Iqbal budak bulat

  • 9
Baru je beli baby tight untuk iqbal. Seem too big but benda free size kan? aku pun boleh pakai jadi stongan (stokin tangan). Dipakaikan semata-mata untuk memeriahkan gambar. Baru la nampak hippy baby. :P



Ini just a close up. Iqbal will be 5 month tomorrow. berat dia pada hari selasa lepas adalah 7.8 kg. Dia kena batuk and selsema sket. Pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak Wong di Puchong. Dapat ubat batuk yang buat Iqbal nangis setiap kali nak bagi. Adeih lah.


p/s: Ini diambil daripada kamera phone cikai kite kak pnut. Jangan nak keji-keji ai ok!!

Sibuk

  • 1
Sibuk.

Harap lepas ni tak berapa sibuk lagi lah.

Tak.. bukan dengan MLM.
  • 10
Kalau kontrak tak disambung.. Apa yang ai nak buat selepas ini yek?

Pemberi Hadiah Periuk Nasi Misteri sudah diketahui

  • 0
Its Noer! My dearest bestest friend. :) Thanks Noer. Love it to the bit. :D

Sorry cousin, I syak wasangka pada you plak. :P

Masa untuk main-main

  • 5
Bila aku berjalan di shopping complex, aku seronok tengok mak-mak dan bapak-bapak melayan kerenah anak dorang. Tengok apa yang dorang bawak. Baju yang dorang pakai. Masa tu rasa macam aku, Iqbal dan Nuar sangat lah under dressed dan seadanya.

Tapi, tu la macam mana kita hidup. Secara seadanya. :D. Cuma hati ni kadang-kadang nak juga rasa bende berjenama sekali-sekala. But we are happy with our Sweet Cherry Stroller dan diaper bag yang aku rembat dari kampung.

Lagi yang aku suka tengok adalah mainan budak-budak. Kadang-kadang tengok byk betul bende colorful bergayut-gayut di stroller budak ni. Mesti best kan? Aku tengok dorang macam prepare gila lah. Dengan diaper bag dan bekas susu masing-masing. Kadang-kadang buat aku rasa incompetent aje.

Jadi aku berazam untuk membelikan Iqbal satu permainan. Konon nak menunjukkan aku ni competent as a parent dan anak aku pun enjoy dengan materi yang aku berikan. (Owh betapa insecurenya aku as a mother!!)

Aku nak permainan ini Iqbal suka dan murah. So dengan tak prepare apa-apa, aku pergi Manjaku dan ambil satu permainan yang aku rasa berbaloi untuk perkembangan minda dan fiskal Iqbal.

Jadi aku belikan ini: Lamaze Tug and Play Knot


Picture credit to: Shopink

Iqbal mula-mula tak berapa nak sangat. But lama-lama dia sudah boleh terima dan own permainan ni.

Mula-mula dia suka yang star tu. Boleh berbunyi squeak. Boleh distract Iqbal bila dia nangis. Dan kadang-kadang dia gelak bila dengar bunyi tu.

Kemudian dia start suka yang bola berjambul tiga tu. Sebab ianya berdencing (ada ke perkataan ni?). Ada loceng dalam bola tu yang boleh juga distract dia.

Sekarang dia suka yang dua gelung tu. Since dah pandai nak pegang. Dan masukkan dalam mulut dia. Malam tadi dia tidur dengan memegang gelung tu.

Yang star oren dan tiga segi tu dia tak berapa gemar. But itu pun dah berbaloi dengan wang ringgit aku. Aku beli RM49.90.



Apa-apa pun, berapa banyak permainan yang budak-budak ada. Perhatian dari mak bapak juga yang paling utama. Toys yang berlambak-lambak bukan galang ganti kepada mak dan ayah.

So, gua akan luang lebih banyak masa untuk bermain bersama Iqbal dan toy-nya. :D Kenapa gua rasa entri ni jadi macam bagus-bagus plak. Poyo!

Periuk nasi yang ajaib...

  • 5
Antara hadiah kawin yang menjadi favourite aku tempohari adalah rice cooker. Bukan calang-calang rice cooker. Its a 1.8L MICROCOMPUTER RICE COOKER from Panasonic. Aku syak keluarga Mak Lang aku yang bagi. Sebab sepupu aku kerja di Panasonic. Kalau salah jangan terasa aaa. Tu lah. Bagi hadiah tak tulis nama. Banyak juga hadiah kawin aku yang tak bernama. Terkilan juga lah.

Itu bukan tujuan entri ini ditulis. Sejak periuk nasi zaman bujang aku bocor. Aku menggunakan periuk nasi yang bermikrokomputer ni. Cuma untuk masak nasi. Tapi Rice cooker ni ada juga tujuan lain. Kalau tak tak payah la tok nenek nak ber mikrokomputer kan? Ia jua boleh bake!!! Dalam ertikata lain. Aku boleh masak kek lah!!

Tetiba aku menggatal nak buat kek. Dibawah ini result dia. Total preparation time: 7 1/2 minutes. Aku ada rasa macam Nigella pon ia juga.

Kek ini akan dimakan oleh budak ofis Nuar dan aku. Sok aku akan masak satu lagi untuk mak mertua aku di Kuantan. Seronok sangat nak balik Kuantan ni.



Melihat Iqbal tidur.. Shhhhhhhh Shhhhhhh

  • 4
I love my baby (Iqbal n Nuar). Semalam, lepas Iqbal nangis-nangis. Dah nak tido tapi meraung-raung bila masukkan dalam buaian. Aku give up dan bawa Iqbal keluar dari buaian. Dukung dia pusing-pusing ruang tamu belah kiri sambil tengok ke cermin ajaib.

Agah-agah sket. Berdekik-dekik dia ketawa. Apa nya split personality la si Iqbal. Lepas nangis-nangis leh pulak bergelak-gelak. Dah penat sangat la tu. Then lepas penat dukung dia. Aku duduk dan bagi upah. Lantas tertidur lah Iqbal sambil nenen. Kemudian perlahan-lahan masukkan dalam buaian. Settle.

Kemudian, adalah masa untuk aku buat benda-benda lain. Seperti siapkan beg nurseri, labelkan EBM, basuh botol dan luruskan tulang belakang dengan baring freestyle. Nuar pun dah terpenat. Aku nampak dia tidur kat sofa. Dan si Iqbal tidur dalam buaian. Sweet sangat ok. Melihat both baby is sleeping soundly.

p/s: I've become a blogger mom!!! ahahahaha



Not from last nite. Tapi ni masa dalam pantang haritu.

'Me' time for Mak Iqbal

  • 5
Semenjak ada anak aku rasa aku tak ada 'me' time. Adakah itu suatu yang selfish untuk da 'me' time? Semalam, pertama kali aku keluar dengan Nuar tanpa Iqbal. Aku plan ni 3 minggu yang lalu. Booked adik aku untuk babysit Iqbal. Sediakan stok EBM. Peluk cium Iqbal dan yeah. Off we go to One-Utama.

Aku join bowling tournament yang company aku adalah. Kumpulan aku adalah sangat adhoc. Tangkap muat aje. Setelah aku direjek oleh kawan aku yang seorang lagi kerana aku tak dapat komit kepada 'familiarize the lane and practice, also get 140 pin average'. Later, dia kata team leader dia dah dapat another female bowler. Fine.

We are 'Not that Serious'. Nama kumpulan kitorang. Aku happy. Kali terakhir aku main bowling adalah aeon yang lalu. Setahun lebih. Nampaknya skill aku masih ada lagi. Kumpulan kitorang gelak-gelak sahaja. Just chill dengan Nuar.

Kitorang dapat dalam top 5. Nombor 5. Tapi top 5 daripada aku 20++ team. Not bad. We are so gonna stick together. Dah plan untuk monthly bowling practice. Ahahaha. Macam lah aku boleh komit. But that's the plan. Just to gloat a bit, team yang reject aku tu end up no.4, so much of failizarize with the lane and 140 average. The other lady bowler tu tak dapat match pon total pin aku. Duh! If you have accepted me, they can end up at least top 3. Padan muka! (bitternyer gua, harap Iqbal tak berperangai macam aku)

Kemudian, aku ngan Nuar tengok movie. Salah satu acara pre-Iqbal yang sangat aku rindu. Transformers. We had a blast. Tapi deep down aku rasa bersalah sebab tinggalkan Iqbal. Aku keluar daripada pukul 9.45 dan sampai rumah dalam pukul 7.30.

Iqbal, terima kasih sangat-sangat sebab jadi budak baik dan bagi chance untu k mama menikmati limpahan serotonin hujung minggu.

Its good. Production susu bertambah. Aku happy dan nuar pun happy. Iqbal pon happy juga sebab dilayan oleh makcik pakcik dan sepupu dia. Lebih-lebih lagi atok dan nenek. Thanks for a very good support system. Family. ;)

Moms, kalau rasa tertekan. Just have a day off dan back happy. For the baby and your family.

Percubaan untuk menjadi Gangster Kg. Pisang

  • 14
Ingat tak masa kecik-kecik, kita ada permainan patung dress up yang kita ceraikan daripada kertas keras dengan baju-baju yang hot and fashionable. Yang dijual dengan harga 20sen, dibalut dengan cikedis yang langsung tiada khasiat dalam gizi makanan. Seronok kan main dress up?


Sekarang aku ada satu. Yang hidup.




Harga baju = RM29.90. Harga seluar = RM29.90. Demit kan? Tapi tengok muka Iqbal yang blur mmg sangat priceless.


Apa tengok-tengok?

Pump yang berkata-kata

PISA aku selalu berbisik bila aku menggunakannya. Dia akan menangkap apa yang aku fikirkan masa tu.

Kadang-kadang dia berbunyi "bodoh.. bodoh.. bodoh.. bodoh"

Kadang-kadang pula, "nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.."

Tapi tadi, mati-mati aku dengar " sagat ofis naga.. sagat ofis naga.. sagat ofis naga... "

Pejadah??

Seahad bersama Iqbal

  • 5
Iqbal macam pelik-pelik. Kejap gelak-gelak. Kejap nangis-nangis. Kejap tak nak tidur. Kejap nak tidur. Kejap nak nenen. Kejap tak nak nenen.

Semua kena take turn. Nak nap pon kena amik turn. Dapat la dalam setengah jam. Lega sangat.

Malam pun sama. Iqbal macam pelik-pelik. Kejap gelak-gelak. Kejap nangis-nangis. Kejap tak nak tidur. Kejap nak tidur. Kejap nak nenen. Kejap tak nak nenen.

Yang tak tahan. Masa nenen. Boleh pause kejap untuk nangis. Adeih..

Twin Happiness

  • 0
Jumpa seorang kakak cantik yang pernah berkerja satu company bersama.

Kelmarin jumpa dia. Masih cantik. Malah lebih cantik.

Dan pregnant baby kembar. Girls!!!

Happy sangat mendengarnya.. :)

Kedal Chomel Giveaway!!!

  • 5

Handmade by Anasfadilah


Kedai Chomel sedang mengadakan Giveaway dengan cara yang amat mudah, untuk keterangan lanjut. Sila klik pada banner diatas.

Nursing Iqbal semasa di luar memang sangat mudah. Aku boleh dengan konfidennya breastfeed, dan sengih sahaja dengan orang yang kadang-kadang memandang dua kali apa yang aku sedang lakukan.

Dengan nursing cover yang aku beli daripada Goldmedalribbon2, aku rasa ia adalah gajet yang paling tinggi utilization yang pernah aku beli selain daripada breastpump PISA aku.



Lokasi: Nandos , Alam@nda

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers