Yang itu lah.. suami saya.. ya ya.. yang botak tu..

  • 4
Baru la layak jadi bouncer kat Kelabul Malami..


Saya sayang suami saya.. walaupun dia botak.


"Ini barulah botak.. Mawi tak botakk..."


p/s: baru discover dia ada tahi lalat kat kepala.. genius tuuu.. ahahaha


Baru tumbuh gigi.. belum pandai baca kitab lagi..

  • 5
Entri saje lepas geram.

Anak saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Bila dia dah berdiri. Dia lepas satu tangan. Rasa-rasa ok. Dia lepas satu tangan lagi.

Nasib jatuh terduduk.

Owh! Iqbal baru nak tumbuh gigi. Belah bawah. Satu aje plak tuh. Bahagia sangat dengan teething rusk dia.

Balik kampung.. hati girang..

Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang. Aku akan ambil cuti sehari awal. Jadi malam ni akan berangkat pulang ke Kuantan. Masa raya puasa haritu turn beraya di kampung aku, jadi raya haji ni kitorang akan balik ke Kuantan.

Aku suka balik Kuantan. Yang aku tak suka adalah perjalanan jauh (tak la jauh sangat.. apa? ingat ko kawin dengan orang dok Bachok ke?) 3 jam pun aku rasa jauh. Yelah, kampung aku just 45 minutes away.

Penting selepas kahwin ni adalah understanding dan tolak-ansur. Bila dah mula raya puasa rumah belah perempuan, takkan raya haji pun belah perempuan juga. Memang lah somehow satu rumah lagi dekat adaripada sorang lagi. Kita balik tetiap minggu kat rumah belah yang dekat. But lain occay. Bila first day raya tu. Its hari raya. Not any other weekend.

Lepas jadi emak, fahamlah perasaannya. Siries lain. So, harapnya tak ada lah yang gaduh-gaduh dan emak dan in laws yang terasa hati. Anak dia dah jadi milik dua belah pihak. Jadi tak boleh lah nak conquer anak dia aje. Bagi lah chance untuk beraya ke rumah belah satu lagi.

Dan, kalau mula-mula tu dah ada jadual, ikut lah, melainkan ada aral lain. Kan tak ada yang gaduh or masam-masam muka. Lagipun kan ni hari raya. :)

Go Green!

  • 7
Okay,

Selepas cool down dengan budak pipi lebam. Ala, sekejapan aje. Lepas cium-cium dia lepas ambil daripada nurseri. I dah lupa dah dia ada lebam kat pipi kanan dia.

Harap!

Tak lah. Tak geram dengan sesapa dah. Anak i tu lelaki dan dia tu mewarisi perangai over confident dan adventurous Abah dia. Mama dia tak pernah eksiden dan cedera-cedera bagai. Sebab tu la emo semacam. Yang emo-emo tu ikut perangai Mama.

Ok ok. Sambung cerita yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak menulis tentang percubaan aku untuk menidakkan fakta yang aku ni pembunuh pokok. Sepanjang-panjang aku menjaga pokok, biasanya pokok hiasan seperti pokok keladi air tu, selalu akan berakhir dengan kematian, pokok kering dan mati semula.

Aku rasa setelah bersalin dan adanya Iqbal. Aku baru mula berfikir tentang menjadikan rumah ni sebagai rumah aku. Baru nak own the house and make it mine. Jadi, aku mula nak menanam pokok yang memberi faedah. So I start my herbal garden. Mula-mula aku beli pokok cili. Looks like it growing fine.

Kemudian dia jadi kegilaan bila aku dapati pasar malam di BK5 ada abang jual pokok. So aku start growing my pokok-pokok berguna collection. Aku beli pokok selasih, limau kasturi, kemangi dan daun kari, limau purut dan rosemary (yang aku gunakan untuk masak lauk nama omputih dibawah itu). Aku juga ada pokok daun pandan yang aku tanam daripada potongan pokok dari Along. Dan juga pokok halia (tak faham kenapa aku nak tanam halia but its ok), kunyit dan lengkuas yang aku beli daripada pasar dan tanam ubinya.

Tapi aku rasa sedih, sebab tetiba pokok cili aku mula menguning dan kering. Sekarang ni almost gone. Pokok kemangi aku pun pada satu hari selepas balik daripada berhujung minggu di kampung, kelihatan layu. Dan sekarang ni gone.
Mula-mula pokok cili yang tiada keyakinan untuk meneruskan kehidupan.



Disusuli oleh pokok Kemangi yang attempt suicide.




Tapi aku pujuk hati aku. Masih ada lagi pokok-pokok lain. Pokok cili aku tu, aku sempat semai benihnya for backup. Ini adalah pesanan mama, sebab katanya pokok cili takkan bertahan lama. Cuma kemangi sahajalah. Tak apa lah. Aku let go sebab aku bukannya tau nak buat apa dengan daun kemangi tu.

Untuk orang yang takder green hand. Dalam bahasa melayu dorang kata tangan panas. But aku masih mencuba. Nuar kata, tanam pokok dalam pahala. Kalau bunuh pokok dapat apa?? uhuksss.. Jahat occay.

Go Green!!

Accident do happen.. tapi hati gua tetap nak cursing.. salah kah?

  • 7
Bila Iqbal eksiden di nurseri. Memang sangat2 rasa macam nak berhenti kerja.

Damn.

Budak ni belum reti merangkak lagi. Ngesot komando punyalah laju. Tapi sudah mahu memanjat.

Inilah hasilnya. Bila penjaga nurseri anda meninggalkan budak yang kuat memanjat baring-baring sambil main permainan tekan-tekan. Ada dia nak duduk diam main tekan-tekan aje?

Harap.

Iqbal dijumpai masih berpaut pada pagar dengan pipi kanan tersembam di pagar.

Ni kalau jatuh tang kepala mcm mana?



Okay, yes, accident happen. But lenkali tolonglah biarkan Iqbal dalam walker walaupun dia melalak-lalak bila dia ditinggalkan semasa nak mandikan budak-budak lain.

Aku tak marah. Menangis-nangis aje bila ambil Iqbal dalam keadaan begini.

Iqbal macam mana? Senyum-senyum sahaja. Bertuah punya budak. Tak sayang mama ek?

Nanti tau la nak senyum-senyum ke dak bila mama tuam dengan ais pipi tu.

Baru padan!!

Bila Iqbal eksiden di nurseri. Memang sangat2 rasa macam nak berhenti kerja.

Damn.

Sunday Lunch

  • 0



Inspirasi daripada status facebook Elin semalam. Aku terfikir apa nak buat dengan rosemary daripada herb garden aku. Fresh rosemary with garlic and honey grilled chicken dan buttered rice. Also whipped a simple cucumber and tomato salad. Kenapa tetiba tulis omputih plak ni?

Iqbal pun sibuk mengecek makanan aku. Since its a very lightly salted meal, aku pun suap la kat Iqbal. Cubit-cubit nasi dan cubit-cubit isi ayam aje pun. Seronok member.

Owh! Grill guna microwave aku yang ada function grill. Memang seronok la. Kalau ada oven yang hebat apetah lagi kan? Takpa takpa.. syukur dengan apa yang ada.

Bila Iqbal makan dengan abah

  • 2

Aku kurang sket tido malam tadi, jadi jadual waktu aku untuk menguruskan Iqbal pagi-pagi weekend aku handover pada Abah Iqbal.

Abah Iqbal bagi Iqbal makan. Aku yang cadangnya nak tidur, tapi gatal gak pi menebeng dan rakam video ini. Percubaan pertama untuk letak video. Khas untuk peminat-peminat Iqbal. (Macam la Iqbal ada peminat.. ahahaha)

Walker tu dibeli pada umur Iqbal genap 8 bulan. Masa makan letak kat gear P. Semenjak pandai maneuvers the walker. Sakan satu rumah dia pergi.

Nak mandikan dak Iqbal lah. Rajinlah pula Mama Iqbal ni. Sabtu pagi pegi update blog.

p/s: lepas ada anak ni, macam takder nama plak aku dan Nuar. Jadi Mama Iqbal dan Abah Iqbal. Ahahahaha

Nursing Cover & Quilt Blanket untuk Iqbal

  • 5
Selepas dapat mesin jahit ni. Tangan memang gatal nak menjahit. Sangat fulfilling tau menjahit ni. Aku ni reti jahit lurus aje. So first project adalah nursing cover. Dah dapat tempahan dah. Elin, nanti aku siapkan ko nyer pulak ek? Tungguuuuu..

Nursing cover ni juga berguna bila kesejukan sambil menonton teater atau movie. (wink kat nida)

Projek kedua adalah 9 patch quilt blanket untuk Iqbal. Kesian anak aku ada satu selimut aje. Sedih sungguh. Aku beli kain murah-murah aje.

Gambar quilt sebelum letak backing. Design main hentam sahaja. :)




Quilt blanket yang dah siap. Alhamdulillah. Senget ke apa ke belakang kira. Yang penting ini adalah kasih sayang mama buat Iqbal.

  • 0
saya rasa sangat malas

Adik beradik aku memang kadang-kadang senget sket

  • 6

Nak share gambar bengong adik beradik aku masa perkahwinan sepupu kitorang. Ahahaha. Semua pakat pose dengan kulit oren dalam mulut.
Kurang dua orang aje. Sorang tgh jaga Iqbal kot, sorang lagi memang penanggah yang hardcore.
:P
Suami saya tiada dalam gambar.
credit gambar pada Angah, sepupu kitorang dengan kameranya yang hebat. :D

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers