Baby leg pelangi Iqbal

  • 8
Dalam perjalanan ke Simp*ang Re*nggam untuk memetik bunga di taman awal-awal pagi lagi. Iqbal pun tak mandi. Cuma lap-lap aje. Iqbal pakai sweater merah dan baby leg warna pelangi yang aku sangat suka. Inilah hasilnya gua overdressed-kan Iqbal.

Kalau baby girl tu boleh lah ber skirt dan penyepit rambut dan bermacam-macam aksesori lain. Baby boy, ini ajelah yang aku boleh buat. Kalau tak jadi macam gini. Ini semua kerja pakcik makcik Iqbal la nih. (Jahat sungguh mereka itu)


Untuk sesiapa yang berkenan. Baby leg tu sangat cute. Sekarang tengah offer promosi raya RM10. Masa aku beli harga dia RM14. Beli dari sini.

Berat hati

  • 7
Selepas seminggu mengulit Iqbal, berat hati sangat nak hantar ke nurseri.

Sedih sungguh.

Salam Aidilfitri!!!

  • 8


Kata dulu tak kosser nak berkedondong dengan famili. But pasrah, berkedondong memang cantik dalam gambar. :P

kedondong maksud aku sedondon.. ahahaha

Have a lovely raya.. Maaf Zahir Batin
  • 8
Mood raya occay..

Tahun ni aku akan puasa penuh. Aku tak pernah puasa penuh sepanjang hidup aku. Nak tulis cerita pengalaman puasa aku pun dah naik malas.

Aku nak pergi The Curve.

Rumah tu syurga aku..

  • 12
Tengok rumah baru Kartini, sangat homey dan cantik occay.

Dalam hati terangat ingin la memiliki rumah sendiri. Tapi kami masih dalam tahap menstabilkan kedudukan ekonomi selepas 6 bulan gerhana. Tapi sangat gembira bagi pihak kawan-kawan yang lain. Yang kebanyakannya pada umur sekarang ini (malas nak sebut..) sudah sudah stabil (anak lebih daripada dua) dan memiliki rumah sendiri. Argh.. cemburu dengan aura yang positif. :)

Boleh dikatakan sekarang ni, aku dan nuar masih baru nak memulakan hidup. Dengan Iqbal pun aku ambil masa lama untuk get used to apetah lagi kehidupan sekarang generally. Lembab sungguh ko ni Syura. Ahahaha.

Orang kata kayuh pelan-pelan. As long as berkayuh, daripada tidak kemana-mana. Sekurangnya bergerak juga walaupun dalam aksi perlahan.

Sigh.. alhamdulillah. Syukur masih lagi ada tempat berteduh. Walaupun sewa, dan still tak siap. Maksud tak siap disini adalah perabot untuk ruang tamu pun tak settle. Cuma ada 2 seater couch dan TV. Meja makan pun belum ada lagi. Ehehehe.

Sebab tu saya teramat malu nak ajak orang datang kerumah. Ini adalah alasan untuk tidak membuat open house raya tahun ini. :P

Sahur dengan Iqbal

  • 3
Bila berdua-duaan dengan Iqbal, aku masih lagi tak berapa relaks. Kalau boleh aku nak dia tidur dan tak meragam buat hal. Supaya aku boleh buat kerja-kerja lain dengan tenang.

Tapi hari ini aku dah boleh bertenang dah. Masa bersahur, aku dengar Iqbal dah terjaga plak kat atas. Belum sempat letak lauk atas nasi, aku dah lari-lari naik atas.

Aku cuba tepuk-tepuk supaya dia tidur semula. Tapi jangan harap lah. Waktu-waktu biasa pun bukan pernah dapat tidur sambil bertepuk aje. Mesti nak dengan nenen or dalam buai. Jadiii.. aku angkut Iqbal turun bawah sekali. Letak atas tilam dia, masa tu mata dah terbukak luas la. Aku greet Iqbal, Assalamu'alaikum, untuk bagi dia mood ceria. Iqbal dah sengih-sengih dah.

Aku bagitau Iqbal yang aku nak sahur, dan pasang Disney channel. Wallahh!!! aku bersahur dengan gembira. Iqbal pun gembira. Dan habis settle aku sahur dengan kurma semua, Iqbal pun berak. Yeah!!!

Lepas cuci, aku biarkan dia main lagi. Tunggu azan Subuh untuk solat. Kemudian naik atas semula. Gomol-gomol Iqbal, bagi nenen, dan masukkan dia dalam buaian.

Dia tidur lena sampai pukul 7.30. Yeah, kami berdua gembira. Lepas hantar Iqbal ke nurseri. Aku pump susu, dapat 8oz. Double yeah!!!

Yang penting, aku dah selesa dan confident untuk jaga Iqbal seorang diri. Just embrace the moment dengan Iqbal. Bila gembira, pump susu pun dapat banyak. Alhamdulillah.

Kawan lama

  • 1
Jumpa kawan yang sangat lama dahulu.

Mula-mula dia minta maaf atas salah silap dia yang dahulu dan bagitahu aku yang dia hutang aku 100 dollar.

Aku buat bodoh dan kata "Ok, bayar lah balik bila dah ada duit. I'll provide the account number"

Rezeki terpijak or what??

Bumbo Seat.. hoyeah!!

  • 7
Sila buat-buat tak nampak perut Nuar dalam gambar ini. Nuar kata itu adalah "lambang kemewahan dan kebahagiaan". Masa ni Iqbal berusia almost 4 bulan.



Ada satu gajet yang aku dah lama usha. Sampai aku tak ingat daripada bila. Mungkin daripada sebelum Iqbal lahir lagi. Memang nak la sangat-sangat. Tapi terhalang sebab Mama pesan "Budak yang belum boleh duduk, jangan didudukkan lagi". Tak boleh nak kata rimas, sebab dah pesan orang tua kan?

Tapi sekarang ni aku rasa dah tiba masanya untuk aku beli. Bulan pun dah menunjukkan diri (tak ada kena mengena pun), lantass.. zass!!! Sampai pada petang tadi.(Klik pada gambar untuk lebih besar)



Its on sale!! Sila usha http://www.littlewhiz.com. Pembelian lebih RM200 dapat menikmati penghantaran percuma. Sebagai seorang mak yang gila gajet, of course aku beli dengan tray-nya sekali. Owh! adakah ini gajet untuk Iqbal atau untuk mak dia?

Argh.. sebenarnya, kalau tak ada pun hidup juga (quote mama). Kehidupan tetap diteruskan. So, terpaksalah aku meneruskan kehidupan dengan Bumbo Seat disisi. :P

Aku yang salah..

  • 3
"Sayang, kak Pnut pesan letak Iqbal tinggi sket masa bagi makan tu. Salah la kita buat gitu"

"Eh! tak .. tak .. kita buat betul. Awak yang bagi makan gitu"

Ampeh!!

Iqbal 6 bulan!!

  • 11

Iqbal dah mula makan!! Anak dah mula makan pun sibuk nak cerita. Ye lah! setelah 6 bulan ekslusif breastfeed, itu satu pencapaian ok. Lebih bangga daripada masa aku Grad dulu. Ahahaha.

Penat jerih mengepam berbalas jua. Alhamdulillah. Harap dapat sambung sampai max 2 years. Ameen yach?

Ok, Iqbal dah mula makan Growell. Bancuh dengan air menggelegak dan campur dengan EBM sket. Kasi rasa manis. Macam mana tau EBM tu manis? Rasa lah! ahahaha

Mula-mula rasa malas nak bagi makan. Ya ampun, comotnya anak aku. Tangan masuk mulut. Pastu garu kepala.. pegang pipi, sentuh leher, terkena hidung.

Jadual makan Iqbal adalah pada pukul 11 pagi dan pukul 7 malam. Satu sudu setengah Growell. Pagi nurseri bagi makan. Malam pula, abah dia bagi makan. Aku masak dowhhh. Ngelat sebenarnya.

But behave sangat Iqbal makan dengan Nuar. Nuar pegang tangan dia supaya tak melilau-lilau. Is it healthy to jaggal (ni cakap jawa ok) tangan Iqbal. Atau bebaskan dia tangan dia explore masa makan dia. Iqbal pun bukannya buas sangat. Comot boleh cuci, tapi pengalaman dia tu sangat priceless kan?

+++++++++++

Updated:

Ops! Baru ditegur oleh Ibu-ibu yang berpengalaman supaya letak Iqbal tinggi sket masa makan. Nanti mama letak Iqbal tinggi la yach? Thanks Kak Pnut and Elin for the suggestion. ;)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers