Marble cake in the making

  • 6
Sejak seminggu lepas aku mencari resepi the 'ultimate resepi' untuk Kek Marble yang senang dan pasti sedap. Since aku bukan pemakan kek yang berjaya, kecuali kek Secret Recipe (diskriminasi sungguh!). Jadi aku tak pasti apa rasa yang sedap untuk kek marble.

Mak aku kata, kek marble adalah kek butter yang ada dua perisa. Aku agak bersetuju disitu. Bila aku minta resepi kak pnut, kak pnut sarankan resepi daripada Mat Gebu. Aku pun google marble dan matgebu. Ramai yang guna resepi ni dan menjadi. Jadi disini saya mempersembahkan...


Nuar kata macam ni la rasa kek marble. Cuma dia komen tentang ke-marble-annya. Ummi akan guna sudu kecil dan susun selang seli dengan jayanya. Gua mana ada masa sebegitu. Guna dollop-dollop besar sahaja. Itu pun gua dah rasa cantik.


Fadzli puji moist. Foong kata bolen celen marble cake makcik yang dijual di 7-eleven (siapa makcik tu dan dimana 7-e tu pun gua tak tau). So rasanya berjaya cubaan pertama buat kek marble untuk mak mertua. Boleh bawak balik kampung.
Hati masih berdebar, sebab mak mertua ada specific taste. Go go chaiyoo!!!


p/s: Gua rasa kek marble tak sedap. Ini adalah pengakuan berani mati daripada seorang yang tidak menggemari kek.

Bila tgh sakit hati

  • 6
Baik tengok gambar Iqbal.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Kalaulah duitnya sebesar dompetnya

  • 3
Nuar tahu obsesi aku terhadap barang-barang berwarna merah. Tidaklah sehebat redmummy. Tapi Kalau ada benda kecik-kecik tu, mesti aku akan pilih warna merah dulu.

Jadi keputusan Nuar membelikan aku purse baru berwarna merah ini sangat bertepatan. Matching dengan cover Iphone aku juga.

"Awak, kite dah transfer dah bararang ke purse baru tu. Tapi kan, its nice that it is leather, tapi leather dia tu kan akan stain kalau kena minyak" Sambil buat muka comel.

"Kalau awak nak pergi makan, bawak dompet kecik untuk letak duit aje. Tak payah bawak dompet ni" balas Nuar selamba dengan muka boring 'aku takkan belikan dompet baru daripada leather yang kalis minyak dowhhh'.

"Alaaaaaa..."

Kalau gitu, macam mana gua nak nikmati keindahan purse ni? (show off?)


Gua suka tempat syiling dia yang best berzip kat belakang tu. Convinient sangat-sangat!!!

Aint this cute?

Ya ampun. Aku suka sangat layout baru aku ni. Worth the effort. Kui kui kui. Its a free template tapi agaknya aku dah jadi minah bunga-bunga dan skin ini menunjukkan transition aku kepada dunia emak-emak. Adoyai!!

Love the font title font kan? Ahahaha. Ok peeps! link tu aku akan update bila aku sudah rajin. Letak nida punya dulu. Nanti sentap plak pankreas dia. Ahahaha.

Aku akan kumpul link mommies yang aku rasa best utk pankreas aku digest. Ok!! mahu lunch secara cepat dan sambung menambah-baikan link-link dan apa sahaja yang aku terlupa letak.

Chows!!

Tukar baju

  • 5
Pankreas ini punya misi untuk memberi wajah baru pada blog ini. Link akan di tambah kemudian. Yah!!!! Dah makan tahun pakai baju kaler hijau. Bohsan siakk!!

Pandai menjaga hati

  • 5
Iqbal ni macam tahu-tahu je luahan pankreas i kat sini yang cakap penat tahap dewata. Tau-tau semalam, lepas aje amik dari nurseri. Dia lepak-lepak dan tidur dengan lamanya. Tak sempat makan malam pun.

Aku dan Nuar pandang sesama sendiri. Mati kutu. Makan sudah, mandi pun sudah. So, sebulum pukul 10.30 kitorang dah ZZZZZzzzzzZZZZzzzz.

Iqbal pukul 1 lebih baru hok hek nak nenen. Yeahh!!

p/s: apa ni.. nape gua mimpi laki gua kawin satu lagi? tu yang tak best tu.. ahahahah. Nasib bangun-bangun pagi gua tak hentak laki gua. Tak pasal-pasal aje. :P

Penat lah

  • 2
Terasa penat lah.. Penat sangat nih. Tido malam mlm pengsan-pengsan. Kecuali bila Iqbal bangun nak nangis nak nenen.

Stroller dan Buggy

  • 3
Iqbal sudah besar sedikit dan gua gatal. Gua gatal nak tukar stroller Iqbal kepada buggy yang kecil supaya boleh muat bonet kelisa gua.

Lagi satu, kami adalah geng-geng heavy packer. Kalau balik kampung (even di banting) sure macam nak pack satu isi rumah. Buggy yang kecil adalah sangat plus point.

Iyach, saya sudah berkenan dengan itu Quinny Zapp. Thanks to Ijat for the recommendation.

Setelah SCR6 saya sudah let go, ada kawan baik beli. I love SCR6, ia ibarat cinta pertama. Tapi kerana malas nak simpan buat pekasam, saya lepaskan jua.



Dan sekarang, Iqbal ada kereta baru. Quinny Zapp 4. I know, yang di jual disini adalah Quinny Zapp 3. Roda tiga, Zapp saya roda empat. Pembetulan, Zapp Iqbal. (Nampak sangat mama yang beria-ria dengan gadjet).

Quinny Zapp 4


Quinny Zapp 3


Gembira sebab sekarag dah tiada masaalah nak membawa buggy Iqbal didalam Kelisa gua. Owh! Buggy ni untuk baby 6 month and above. So, in the future, kalau ada newborn baby (ehem.. ehemm) boleh tambah aksesori, MaxiCosi CabrioFix punya seat.



Orang sarankan, jika masaalah space, upgrade lah kereta. Kereta yang lebih besar. Tapi gua sayang kelisa gua sebab dah habis bayar ok!! Dan kalau gua tukar kereta, 7 tahun gua kena bebanan hutang. Kalau upgrade buggy, sekali bayar sahaja maaaa. Dorang ni tak fikir pasal financial freedom ke? :P

Lupa plak nak berterima kasih kepada Babah Iqbal. Jadi tak gaduh-gaduh nak menyusun barang lagi la sayang kan?

KLIA

  • 3
Seronokkan tunngu orang kat KLIA?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Gunting rambut pertama kali

  • 6

Kalau Iqbal dan aku sebaya, aku bet Iqbal lebih cool berbanding aku. Dia mewarisi perangai abah lah kot. Kalau gua sure dah nangis-nangis atas kerusi tuh.

Tapi bukan Iqbal. Pengalaman pertama kali bergunting rambut adalah amat pleasant untuk ketiga-tiga pihak. Iqbal, mama n abah dan wak tukang gunting. Wak tukang gunting adalah adik kepada wak jurunikah kami dahulu.




Jakun gilak. Sibuk aje nak amik gambar. Rm3 aje utk kanak-kanak. Murah gilak!!



Sebelum gunting.

Tips supaya anak tenang ketika gunting rambut:

1. Pastikan anak kenyang dan well fed.
2. Pergi waktu pagi, supaya tak panas.
3. Pergi diawal kedai buka supaya queue tak ramai utk mengelakkan anak resah ketika menunggu giliran.
4. Beri kata-kata pujian supaya anak tenang.
5. Bawa mainan kegemaran utk mengalih perhatiannya.












Ok, dah hensem!!



Selamat satu episod dalam hidup Iqbal Wafiq.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Let go

Ada beberapa barang nak letgo.

Yang confirm sekarang ni adalah stroller.

Malas nak update blog. Jiwa tengah kosong.

Bila suami tiada

  • 1
Saya igt saya cool. Boleh berfungsi dengan normal bila suami tiada. Hakikatnya saya rasa disfungsi.

Orang nampak saya cukup kaki dan tangan tapi tak. Tangan saya hilang sebelah. Kaki tempang dan mata buta. Yang paling mengharukan saya setiap kali ialah, saya sedar yang separuh jiwa dan hati saya juga tiada.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Iqbal Wafiq 1 Tahun

  • 9
Iqbal Wafiq 1 Tahun pada hari ini.

Yay! Dah celebrate awal pada 27hb Feb. lepas. Sebelum Abah outstation.




Sayang Iqbal. Moga Iqbal jadi anak yang sihat, taat, mendengar kata, baik budibahasa, hormat orang tua.

Iqbal sudah mahu bertatih jalan. Boleh berdiri tanpa sokongan dalam 15 saat.




Boleh bercakap mammam mammam.. bila sedang makan. Mama perasan yang Iqbal sebut Mama (kononnya).

Gunting rambut for the first time tanpa menangis.

Bulu mata masih maintain unta.

Mama & Abah sayang Iqbal Wafiq.

Muahhhssss!!!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers