Sangat tak bagus untuk jiwa aku. Dem dem dem.

Kisah demam

Kalau weekend tu dihabiskan dengan demam, cuti tu takkan terasa.

Tau-tau dah hari Isnin dan kita kena bekerja semula.

Deng sungguh. But ye lah. demam ni macam ada baton untuk di pass-pass pada orang lain supaya legasinya tak berakhir.

Mula-mula Nuar demam di Kuantan. Kemudian Hi demam, pastu Haq demam. Dan aku pula demam. Iqbal pula pagi ni badan dia dedar sket.

Wuihh. Memang dugaan sungguh.

Semangat update blog sudah kembali

  • 2
Hai, sejak blog pakai baju baru ni, update pun dan panjang-panjang. Siap ada gambar lagi.

Ok sudah. Ada UAT petang nanti.

This weekend ada kenduri untuk dihadiri. Dan ada idea untuk buat Kitchen Tools Series dalam blog nih.

Banyak sangat benda on my mind. Ada satu issue tertangguh yang aku mahu bincangkan tapi tertangguh-tangguh juga. Tunggu lah dulu.

Tulis-tulis begini macam lah ramai orang baca blog aku. ;) Ye lah. Dulu berangan nak terbitkan magazine. Tak tercapai lagi. So, tulis kat blog jer lah.

Ultimate Survivor Guide for mommies.

  • 2
Im not a baby person. Aku suka baby, dan kanak-kanak. Tapi aku tak pernah volunteer untuk menjaga baby. Aku boleh pegang dan main sikit-sikit for a while. But not 24-7 with a baby.

Selepas aku melahirkan Iqbal, aku mengalami satu fasa yang sangat ampeh. Aku asyik menangis bila memikirkan macam mana aku nak menjaga Iqbal ni seorang diri. Depress seyyh. Aku tak pernah jaga anak buah aku sendiri dan bukannya penjaga diri sendiri yang bagus. Baby perlukan perhatian penuh dan jadual waktu makan dan komitmen penuh.

Tapi aku rasa syukur, selain daripada nasihat dan pertolongan daripada Mama, Kak Nita, dan kengkawan yang lebih berpengalaman.Aku ada beli buku yang aku rasa 'a must' for a first time mother. My ultimate survival guide book in handing baby in their first year.

Aku beli buku ni semasa aku sarat mengandung Iqbal. Aku redah juga MPH garage sale di PJ. Bila aku nampak buku ni dalam timbunan buku-buku lain. Aku cepat-cepat ambil. Murah ok!!! aku bayar tak RM26 sahaja. Buku ni dalam RM44 tak silap aku.

Nuar kata, kenapa beli buku pasal first year baby sedangkan baby tak lahir lagi? Aku biarkan aje. Aku yang akan menjaga baby. Jadi aku perlu equipt-kan diri aku dengan pengetahuan tentang baby. Sebab sebelum ni sangat ignorance kan? Baru padan muka gua.

So for the first time mommies out there. Just grab this book. It will help you in many ways. Contohnya, masa Iqbal dalam pantang, dia macam kena selesema sket. Susah nak tido dengan hidung hingus dan walaupun dah sedut, malam-malam dia asyik terjaga. Buku tu cadangkan baby kalau selesema, dia akan rasa lebih selesa bila diletakkan atas bantal yang tinggi sedikit. Aku buat gitu dan Alhamdulillah Iqbal dapat la tidur lama sket walau dalam keadaan selesema.

Banyak lagi tips untuk baby, dan perkembangan baby yang kita boleh rujuk dengan buku ini. Seperti aku kata tadi, 'What to Expect: The First Year' is 'a must have'. Iqbal pun setuju. ;)

Damn You Manual Carr Youu!!!

  • 7
Ini ada kisah gua. Yang terkandas di Kuantan. Bukan sebab gua tak suka Kuantan. Kan gua suka Kuantan. Cuma gua tak suka korbankan Anual Leave gua yang tak seberapa tu, atas kelemahan gua.

Sepatutnya gua dan Nuar balik ke KL macam biasalah. Hari Ahad. Tapi Ahad pagi Nuar tiba-tiba gigil satu badan pula. Berkelubung aje kasi berkuap peluh. Tak larat langsung. Adoi!!

Kereta Nuar pulak tu manual plak tu. Kembara plak tu. Tinggi plak tu. Dan gua tak reti nak drive manual plak tu.

Gua terkandas di Kuantan. Tunggu Nuar baik daripada demam. There goes my Monday.

Ini yang buat gua rasa:

1. Seperti nak tukar kereta Nuar jadi Auto.
2. Susah sket dan perlu effort lebih, BELAJAR SEMULA DRIVE KERETA MANUAL!!!

Gua rasa opsyen 2, sebab aku nak rumah sendiri. Tapi yang nombor 1 pun ok juga (ehem.. ehemm).

Kek Butter Oren

  • 1
Kek Butter Oren yang aku buat secara adhoc dan experimental. Bila begini buat aku rasa nak beli oven. Dengan periuk nasi aku, kek tak dapat burnt effect dari atas. Jadi untuk Kek Oren Butter, ianya tak cantik.

Sengaja menambah kek untuk dibawa ke Kuantan. Kat sana ramai, kek aku bukannya besar sangat. Ukuran loyang adalah 8" aje. Kalau 9" ianya adalah lebih cun. But apa-apapun aku tetap syukur ada periuk nasi mikrokomputer ni yang boleh membakar kek. Setakat ni dah 3 macam kek aku buat dalam ni.

Kek Coklat.
Kek Marble
Kek Butter Oren.

Meroyan gamaknya, 3 kali aku buat kek minggu ni. Orang lain fedap dengan status facebook aku dengan gambar sekali.

Semerbak gila bau kek oren nih. Rasa dia tak tau lagi.

Balik Kuantan Yay!!!

Nuar tak tau aku secretly suka balik ke Kuantan. Sekurang-kurangnya aku boleh bagitau yang aku balik kampung dan kampung tu bukan 45 minit jauhnya daripada rumah aku. Dan ianya terletak di negeri lain.

Akhirnya aku ada kampung untuk balik dan tol mahal untuk dibayar dan berdepan dengan kesesakan jalan di Karak. Hidup aku sempurna. ;)

Muahhss! Bak kata Iqbal.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers