Suamiku sayang

  • 4
Wahai suamiku sayang,


Maafkan kite kalau kite cepat melenting bila awak ambil lengah hal anak kita. Mungkin sebab saya mengandungkan dia 9 bulan dalam rahim kite. Susah payah dan dugaannya kite tanggung. Jadi, bila kena ambil giliran selepas filem/aktiviti kegemaran awak, itu yang buat saya hangin. Bukan tak tentu pasal.

Ini anak kita ni.

Dari benih suci cinta kita.

Harap awak mengerti.

Lepas ni kite balik, kite cium tangan awak.


Yang menyangimu,
Ibu untuk anakmu

Sakit tu satu kifarah

Iqbal kena viral fever. Its heartbreaking tengok anak sendiri sakit. Untuk seorang drama queen seperti aku ini. Sedangkan pergi masuk wad kanak-kanak masa sebelum kawin pun melalak-lalak. Tu anak orang lain. Anak sendiri apetah lagi. Gua asyik menangis bila tengok Iqbal merengek2. Ubat doktor dah bagi. Tapi dia bagi syrup PCM. Budak bijak, mana nak telan ubat doktor? Rasa dah la tak sedap. Pandai plak tu, dia kumpul kat tepi pipi, tunggu sampai air liur dia penuh, meleley la ubat tu dari tepi bibir.

Finally gua pergi beli sub-PCM. Kan senang, no rejection. Empat hari juga si Iqbal demam. Sedey. Tapi masa tu dah tak menangis dah. Kena kuat demi anak. Takkan la nak lembik aje? Macam mana nak jadi Iron Mom nih?!!

Yang paling bersyukur Mak and Pak Mertua aku datang. Jadi Iqbal aku tak hantar nurseri. Abah dia di paksa-rela jaga masa aku nak pergi kerja. Tapi sekali lagi, aku plak kena sakit mata, dapat MC dua hari.

Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mewahnya Iqbal dengan kasih sayang. Tak payah pergi nurseri, dan tumpuan orang semua pada dia. Ewah ewah.. Nenek dia siap bawakkan daun durian belanda untuk kasi badan sejuk. 3 hari Iqbal berbau daun, tapi alhamdulillah hari Jumaat tu Iqbal dah baik demam.

Sakit mata aku kebah juga pada hari jumaat. Tapi aku jatuh demam pula. Macam main pass-pass pula. Masa inilah teruji iman dan kasih sayang suami isteri. Kalau dapat suami yang lepas tangan, memang seksa badan lah. Suami saya? Dia masih belajar, dan aku berdoa banyak-banyak supaya aku jadi lebih pemaaf dan sabar.

Hikmah bila aku demam. En.Suami dah pandai mandikan anak. Dalam hati orang lain, alaaaaa.. suami aku pun mandikan anak juga. Tu suami orang, tapi ni suami kita. :P kalau dah nak mandikan anak, ringan dah la sket tanggung-jawab.

Kerana pesan akak ipar, lepas ada anak ni:
1. Dah tak boleh tidur sedap-sedap dah
2. Sebelum buat apa-apa keputusan, fikirkan anak dulu
3. Dah tak boleh buat perangai macam orang bujang

Dan aku tambah
4. Kena cepat adaptasi minda yang kita ni dah ada anak kecil
5. Time management kena betul, kalau tak mmg tak jadi kerja
6. Kerjasama suami isteri kena ada untuk sama-sama ringankan tanggungjawab
7. Amalkan komunikasi yang berkesan, macam mana cara pun tak kisah, asalkan berkesan.

Iqbal tengah gelak tanpa bunyi yang sangat meriah

  • 15


Shomen shomen anak Mama
Shomen shomen anak Abah
Si Onteh Onteh anak Mama
Si Onteh Onteh anak Abah

ADSL Modem Cokia apakah??

Aku mendaftar untuk Streamyx pada hari Rabu lepas. Dan selepas all the phoneline thingymajing, aku dapat disuruh untuk mengutip Modem ADSL di TmPoint tempat aku mendaftar. Tmpoint Menara Pucuk Rebung that is.

Sampai disana selepas menunggu, (meja pendaftaran cuma ada dua, dan orang yang handle cuma ada sorang) staf tu kata, modem habis. Yaeah.. TmPoint. Cawangan besar dia, modem habis. Ok sabar.

DIa suruh aku kutip kat Bangsar, ko tau la leceh gila. Aku pun pergi ke Bangsar, sempat juga parking haram. Mana ada parking halal yang available di Bangsar? Kalau ada mmg kau adalah salah seorang yang diberkati lah.

Aku dapat connect to Streamyx pada hari Selasa. Tapi pada hari Khamis ni, pagi tadi aku dah takleh nak connect. Baru aje nak bagi pujian, dah ampeh.

Kontraktor yang datang tu kata, point kat luar tu faulty. Sebab bila guna modem dia pun tak boleh gaks. Dia pun pergilah reconnect to other port. Bila dia datang kembali, guna modem dia ok. Dan modem aku plak rosak. Dem sangat kan?

Semalam Nuar last guna sampai kol 1 pagi, ok aje. Nuar turn off lagi sebelum masuk tidur. Apa yang buat modem aku rosak? Kilat nak sambar pun tak leh. Apa sebenarnya? Modem yang baru berusia tak sampai seminggu boleh rosak? Barang cokia apa yang TM bagi pada kitorang? Dem sangat-sangat. Buat aku takder connection sehari lebih.

Esok kontraktor tu datang bawa modem baru. Sekarang ni terpaksa survive dengan Celcom 3G gua lah. Nasib baik gua belom potong 3G gua lagi. Haih!!

5.5kg bundle of joy

  • 12

Semalam aku bawa Iqbal ke Klinik Kesihatan untuk injection 2 bulan. Mama suruh pergi awal, tapi si Iqbal tak bangun-bangun. Takkan la nak kejut pula. Aku gerak pukul 8.30. Alhamdulillah Iqbal ok. Cuma mengantuk sket. Sebab masa waktu nak inject tu, dah pukul 10.30. Sebelum inject, dah nangis. Lepas inject lagi lah.

Berat Iqbal 5.5kg dan panjang dia 59cm. Ihiks. Masa sebulan haritu berat dia 4kg. :P Kuat minum susu ini budak.

Susunan injection adalah pada umur 3 bulan, 5 bulan, 6 bulan, 1 tahun dan 1 tahun setengah.

Nurse tak bagi pakai mitten lagi. Supaya Iqbal boleh start main-main dengan tangan dia. (Aku tak ambil gambar semalam, aku ni bukan jenis ambil gambar sangat gamaknya..). Calar-calar sket muka dia tak apa, supaya dia boleh belajar jangan calarkan muka dia.

Ibu yang bekerja mencari nurseri untuk anaknya

  • 3
Di Pun_cak Jalil ni, memang sangat banyak nurseri dan tadika. Pada mulanya, aku dan nuar recce, pusing-pusing. Aku call setiap tadika yang aku jumpa. Rupa-rupanya, tadika tak ambil baby. Tu tempat budak-budak belajar. Taska baru ada pengambilan baby, transit dan sebagainya. Tengok tu, betapa ignorance-nya aku sebelum ni. Tak tahu apa beza taska dan tadika.

Setelah habis mencucurkan airmata, dan mendapat kata-kata semangat daripada mama. Akhirnya, aku hantar Iqbal ke Taska Nur4n!. Baru buka, dan tak banyak baby. Tapi pagi tadi aku dengki gila, ada bapak budak ni, relaks aje hantar anak dia kat taska tu, rumah dia selang sebuah aje dari taska. Ahaks. Sangat jeles occay. Bila aku tengok tag dia, dia pun kerja kat H_P juga.

Entri yang sangat positif pada hari ke-empat bekerja.

Hari ke-empat bekerja. Alhamdulillah. Sikap aku terhadap EBM pun dah lebih positif. Jadi aku dapat catch up dengan Iqbal punya intake. Iqbal akan minum atleast 20 - 24 oz masa di nursery.

Aku dah dapat adjust time. Untuk semuanya berjalan dengan lancar, aku akan bangun pukul 5-5.30 pagi. Aku akan pump susu seround. Sort out susu iqbal yang nak dibawa ke nurseri. Solat subuh dan mandi. Aku akan pastikan dalam pukul 6.30 aku dah settle semuanya. Kejut nuar Subuh. Dan siap-siap pergi kerja.

Iqbal anak yang baik. Tak kisah lah, malam-malam dia tak tidur. Sebab masa tu aku ngan nuar yang jaga dia. Tapi sikap Iqbal diwaktu pagi boleh aku puji. Aku puji supaya Iqbal akan rasa lebih dihargai. Pagi-pagi lepas aku mandi and siap, dia merengek sket sebab dah bangun. Lepas aku susukan lebih kurang (aku mak yang keji). Iqbal akan ceria. Senyum-senyum. Kalau letak dalam carseat pun, dia cool dan macam lalok-lalok aje. Bila bawak kuar pass kat penjaga dia, pun tak menangis. Siap senyum-senyum lagi. Jadi dengan itu aku syukur sangat-sangat.

Tentang susu, selagi aku makan nasi dan rajin minum. Alhamdulillah, kalau aku pump sekarang ni, dapat la 4 oz satu session. Dan aku kerap pump. Sebelum ambil Iqbal, kena ada 3 sesi pumping. Dan bila Iqbal ada, aku akan pump sambil nursing Iqbal. Dapat 1oz pun dah kira syukur.

Support daripada kawan-kawan mmg menggalakkan. Aku rasa lega dan lebih positif untuk bagi Iqbal susu ibu. Yeah!

p/s: Dan satu lagi note positif, Menara HP ada sediakan dua nursing room dan ada fridge gaks khas utk nursing mother. Sangat cool kan?

Hari Pertama bekerja

  • 5
Arghh.. boring gila.

Tadi pump susu, dapat 4oz aje. Ni la masaalah aku. Kalau kat office, malas nak makan minum. Kena lah!! Wajib lah!! Kalau dak macam mana nak cukup susu untuk Iqbal Wafiq?

Masa hantar kat nursery tadi, Iqbal Wafiq tengah tidur. Dan dia baik lah atas carseat dia. Masa bagi kat Su, dia tengah menggeliat. Harap dia tak meragam lah. Si Iqbal Wafiq.

Pagi-pagi tadi terkangkang kiap jugak lah. Nasib barang-barang untuk ke nursery dah settle malam tadi. Bercakap tentang malam tadi, Iqbal Wafiq tak nak tidur. Biasanya, akan tidur daripada pukul 8 ke 12 malam. Ini tak, sampai pukul 11 malam dok tidur-tidur ayam. Last-last gua give in, tidur sambil nursing. Baru la lena itu budak. Geget karang. Ahahaha

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers