Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 5: Ianya berakhir dengan kesyukuran

  • 24
Prak!!! Prak!!

Aku dapat dengar bunyi macam kain dikoyak disessi ketiga aku push. Dua kali dia gunting. Tapi tak rasa sakit sebab bercampur dah dengan sakit contraction tu. Bagus juga teknik dia. Ahahaha.

Yang kena gunting adalah bahagian perinium dan teknik guntingan itu dinamakan episiotomi. Seperti yang dikatakan oleh kelas bersalin di UMMC, ia adalah potongan serong kekanan yang dibuat di bahagian vagina supaya bukaan untuk baby keluar lebih besar, dan untuk mengelakkan koyak natural kearah dubur. (Tolonglah.. kenapa ia berbunyi seperti kelas antenatal aku nih)

Nurse kedua masuk. Dia panggil En.Suami yang menunggu kat luar. Aku nampak En.Suami dipintu dengan baju sarung dari depan kaler biru. Aku rasa Dua kali sessi push. Dan selepas di tegur dek Nurse.

"Jangan teran dekat tekak. Teran macam nak berak."

Sekali lagi aku worried yang keluar adalah stools bukan baby.

En.Suami bagaikan tukang bagi semangat

"Sket lagi sayang!!"

Nurse pun turut cheer semasa aku meneran.

Aku rasa macam berada dalam satu pertandingan dimana aku bertanding dengan diri aku sendiri dan semua orang bersorak-sorai untuk aku tiba di garisan penamat.

Nurse kata masa teran biar dagu lekat didada. En.Suami tolong tolak kepala aku supaya rapat ke dada bila teran. Dua sessi push-push you can do it!!! Baby keluar.

Nurse announce, baby lahir pada pukul 11.19 pagi.

Aku pandang En. Suami, En.Suami cium dahi aku.

Yang keluar dari mulut aku masa tu cuma

"Alhamdulillahhh... alhamdulillahh... "

Berkali-kali.

Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 4: Perlukah kau menggunting aku??

  • 12
Nurse bagi aku baju hot pink yang baru. Lepas tukar aku lepak atas katil di labour room yang boleh tahan besar la. Nurse pasangkan baby heartbeat monitor. Supaya dengar degup jantung baby. Dan bagitahu aku supaya sedut happy gas daripada mask kat kepala aku.

Tangan kiri aku pegang happy gas mask. Sambil aku dengar degup jantung baby. Sebenarnya kelakar plak dengar degup jantung baby tu. Masa tu sakit macam nak berak. Tapi aku tak sedut happy gas tu betul-betul. So aku tak berapa high lah.

Aku berkalih ke sebelah kanan. Yang buat aku panik adalah bila baby heartbeat monitor tu dah berbunyi dah. Rasa nak meneran semakin menjadi-jadi. Sebijik macam ko nak berak taik keras. Malas gua nak tulis sorok-sorok. Ahahaha. Aku tekan butang nurse call.

Lama gaks nurse nak datang. Bila sampai nurse suruh aku duduk telentang. Jangan mengiring ke kanan. Baby heartbeat monitor tu gagal berfungsi bila aku mengiring ke kanan.

Aku bagitau aku dah sakit sangat dah nih. Rasa nak berak. Ingatkan betul2 nak pi toilet. Bila nurse check. Dia prep aku untuk meneran. Bila sakit. Teran. Bukan teran bila tak sakit. Ahaks. berapa banyak chapter dalam Ina May tu aku tak dapat tangkap plak kena meneran bila sakit. Budus sungguh.

Aku rasa bukaaan aku dah ready gamaknya. Nurse tak bagitau pon dah 10 cm ke idak. Nurse suruh teran macam nak berak. Aku sempat lagi memikir, apa jadi bila aku teran. Bukan kuar baby. tapi keluar tahi aje. Walaupun disaat-saat genting ni aku sempat berfikir yang bukan-bukan.

Satu set push-push. Tak ada apa jadi. tapi set push-push kedua, nurse bagitau yang dia akan gunting!!! Kenapa dia bagitau aku yang dia nak gunting??? Tak bagi tau tak boleh ke?

... Kalau tak gunting tak boleh kee????

Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 3. 5cm ke 7 cm ni??

Dalam kereta aku duduk dah senget-senget. Sakit every 3 minutes dah ni. Setiap kali sakit, aku letak kepala kat En.Suami. Aku suruh drive dengan berhemah. tengok every corner and bump. Tak apa nak ambil selekoh. Tapi bila contraction tu datang. Jalan lurus pon rasa seksa.

Elin call masa aku tengah sakit. Aku tak dapat cakap. Cuma dengar aje apa yang elin pesan. Be calm.

Aku jenis manusia yang punyai toleransi yang rendah terhadap kesakitan. Senang lebam. kesakitan daripada cucuk hujung jari untuk ambil darah pun mampu melekat sampai 3 4 hari. orang kata bersalin tu sakit. Sakit tu yang aku tak rasa mampu nak hadapi. Tapi aku nak bersalin normal. Aku nekad. Doa setiap hari supaya aku dapat hadapi kesakitan bersalin tu. Khatam buku Ina May, Guide to natural Childbirth. Sempat juga aku habiskan buku tu sebelum aku bersalin.

9.45 pagi.

Sampai di Hospital Serdang, bahagian Emergency. En.Suami ambil kerusi roda untuk hantar aku kedalam. Sampai-sampai, aku bagitau air ketuban aku dah turun.

Aku berdiri je. Sakit yang datang dah kerap-kerap dah. Dorang suruh aku duduk. Mana nak duduk? sakit sampai tak boleh nak duduk.

Kemudian, Nurse kat bahagian tu suruh aku kencing. Aku bagitau nurse yang aku dah start ada darah. Aku dapat katil di waiting area. Aku rasa tu tempat untuk menunggu sebelum masuk ke Labour room.

Nurse check bukaan aku dah berapa cm. Senak perut aku masa dia check tu. Siries, harap dia tak check kau selalu. Aku dengar nurse cakap dah 7 cm. Eh! mana nak minum air selusuh? Air selusuh dengan En.Suami kat luar. Aku ni kat dalam.

Dr plak check. Nasib la Dr perempuan yang kecik molek. Dia kata baru 5 cm la. Sekali lagi aku teringat air selusuh. Sebab nurse dah key in 7 cm. Aku dah leh masuk ke labour room.

Seorang nurse suruh aku duduk dalam wheelchair, dan sorong aku ke labour room 16. Aku sakit sangat tak boleh bersandar. Nurse suruh bersandar. Sambil tu aku rasa mcm loya-loya. Nur kata, biasa lah. Kadang-kadang sakit sangat sampai ada rasa nak muntah.

Sampai aje ke labour room 16. Muntah dah tertadah dalam kedua-dua belah tangan aku. Habis baju hot pink Hospital Serdang dengan sarapan aku pagi tu.

Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 2 Air ketuban aku tidak berbau

1 march 2009. 7 pagi.

Aku terlelap lebih pagi tu. Terbangun bila rasa mcm nak period. Macam tak ada kawalan pada pundi kencing. (ya ya.. kami perempuan mengandung sudah semestinya tiada kawalan terhadap pundi kencing, tapi ini lebih daripada kebiasaan) Aku bangun dan pergi bilik air. Lebih kurang pukul 7.15 pagi. Lepas tu aku rasa macam tak habis-habis pula. Setiap step aku, air turun. Bukan air ketuban turun macam bah ke?

Aku tanya mama, ni tanda nak bersalin ke? Mama yang tengah menjahit sarung bantal baby masa tu, tanya, "Air yang keluar tu bau hanyir ke tak?" Aku pi hidu balik air yang menceceh kat lantai masa aku keluar daripada toilet. Tak ada bau apa. Aku suruh En.Suami google, apa bau air ketuban. jawapan yang dijumpai adalah tak berbau dan ada juga yang kata berbau hanyir.

Ok! air ketuban aku tak ada bau. Aku siap-siap pakai pad. Mama kata, mungkin lah dah nak bersalin. Huh??? Mana aku sedia nak bersalin? tapi beg persedian ke hospital dah ada. Mungkin lah aku bersedia. tapi dari segi beg aje lah. Minda aku ni dah ready ke belom? Mungkin sebab I was caught off guard. Otak aku terus switch to bersalin mode. Masa ni aku dah time setiap kali aku rasa sakit. Once every 10 minutes.

Mama suruh aku mandi. Aku siap-siap mandi dan cuci rambut lagi. Ayah keluar beli sarapan. En.Suami google macam mana nak buat air selusuh. Aku cuba call Ika. Tak angkat plak.

Aku turun sarapan. Makcu aku yang keje Staff Nurse kat HTAR datang. Check-check aku sket. Dan confirm-kan sekali lagi. Ya! sudah tiba masanya. Ayah aku dah bising-bising suruh cepat pergi hospital. Aku, mama dan makcu siap relaks-kan ayah. Pakcu pon sempat datang. Jiha tolong keringkan rambut aku sementara aku makan roti canai.

Air selusuh siap. "Bila nak minum air selusuh ni? Sekarang ke?" tanya aku pada Makcu. "Jangan dulu, tunggu 5 cm bukak baru minum. Karang ko dah rasa sakit nak meneran, tapi bukaan belum settle lagi"

Makcu pesan, "Apa-apa pun bila sakit, baca la Ila ha illa anta, subhanaka inni kuntum minaz zolimin, masa tu ko takkan ingat ayat berjela-jela"

Selepas sarapan, aku sempat call ika, lepas dapat 3 misscall. Aku dah nak bersalin!!! Sempat cerita dan gelak-gelak bodoh dalam situasi ni.

Ayah tak habis-habis nak gesa kitorang pergi cepat. 8.30 pagi, aku, En,Suami dan Jiha, adik pompuan aku, bergerak dari Si_jangkang ke Hospital Serdang.

Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 1. Beg Hospital dah ready!!

Ya, aku kata masa 26 minggu aku akan siapkan Beg Hospital. Tapi haram tak jalan. 26 februari baru siap membasuh baju baby. Tak ada motivasi lagi.

29hb february : Minggu ke 37++

Pagi tu aku rajin. Vakuum ruang tamu!! Entah. macam dapat wahyu daripada langit.

Kejutkan En.Suami bangun. Dan mula mengemaskan beg persediaan hospital. Baju dan barang baby yang lain, aku simpan dalam satu bekas. Dan angkut sekali balik ke Sijangkang. Hampir setiap minggu aku balik kampung. Sekarang, malas nak memasak. Jadi En.Suami pun rela aje balik ke kampung aku sebab makan minumnya lagi terurus.

Malamnya aku rasa tak sedap pinggang sket. Minta En.Suami urutkan. Biasa lah rutin sebelum tidur aku. Adalah back rub and foot massage khas daripada En.Suami.

Mana la gua tau, esoknya gua nak terberanak masa tu. Kan?

Status facebook aku malam tu adalah : dah siapkan Beg persediaan Hospital!!! yay!!

Tudung Dubai yang buat anda rasa boombastik!!!

  • 3


Banyak tudung dubai yang segar-segar belaka dijual di MySaleShop. Stok adalah limited. Jadi siapa yang cepat dia yang punya tau!!!

Iqbal Wafiq Due Date

  • 4
Anak mama dijangka lahir pada hari ini.

Dah 18 hari dengan Iqbal. Tak ada satu hari aku rasa terkilan yang Iqbal dilahirkan awal. Lagi cepat besar. Kan?

SPM

Aku terlalu lama berada dalam kepompong aku. Lupa nak memberi khabar gembira tentang keputusan SPM adik aku yang tak jemu jadi tukang bedak Iqbal Wafiq.

Alhamdulillah, Nurhamizah dapat 9A1 dan 1A2. Dengar khabar tak mahu ambil Engineering macam abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Mizah pilih pergigian. Doakan lah perjalanannya mudah.

Tagged: 6th of the 6th

  • 0
Aku kena tagged dengan Dila. Macam la tak tau aku ni sibuk dengan anak aku. Lepas habis sesi nangis-nangis bila tak dapat nak calm-kan anak aku yang nangis. Sesi risau adakah aku capable untuk jaga Iqbal dimasa hadapan. Bila anak aku tidur, aku rasa calm sket. Dan buat tagged ni? Sepatutnya aku catch up tidur aku tau. Sebab macam mana nak jadi seksi bila ada gelung hitam bawah mata?

Instruction:Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!



Masa pergi training kat Singapore Januari 2008. Seminggu aku duduk Sg. sorang-sorang. Boring gila kat hotel. Tapi seronok sangat sebab aku ni sebenarnya adventurous juga. Habis sumer MRT and bas aku naik. Dan ini adalah trip aku ke Underwater World Singapore di Sentosa Island dengan Kak Zee. Bila iklan uniknya Singapura, aku boleh tepuk-tepuk tangan sama.

Bagi seorang yang tak minat pon slot Animal Planet. Memang amusing bila aku bagitahu yang aku masuk Underwater World. Apa punya posing lah. Memang tak boleh blah. Pertama kali di publish dimana-mana. Kerana aku simpan aje dalam folder ni. Sampai aku sendiri lupa ada gambar ni. Thanks Dila.!!


Gua malas nak tag sapa-sapa. :)

Sesi baca-baca dan Soft Launch Perempuan Simpanan


Tak dapat pergi. Tapi jemput lah datang!!!

Iqbal Cyclop Wafiq

  • 22
Setelah bersekang mata. Bergaduh-gaduh manja. Bergoogle. Bertanya tinggi dan rendah. Atas dan bawah. Bukak kamus. Praktis sebut. Secara rasminya, nama Si Comel (aku berhak puji anak aku sendiri) adalah

Iqbal Cyclop Wafiq bin Anuar. Bermaksud Yang Berjaya dan Beruntung.

Ini talak lugi punya olang. Manyak Ong!!!!

My little Cyclop.. :)

  • 18
My precious pada hari pertama melihat dunia.


Pada hari ke-4, sebelum admitted ke HTAR untuk rawatan kuning. Percubaan berjemur yang tidak berjaya utk mengelakkan diri daripada ditahan. Lepak aje dia atas peha ayah dia.

Selepas keluar dari hospital, kena jemur juga. Untuk langkah berjaga-jaga.

Aku panggil dia Cyclop sebab dia kena kuning dan dibawah lampu Phototheraphy tu, dia kena pakai sarung mata. Macam cyclop. Tak sampai hati, jadi aku hiburkan diri aku dengan happy thought.

Hugs..

  • 2
Bila dah 'merasa' sakit bersalin ni. Aku rasa nak peluk semua ibu-ibu diluar sana. Lebih-lebih lagi mak aku.


p/s: anak-anak diluar sana.. bila last korang peluk mak korang? pi peluk sekarang!!!!!

Perempuan Simpanan: Bookers List

  • 9
No Nama Status
1 yna amor" paid
2 mira zin paid
3 mr&mrsazi" confirmed
4 Nawwal Imtinani confirmed
5 mr darabdua" paid
6 ea fatihah"
7 ++ Queen paid
8 Ijat Supersomething paid
9 Zaza confirmed
10 adiema manja" paid
11 frehan khautsar" paid
12 Faez Roslan" paid
13 sukahati"
14 Hazirah Mahadzir" paid
15 Ecah Achim paid
16 illy khaiqrunnisha" paid
17 edt83"
18 Ada Zac"
19 mugiwara paid
20 Dato Paduka
21 gerbera paid
22 ain yusof paid
23 Akid Lydia paid
24 Voice paid
25 arween paid
26 encik , paid
27 Q paid
29 Orkedhana paid
30 Atochsmart

Perempuan Simpanan: Stok Ibu Daun Sold Out!!!


Buku dalam simpanan saya telah habis dijual. Kepada yang sudah menghantar email, saya akan hantar email untuk bagitau keterangan lanjut. Maaf atas keterlewatan, baby admitted ke hospital akibat kuning. Alhamdulillah dah ok. Jadi, kepada sesiapa yang ingin membeli Perempuan Simpanan, sila hubungi Assicoates Perempuan Simpanan yang lain, seperti dibawah:

Wani - http://www.waniardy.com
Ili Syazwani - http://ilisyazwani.blogspot.com
Alina Abdullah - http://alinaabdullah.wordpress.com
Wahida - http://pergimainjauhjauh.blogspot.com
Daun - http://cikdaun.blogspot.com
Jebon - http://jebonisme.blogspot.com
Dila Raden - http://profanitikarut.blogspot.com (sold out)
Mimi Halim - http://hanahanafleur.blogspot.com
Azie - http://miszazie.blogspot.com
Madulebah - http://madulebah.blogspot.com (sold out)

Terima Kasih atas sokongan anda. :) (Kenapa la gua skema selepas bergelar ibu???)

Diari Bakal Ibu : Valid lagi ke tajuk ni? ahha

  • 24
Perkhabaran gembira itu benar. Gua terbersalin awal la plak. EDD (Estimated Due Date) 18 march 2009. tau-tau 1 March gua dah selamat dah. Aku masih di awang-awangan lagi.

Baby boy, 3.28 kg. 1109 pagi di Hospital Serdang. (Wad kelas 1 dia best gila occay!)

Terima kasih atas ucapan dari semua orang. Sangat-sangat dihargai. Setakat 4 hari aku bergelar ibu ni, susah weihhh.. ahahaa. Mencabar sungguh.

Kisah bersalin aku, akan aku pubslish kemudian. Ni pun curi-curi mengadap internet selepas bidan kampung check baby datang dan berurut.

Sms yang tak terbalas dan call yang tak terangkat tu aku minta maaf yach? Lepas upgrade status nih, tengah nak biasakan diri dengan jadual baru. Nak letak gambar pun tak sempat.

Nama baby, dah shortlist tapi belum finalized.

p/s: Keep the order of Perempuan Simpanan coming. I'll listed the booking orders later!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers