Iqbal hang out dengan Acik Ani dan Acik Zam

  • 5
Khas buat Kak Pnut. Gambar Iqbal masa jenjalan di Auto City. Tengok lah gambar dari blog Achikani. Ada entri khas untuk Iqbal. Dan ignore gambar mak Iqbal yang macam preggie tu ek? Sesungguhnya masih kosong lagi.

Dibawah adalah preview: (gambar kredit pada Achikani.

Toy baru Iqbal

  • 3
Akhirnya, abah Iqbal tergerak untuk membeli toy utk Iqbal. A very nice thought.

Sayang Abah !



Entri untuk skill menaip

  • 0
Its not that im lazy. Im too busy with current assignment.

Oklah. Ada iphone pun malas nak update blog gak kan? Dah pi install games semedang, mana la ada masa nak menaip-naip dalam iphone. Sket-sket nak main Orba aje.

Hari tu dah taip satu entri, tapi somehow dapat incoming call then sume yang aku dah taip hilang gitu aje. Dah la masa tu masih terkial-kial lagi nak menaip. Frust gila gua.

Ini adalah entri tak ada makna. Just nak berlatih skill menaip dalam iphone.

Dah ok sket dah.

Test using phone i

  • 6
Love it!
Posted using BlogPress from my iPhone

30 tu cuma nombor

Sambutan Hari Lahir ke-30 disambut dengan sangat-sangat sederhana. Lunch bersama Fadzli. Dapat sepotong kek hari lahir. Thanks beb. Fadzli bukannya baca blog aku. But tak apa lah.

Ok, ianya sederhana tapi meriah tau. Tahun ni ada hadiah hari lahir daripada Suami. Iphone 3GS 32GB. So secara rasminya aku menjadi Iphone clan. Masih lagi belajar nak guna. Lagi-lagi the touch screen. Menaip sms adalah sangat payah. It will takes some times. But I will manage.

Makan Malam Hari Lahir bersama Suami adalah yang paling indah. Akhirnya aku dan suami dapat makan bersama-sama. Selama ni jika outing dengan Iqbal, sure aku makan dulu, kemudian Suami take turn untuk makan selepas aku usai. Ini tidak. Iqbal tidur sepanjang-panjang waktu makan. Alhamdulillah. Agaknya itu hadiah daripada Iqbal untuk Mama.

Gambar dibawah diambil daripada phone. Memang terbaik. Alhamdulillah syukur sangat atas kurniaan rezeki.

Owh! Aku makan di Breeks IOI Mall. Love the food and the service.



Its a lovely birthday. Thanks for all the wishes in whatever medium, calls, smses blog or facebook. Siap ada orang keji i, sebab berderet wish birthday di facebook. :P

Bulk update..

  • 3
Banyak yang berlaku dalam hidup aku lately. Cuma terlalu busy untuk menulis disini.

Firstly: 140oz of frozen EBM rosak. Masaalah teknikal peti sejuk. Tak lalu nak menangis lagi dah. Hidup kena terus. Iqbal minum total of 12oz of Biolac sebelum aku dapat betulkan emosi dan dapat supply fully EBM untuk Iqbal.

2nd: Kereta ayah dilanggar oleh lori di KLIA Hiway. Lori lari. Cilake sungguh. Alhamdulillah Ayah dan Nina tak apa-apa. Suami ada di Cyber, dapat tolong ayah dengan kadar segera.

3rd: Gigi Iqbal makin menumbuh. Walaupun satu sahaja. Cukup untuk menyeksa nenen. Dan Iqbal finds that its amusing untuk tengok reaksi aku selepas di menggigit. Iqbal seperti biasa, sengeh-sengeh. Dan menangis bila aku cubit hidung dia. (Kadang-kadang aku menangis sebab sakit gilakkk)

4th: Iqbal dah nak mula panjat tangga.

5th: Iqbal makin lasak dan makin banyak cedera dan terjatuh-jatuh. Aku tak tau macam mana nak tolong lagi dah. Kalau biarkan aje karang dok terjelepuk. Kalau nak tengok dan selamatkan 24 jam. Memang la tak jadi kerja. Final thought, let him explore sambil aku tengok-tengok lah.

6th: Harijadi semakin menghampir. Hadiah tahun lepas dah dapat. Hadiah tahun ni, masih dalam waiting list. Tak pasti nak dapat bila. Hadiah untuk Nuar? tah, dia kata nak spec baru. Dalam seminggu dapat

7th: This weekend will be attending a wedding in Ipoh. The week after, a wedding at Parit Buntar. Jadi orang Perak la kitorang.

Self Note: Kadang-kadang geram bila Iqbal tak nak pergi kat aku bila aku ambil dia petang-petang daripada nurseri. Siap nangis-nangis bila aku dukung. Ish.. geram sungguh. Rasa nak cubit aje. Ahahha. Kalau dah sampai kat rumah plak tu, nak bukak tudung pun tak done.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers