Masa sangat cemburukan aku

  • 13
Rasa sekejap aje.

Tau-tau aku dah nak masuk kerja minggu depan.

Nursery masih belum decide yang mana satu. Heartbreaking la nak tinggalkan anak yang baru 2 bulan di nursery. Mungkin aku yang terlalu emosi. Sebenarnya tak ada apa-apa sangat pon kan?

Semua working mum yang tak ada maid pon begitu kan?

Latih tubi bersama Iqbal

  • 8
p/s: Ni adalah sangat au natural..



Ini adalah latihan breastfeeding Iqbal di outside world where my breast matter. Lokasi: Beranda rumah, menikmati angin petang.

Ahahaha. Kalau dalam rumah kat kampung tu, my breast tak dikira aurat. Diluar sana, takkan la nak show off plak.

Nursing cover dari goldmedalribbon2.blogspot.com.


Setakat ni Iqbal tak kisah asalkan dia kenyang. Siap tertidur2 lagi dalam tu.

Penatnya shopping

  • 4
Ingatkan tak keluar dari rumah, tak la habis duit utk shopping.

Hareemmmm...

Baru je beli Ring Sling dari Jumpsac.


Dan Sengaja beli Ring di Peekaroobaby.

Yang sudah dibeli dengan jayanya adalah nursing cover dari Goldmedalribbon2.

Aku rasa done shopping for now. Kena keluar untuk beli baby carseat lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. ahahaha

Dilema Ibu berpantang : Baby Blues

Sebenarnya, masa awal-awal berpantang, mood aku swing. Sekejap rasa gembira, bersyukur, kejap rasa sedih tak pasal-pasal. Baby blues agaknya.

Apa yang ada dalam kepala aku adalah. Takut dengan tanggungjawab ni. Besar!!! Ini adalah satu nyawa yang bergantung pada kebolehan aku sebagai seorang ibu, untuk jaga dia. Uruskan dia. Bagi dia makan. Didik dan nurture dia. Semua lah bergantung kepada aku. Aku takut yang aku tak mampu. Aku akan buat kesilapan. Screw up. Buat dia choked on something. Pakaikan baju yang tak matching (seperti aku juga). Tak sabar dengan kerenah dia. Sakiti dia dengan tak sengaja. Tak perasan yang dia sakit. Senarainya tak berkesudahan.

Masa tengah menyusukan dia, aku menangis. Rasa kasihan, sebab Iqbal dapat aku sebagai emak dia. Yang tak mampu nak jaga air pokok keladi bagi hidup. Iqbal bukan pokok. Dan bukan patung dalam kelas Antenatal kat UMMC.

Aku ada sistem sokongan yang sangat membantu. Bila aku rasa tak keruan, aku akan luahkan pada Nuar. Atau aku akan call bestfriend aku (bukan senang nak cari masa senggang untuk bergayut),dan pour it out. Kalau aku simpan, makan dalam kot. Manusia perlukan reassurance. Aku tak terkecuali.

Aku perlu yakinkan diri, bahawasanya, ianya semulajadi. ianya ada dalam diri aku. Aku perlu gali dalam-dalam aje. Aku capable untuk jadi ibu untuk Iqbal Wafiq.

Hari ke-44. Cepatnya masa berlalu!! Klise sungguh!

  • 6
Dalam hati aku terbayang semua makanan yang boleh aku telan selepas ini. Tak perlu makan lauk khas untuk aku sahaja.

Air batu kena pantang lagi. Aku cuma akan minum air yang chilled not iced. Mama kata timun pon kena pantang lama sket. Sebab sejuk. Apa sangat la timun tu berbanding 44 hari aku makan sayur rebus aje.

Sebenarnya, banyak barang aku tak beli lagi untuk baby. Baby car seat tak ada lagi. Stroller adalah pilihan Nuar, kalau ikut aku, aku nak babywearing aje. Habis cerita.

Akak ipar aku dah pesan (banyak kali), selepas ni bukan honeymoon lagi dah. Tanggungjawab banyak. Kena buat pengurusan masa yang lebih baik. Kalau tak memang tak jadi kerja.

Aargh, sempat lagi nak update blog ni. Betapa efisyennya aku. (Sebenarnya aku belum mandi lagi ni.. ahahah)

Sterilizer

  • 4
Aku sedang berkira-kira untuk beli sterilizer. Masih lagi pening nak beli yang mana satu. Sekarang ni guna cara manual. Dan aku yang clumsy hampir rosakkan aku nyer Medella breast shields dengan mencairkannya didalam pot. (Ok.. masa aku nak angkat tu, terkena dinding pot.. tu la yang jadi gitu. Kalau dalam boiling water takkan jadi apa-apa)

Bodoh sangat!!!

Ya.. aku sangat perlukan satu sterilizer.

4kg

Iqbal Wafiq pergi ke klinik untuk cucuk Hep-B dos kedua. Berat dah 4kg. Umur Iqbal dah 38 hari. Panjang pun dah bertambah. daripada 44cm, bila ukur semalam, 53.5cm dah panjang si Iqbal.

Misi BF aku masih berjalan dengan cemerlang. EBM progress perlahan tapi aku akan cuba pastikan sehari sekurang-kurangnya sekali aku pump. Lagipun aku dah start collect daripada hari ke-5 lagi.

Masih menunggu adapter untuk PISA aku. Malas nak pergi beli batteri.

Perempuan Simpanan : Batch pertama sudah dalam perjalanan

  • 10



Kepada pembeli yang sudah membayar. Ya! kamu!!

Sila nantikan Perempuan Simpanan anda.

yna amor"
mira zin
mr darabdua"
++ Queen
adiema manja"
frehan khautsar"
Faez Roslan"
Hazirah Mahadzir"
Ecah Achim
illy khaiqrunnisha"
mugiwara
gerbera
ain yusof
Akid Lydia
Voice
arween
encik simi
Q
orkedhana

Perempuan Simpanan: Kenapa anda harus memilikinya?

  • 7


Iqbal Wafiq pun sudah ada sebuah.. Kandungannya amat menarik sehingga melopong Iqbal Wafiq dibuatnya..

Anda bila lagi??? emailkan tempahan pada cikdaun[at]yahoo[dot]com.

Perempuan Simpanan: Masih ada peluang untuk anda memiliki Perempuan Simpanan

  • 9
En.Suami akan mengutip Perempuan Simpanan daripada Nida malam ini. Jadi, sabar yach? Saya akan uruskan secepat mungkin.



Ada extra Perempuan Simpanan kepada sesiapa yang berkeinginan. :) Ini bukan April Fool!! Ini betul-betul. :)

p/s: mencabar sungguh jadi ibu ni. Kena latih sabar dalam diri cukup-cukup.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers