Koyak

  • 4
Baju favourite aku koyak bila tersangkut paku pintu tadi. Shilaker..

Note to self: Lain kali naik lift. Jangan gatal-gatal naik tangga.

Hajat dihati

  • 5
Iqbal dah ada stroller. Iqbal suka duduk dalam stroller dan boleh tidur juga dalam stroller. Yang ada sekarang, sangat bulky. Nak cari yang boleh dilipat kecil supaya muat dalam bonet kelisa aku.

Visa & iqbal

Suami saya sudah dapat green light untuk visanya. Akan bertolak pada 27hb Feb ni. Lega juga sebab berdebar-debar tunggu keputusan untuk kelulusan visa. Collegue dia clear on the spot.

Saya gembira suami saya dapat peluang ni. Jadi, saya akan cuba gembira walaupun dia tak ada selama dua minggu. Alaaa.. laki baru pergi dua minggu pun kecoh. Orang lain berjauhan 6 bulan tak bising pun. Ahaks.

Iqbal? Dah mula nak berdiri tanpa di pegang. Weekend lepas, dia berdiri 4 saat tanpa bantuan. Terkejut aku. Dalam hati hepi sangat dapat witness situasi tu. Iqbal, walaupun cenenen monster. Mama sayang Iqbal. Muahhssss!!

Lepas pandai tunjuk menunjuk. Semua benda pun mahu tunjuk. Comel!!

to be 1

  • 3
Sangat pemalas nak update blog. Masa Iqbal tidur dah diisi dengan permainan Tap Tap Revenge. Hahahaha.

Boring bila masuk kerja tapi mood masih mahu teruskan cuti. Ni selepas empat hari berhoya-hoya bersama adik beradik. Bukan pergi mana-mana pun. Kat rumah aje. Menggembirakan hati mak ayah.

Iqbal pula punyalah gebira dengan limpahan perhatian dan kasih sayang daripada semua makcik pakcik. Sampai nenen pun tak leh nak konsentret. Asyik distracted aje. Geram gua.

Iqbal dah pandai geram dan protest. Ya ampun. Garangnya anak gua. Nurseri bagitau yang dia pun geram-geram kat budak-budak lain. Malang sungguh si Nazrin. Aku rasa Iqbal takkan geram suka-suka hati aje kan. Kalau si Nazrin dok kacau mainan dia, sure la jadi mangsa geram. But gua pesan juga pada Iqbal, jangan geram-geram dengan kawan-kawan lain. Apa yang 1 year old baby tau. Aduhai la. Aku tak nak jadi Mak Budak yang menggigit rakan sebaya. Adeihh. Mintak jauhlah. Harap Iqbal dapat behave dinurseri.

Lagi 2 minggu Iqbal akan turn 1. Aku cadang nak buat cupcakes and hantar kat nurseri. Dan maybe sambut dengan famili aje. Lagipun kalau tiada aral (visa nuar lepas), Nuar takder pun masa birthday Iqbal. Kesian anak gua.

Tangguh lagi

  • 0
Im loving this tangguh-tangguh thingy.

Lalailalalai..

Tangguh

  • 0
Training Nuar yang dua minggu tu ditangguhkan. Minggu depan baru pergi. Rasa lega sket.

Tapi tetap akan kena tinggal. Bohring.

Luahan pankreas aku nihhhh

  • 4
Semalam punyalah rasa marah. Rasa nak hamput-hamput semua orang.

Kena sabar lebih ni. Anak susah nak tidur malam. Clingy sangat. Memang la muka dia comel. Tapi tetap rasa nak lempang. Sabarrrrrrrrrrrrrrrr

Ini cuma luahan perasaan aje. Tiada siapa yang mengalami kecederaan fizikal. Cuma ada kecederaan di jiwa aje.

Napeeeee lahhhh anak gua gini.. Nak beralih bulan nih.

Sila tenangkan diri ya? Dah la nak kena tinggal untuk 2 minggu. Kena tripple sabar.
Tidur lena? Apakejadah menatang 'tidur lena' tu?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sila pilih gaya rambut kegemaran anda

  • 5

Nak pergi maskara

  • 1
Kali ni nak pergi maskara. First appearance Iqbal di maskara. The last time pegi maskara Iqbal masih dalam perut. Tapi dah say hi to Ana Raffali dah. :p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Push test

  • 0
Mana entri gua?



- Posted using BlogPress from my iPhone

Penawar batuk untuk bayi.

Iqbal kerap juga batuk-batuk. Memang pantang bagi icip air sejuk. Mesti kena. Tak boleh bagi lagi kots. Tak sampai hati bila dia dah berdiri dan pandang aku dengan sepasang mata berbulu untanya sambil mulut nganga. Lemah betul gua.

Akibatnya, Iqbal batuk-batuk. Kalau boleh, aku tak nak bagi ubat batuk doktor. So aku cari remedi natural. Tak nak biasakan Iqbal dengan ubat klinik.

Aku baca forum ni, dia bagi anak dia madu. Satu sudu kecil. Sekali pagi dan sekali petang/malam. Dalam tiga hari, Alhamdulillah. Aku buat yang sama untuk Iqbal. Dah tak batuk dah.

Aku cuma nak kongsikan disini. Bagi yang mencari penawar batuk menggunakan remedi natural, madu adalah jawapannya. Berkesan untuk Iqbal. Cubalah!





p/s: gigih gua menaip dgn iphone.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers