Iqbal menangis

  • 5
Dimulakan dengan muka sebek.

Huk! Huk!

Sebek dan buka mulut..

MMMmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! Aaaaaaaaaaa!!!! AAaaaaa!!!!!

Kelakar bila tengok dia gitu. Yang tak tahan dia macam sebut mama. Pengasuh kat nurseri pon perasan.

Sangat tak sampai hati bila dia dah ber Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Memang sayang mama. Ayah Iqbal jeles.

Betapa panjangnya namaku..

  • 15
Kawan aku baru je selamat mendapat seorang baby girl. Diberi nama Put_eri Airi_esya So*fieya Idri*eyana.

Cuba tengok ejaannya dan betapa panjangnya nama dia. Empat nama jadi satu. Untuk bagi nama Iqbal Wafiq yang dua aje tu pon punyala lama. Apatah lagi 4 nama. Macam nama untuk dua orang.

Aku takder sebarang prejudis terhadap orang yang bernama panjang atau mak bapak yang memberi anak nama yang panjang. Cuma ada la beberapa perkata yang aku rasa kesian pada pembawa nama yang panjang. Tu sebab aku tak memberi nama yang banyak untuk anak aku.

Perkara-perkara yang aku tak mahu terjadi bila nama anak aku panjang-panjang adalah:

1. Bila nak menulis nama penuh. Kalau borang, tak cukup kotak pula. Dan berapa lama untuk dia ambil untuk menulis nama sendiri? Dan details-details bodoh lain.

2. Panjang mana pun, tetap akan panggil salah satu daripada nama yang akan dipendekkan kepada 2 atau 3 sukukata, dan sadis sekali satu sukukata aje. cth: Sofieya atau fifi atau pi aje.

3. Semua yang berkaitan dengan borang, kertas jawapan exam dan pengisian nama di buku sekolah secara manual. Mungkin mak bapak kena sedia cop untuk nama anak-anak.

4. Kalau belajar di luar negara, jenuh la mat saleh nak sebut masa naik pentas. Aku rasa dorang kena siap-siap practice dulu 2 3 hari sebelum dan silap-silap, masa hari kejadian, mengalami kegeliatan lidah.

5. Kalau belajar oversea lagi, dia panggil nama mak bapak aje. Nama panjang-panjang tu jadi initial. P.A.S.I Abdullah. ataupun Miss Abdullah.

Itu aje lah yang aku dapat fikir sekarang. Tapi on behalf of mak ayah, anak aku, sukati dorang la nak bagi nama apa dan ejaan macam mana. Penat bini aku beranak occay!! Jangan ada yang terasa pulak. ;)

Peace!

Iqbal dan botol-botolnya

  • 5
Malam tadi, mungkin sudah penat berhoya-hoya dengan anak-anak Farah. Iqbal ambil keputusan untuk menangis dan menangis. Cek perut, tak kembung. Siap sapu Yuyee lagi. Pampers dah tukar. Apa lagi aduhai dak comel.

Abah Iqbal penat pujuk-pujuk. Dukung jalan-jalan kat ruang tamu. Sedang aku basuh botol Iqbal yang ada la dalam 20 biji. Selepas tu konon-konon nak sterilized. Itu lah. Hari Sabtu bermalas-malasan. Baru padan.

Aku take over lepas tak larat dengar dia nangis. Yang tak tahan tu, nenen pon dia nangis-nangis gaks. Bila secret weapon kita pon dia dah tak nak. Ini lah masanya untuk panik.

Baru pukul 9 lebih. Nak tak nak aku bawak Iqbal masuk tidur kat atas. Pesan kat Nuar, tolong basuhkan tutup botol dan tolong sterilize-kan botol-botol tu. Esok pagi-pagi aku ada sessi pam-pam.

Rupa-rupanya, dia nak tidur dah. Dan nak aku baring sama. Aku kan human pacifier dia.

Aku terjaga dari lelap bila Nuar kata "Gas habis dan sekarang dah pukul 10.30. Kedai dah tutup"

Boring gila, masa-masa macam ni lah gas nak habis plak. Kenapa gas habis disaat kita paling perlukan dia?

Hari bapa

 


Sempena hari bapa, aku letak gambar tiga generasi yang sedang khusyuk tengok tv. Walid, Nuar dan Iqbal Wafiq.

 

Ni gambar ayah dengan Iqbal. Masa ni Iqbal baru 20 hari. Ayah tak nak pegang Iqbal. Jadi kitorang letak aje Iqbal atas perut ayah. Tu yang gelak besar tu. Geli lah tu.

Tak sambut apa-apa. Duduk rumah dan bossing Nuar around. Sebab aku ada Iqbal yang bossing everybody around.

Posted by Picasa

Main golek-golek dengan Iqbal

  • 3
Aku telefon Nenek Iqbal untuk bercerita perkembangan Iqbal. Iqbal sekarang sudah lasak. Kalau tidur atas katil, dia akan berpusing lawan arah jam. Bermula dengan tegak pukul 12.30, bila aku tengok semula, dia sudah jadi pukul 9.15. Dari vertikal ke horizontal.

Semalam, aku dan Nuar dapat menyaksikan Iqbal meniarapkan dirinya sendiri. Ahaks. Mungkin dia dah bertiarap di nurseri. Cuma aku dan Nuar tak pernah lagi tengok dia meniarapkan diri. Nurse kata dia sepatutnya sudah boleh meniarap.

Cubaan-cubaan ada lah nampak. Tapi, ini kali pertama dia buat sendiri. Kalau kitorang dok tolong tolak, lepas meniarap dia nangis. Ahahaha. Rupa-rupanya bila dia nak meniarap, dia akan meniarap sendiri. Dan tak menangis. Bersorak-sorai aku dan Nuar bila Iqbal capai salah satu mnilestone dia.

Mama tanya "Ko rasa seronok dan gembira kan bila tengok Iqbal boleh meniarap semua kan?"

Aku mengiakan soalan Mama tu.

Mama menyambung "Macam tulah Mama happy tengok anak-anaknya berjaya.... "

"Yelahhhh.." jawab aku.

Nenek Iqbal masih suka mengenakan Mak Iqbal. Tak kisahlah. Yang penting Iqbal sihat.

Perjalanan ring sling yang jauh... Destinasi seterusnya.. Midvalley Megamall!

  • 10
Salah satu barang yang aku beli secara impulsive adalah ini. Pada April lepas.



Dapat diskaun 20% daripada harganya yang boleh la tahan juga. Hati melompat-lompat ria bila dapat bungkusan. Ini adalah salah satu daripada keindahan online shopping. Bila parcel tu sudah berada ditangan.

Malang sekali bila cuba masukka Iqbal dalam position 'cradle hold' (sebab dia masih lagi baby), menangis-nangis macam la orang cubit dia. Ayah cakap "Jangan di siksa budak tu". Mama menambah "Budak tu kecil lagi nak di dokong macam tu".

Selepas-selepas tu, aku ada cuba beberapa kali. Aku masih tak nak putus asa dengan ringsling aku tu. Masih lagi gagal. Iqbal tak nak.

Semalam, ayah Iqbal ada sesi karaoke dengan team dia. Ini adalah perjumpaan pertama dengan Vice President A*MD. Nuar tak nak pergi, yelah, meninggalkan aku seorang dengan Iqbal. Tak pernah tau. Tapi aku memikirkan yang Nuar perlu berkenalan dengan teman sekerja dan para boss, aku suruh dia pergi.

Aku dah hampir putus asa. Dah usha Ergo baby carrier, Snugli's dan Baby Bjorn. Tapi harga fullamak, kalau aku tak beli ring sling haritu, memang aku sambar satu. Memang kejap lagi aku buat satu entry untuk jual Ring Sling aku.

Iqbal suka didukung. Aku suka letak dia kat bahu aku. Iqbal pon selesa macam tu. Jadi aku sekali lagi praktis position 'tummy to tummy'. Tengok siap-siap video kat youtube http://www.youtube.com/watch?v=HdP_KcN20uw. Letak Ring Sling siap-siap. Dan ambil Iqbal dari nurseri.

Masa berdua-duaan begini, senang sikit nak praktis. Tak ada pressure daripada Nuar. Nampak gaya dia macam hint untuk jual aku nyer ring sling tu. Tertekan occay.

Dan finally, dengan sekali percubaan, aku berjaya masukkan Iqbal. Iqbal diam dan selesa. Aku siap praktis dua tiga kali keluar masuk. Bawak pergi dapur, ambil air daripada peti sejuk. Minum. Jalan-jalan sikit. Iqbal tak menangis. Yeah!!!

Cuma tak ambil gambar. Sebab pakaian aku sangat tak sesuai untuk di papar disini. Nanti aku ambil dan letak. :D. Mungkin Ergo baby carrier, Snugli's dan Baby Bjorn boleh di KIV dulu. Akan tetap ada dalam wishlist, supaya senang Nuar nak bawa Iqbal. Haram dia nak memakai ringsling kaler merah tu. ;)

 
Posted by Picasa

Shopping tu best kan?

  • 1
Aku ni sangat berbahaya. Aku adalah impulsive shopper. Bila aku nak sesuatu, aku akan beli. Kemudian, menyesal ke idak lain cerita lah.

Pelangi itu Iqbal Wafiq

  • 1
Semalam rasa sangat sebal dengan client. Cerita dengan Nuar, sampai keluar the 'a' word. Memang sakit hati.

Tapi hari ini sudah ok.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Iqbal tidak mahu melepaskan aku malam tadi. Cabaran untuk fully BF mommy adalah bila anak nak bergayut sahaja. Abah pon dia reject. Tercalar keegoan seorang abah. :P

Akhirnya, abah la yang masak makan malam. Kalau tak masak nak makan apa? Sampaikan, aku makan pon abah dia suapkan. Cabaran.. cabaran..

p/s: Kawan aku bagitau, aku kena belajar dengar budak nangis. Kalau dak tak jadi kerja.

Terjebak dengan Elin

Aku memang lembab pon. Ahahaha

43 perkataan

Speedtest



Kamu menaip 290 aksara seminit
Kamu mendapat 43 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

Hampir setahun, kalau baby dah boleh buat apa ek?

  • 2
Ramai yang sambut anniversary perkahwinan pada bulan 6 ni. Sedar tak sedar aku pun akan sambut juga pada 14 Jun nanti. Setahun lepas, kita berdua aje sayang. Tahun ni ada Si Onteh-onteh Iqbal Wafiq.

Dan paling kental, aku, nuar dan Iqbal Wafiq belum pernah ambil gambar sama-sama lagi. Jadi, tiada gambar bertiga-tigaan. Untuk rekod, gambar kahwin pun belum print lagi. Ada softcopy aje.

Ada aku kisah?

Sambil tu, tengok lah gambar aku melambai-lambai setahun lepas. Pakai crown tu.



Gambar yang gojes diambil oleh: Angah dari zulkhas.com

6.6 kg bundle of joy! Yay!

  • 3
Iqbal Wafiq pergi injection 3 bulan semalam. Berat dia sudah 6.6kg. Wow! memang sukar untuk didukung. Embam-embam aje si Iqbal Wafiq ni.

Ramai yang ingat si Iqbal Wafiq ni girl. Aku syak bulu mata dia yang macam bulu mata unta itu. Abah dia kata, kalau sesat kat padang pasir, pengelihatan Iqbal boleh survive. Banyak la loyar buruk abah dia.

Seminggu dengan atok, nenek dan makcik-makcik dia, sure la lemak sket. Ahaks. Harap Iqbal Wafiq behave la dengan Su kat nurseri tu. Iqbal sayang, kat nurseri tak boleh manja-manja macam kat Si*jang*kang. Anak mama behave yach?

Dan, yang sangat bagus. Kitorang balik ke Pun*cak Ja*lil malam tadi, semua barang bawak pulang semula kecuali susu stok Iqbal. Ya ampun. Nasib gua keep cool walaupun Nuar gabra. "Stok kat rumah cukup. Tak apa" dengan yakin sekali. Lain kali sure tak tinggal. :D

Iqbal sekarang ni dah minum 4oz sekali feeding. Untuk bekalan nurseri, kena provide atleast 20oz.

Siapa kata kegawatan ekonomi tak mengganggu gugat kehidupan. Sangat la BULL.

  • 13
 
Posted by Picasa


Sudah berumur 3 bulan anak aku. Sempena 3 bulan, Iqbal kena tinggal dengan abah. Abah pesan supaya Iqbal jaga Mama baik-baik. Jadi good boy. Senang di jaga dan menyenangkan hati mama, nenek dan atok.

En.Suami berkursus induksi di Penang. Alhamdulillah. Syukur sangat. Suami saya menjadi mangsa kegawatan ekonomi. Syarikat close down sebab fund dari US dah di hentikan. 6 bulan juga saya jadi sole bread winner. Gaji saya tidak lah seberapa. Tapi alhamdulilah bertahan. Yang penting!! kerjasama.

Suami dah dapat proper job dengan proper pay. Di Cyberjaya pula tu. Dekat aje!! Interview Pegawai Tadbir Kontrak yang dia hadiri tempoh hari pun mengena juga. Tapi, terpaksa lah menolak. Saya gembira, dan nampak suami pon dah dapat semangat untuk meneruskan hidup semula. Heartbreaking tengok suami begitu.

Masa tu adalah masa untuk bertahan. Allah duga dengan sebegini, keluarga dan kawan terdekat juga susah hati dengan kisah kami. Yang menghadapinya pun sama. Cuma tak mahu tunjuk, supaya suami tak bertambah susah hati. Kita tahu yang hati dia sudah pun susah. Air mata mengalir pun kesat sendiri. Tapi kadang-kadang suami lap juga air mata kita. Nak sorok macam mana, muka ni bukan boleh jadi plastik selalu.

Syukur sangat-sangat. Ini semua berkat sabar, usaha dan rezeki anak juga. Walaupun kerja syif, kerja juga kan?

Suami nazar nak botakkan kepala. Kenapa la bernazar tak tanya orang dulu. Kita yang nak mengadap dia dan kepala botak dia. :P

Kembali ke gagang

  • 0
Nuar akan berkursus induksi selama seminggu di Penang. Aku sebagai single mother? Nahhh

Pulangkan aku ke rumah orang tua aku!!!

Ehehehe

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers