12 Entri Terbaik 2008

 Wednesday, December 31, 2008

Menyambut tag Tokrimau untuk 12 Entri terbaik. Bukan terbaik dari segi apa-apa. Cuma pilihan aku sahaja.

Jan - Rok Lengging

Feb - Efisen

Mac - Seri

April - Ini Nasehat

Mei - Milkshake

June - Permulaan Sebuah Perjalanan

July - Panjang

Aug - Moment of Truth

Sept - Keluar

Oct - Sebelum Selepas

Nov - Diari Bakal Ibu - Ultrasound

Dec - Diari Bakal Ibu - Yak-yak & Pee-pee

Menjelink: 12 Entri terbaik 2008 - TokR

Read more...

Diari bakal ibu: Yak yak & pee pee

 Tuesday, December 23, 2008

Selepas 27 minggu, acara yak yak and pee pee its not fun bila tak ada tandas duduk. Perut ni mmg menyukarkan aku untuk mencangkung. Sungguh tak selesa. Bila kat rumah sendiri dan ofis lain cerita lah. Tapi bila balik kampung (aku). Bila nak membuang tu aku boleh fikir dua tiga kali.

Macam mana akak ipar aku berpantang seminggu kat kg. aku selepas bersalin??? Tak ke sakit lebih-lebih lagi lepas beranak? Deng! mcm mana orang dulu-dulu survive acara yak-yak dan pee-pee? Macam mana mama??? Bila aku tanyakan pada mama, mama cuma cakap, nak tak nak, terpaksa lah.

Jadi sayang, seriously, kita kena beli tempat duduk untuk acara yak-yak dan pee-pee kite dalam 3 bulan ni dan selepas berpantang. kena pergi kat farmasi bertentangan SJ_MC or UM_MC ada jual bende tu? nak buat toilet baru mmg out of the question lah.

Aku tanya En.Suami, macam mana awak mencangkung dengan perut boroi tu ek? Mungkin tak apa-apa sebab tak ada isi.

En.Suami menjawab, "Fleksibility!!"

Adeih!

Read more...

Diari Bakal Ibu: Sayang baby besar

 Thursday, December 18, 2008

Sedang aku berdiri di atas tangga dapur dan berbual-bual dengan kak nita dan mama.

Nabil yang sedang mendaki tangga berdiri di depan aku. Berhenti dan mencium perut 25 minggu aku sambil berkata

"Sayang baby besar!!"

Meninggalkan aku dengan kening terangkat dan pandang Kak Nita dengan tanda soal..

Kadang-kadang, kanak-kanak sangat tak dapat dijangka.

:). Owh.. aku rindu Nabil.

Read more...

Diari Bakal Ibu: Hari Lahir

 Monday, December 15, 2008

Hari Lahir yang simple. Cuma lepak-lepak dan cuddle dengan En.Suami dirumah. Selepas maghrib baru bersiap untuk keluar makan malam.

Makan di TGIF. Alhamdulillah. Sengaja nak mencuba Rib yang maha popular tu. Sangatlah overrated. Aku tak berkenan dengan BBQ sos dia. Yang lain ok lah. Sebagai pemakan sayur tegar, apa-apa pun nak kena order salad juga. So Salmon Salad dia quite nice. But ada rasa hamis ikan. Pregnancy ni buat aku nyer sense sangat sensitif.



Sejak-sejak 2 3 minggu ni, aku develope a sweet tooth. Kek, coklat, ais krim dan sebagainya. Jadi, aku order mini delights. Satu aje menyesal aku order, the tropical delight. Ada kelapa parut. Straweberry Parfait dan Snickers Treat (sangat sedap) adalah sangat recommended.

Kemudian, jalan-jalan di kedai-kedai barangan bayi. Belilah satu dua benda untuk baby ni. Alhamdulillah. Hari Lahir yang simple dan aku gembira begitu.

++++++

Belum ada hadiah hari lahir.

Bila En.Suami tanya, "Nak apa?".

Aku jawab "Tah.. tak tahu nak apa".

Read more...

Maskara 12 - Balak Malaya

 Sunday, December 14, 2008

Maskara kali ini 'keren banget'. Walaupun crowd tak berapa ramai, aku sangat enjoice and the unborn plak dok bergendang dendang dalam perut.

Persembahan dari Rafix sangat mantap. Sungguh mengujakan tengok live performance. ND pun walaupun menyanyi pendek-pendek berjaya menghiburkan aku and the unborn. Reez plak sangat sweetnya, aku harap aku ada 1% talent utk main gitar macam dorang. *Teruskan berangan*

Matjan.. apa yang patut aku cakap.. you suck!!!! ahahaaha.. sebenarnya very informatif..cumanya panjang sangat buat baby aku tido dan aku hampir-hampir tertido. Bila ditanya selepas maskara, mat jan cuma menjawab "Aku bajet 10 minit jaaaaa".

Tembakau dan Azzam Supardi membuat aku rasa macam membaca komik. Yeah!

Aku tidak pulang dengan goodies bag daripada Tayangan Unggul. Sungguh tak ong aku ni. Neither do En.Suami.

Cuma aku pulang dengan kenangan hari lahir yang paling memorable. Permainan Harimau Jadian pasca Maskara12 buat aku bermimpi ngeri dan tergelak sampai ke hari ini.

Owh! lupa pula menyebut pasal makanan. Makanan kali ini banyak sangat, rezeki makanan di Maskara macam graph tangen. Bila ada, ada banyak sampai ke infiniti. Bila takder, mcm sadis aje. Ahahaha

Read more...

Diari Bakal Ibu: Plug extension (Perempuan mengandung yang garang)

 Wednesday, December 10, 2008

En.Suami belikan plug extension Pen_sonic supaya aku tak susah-susah nak bongkok masa pasang plug yang praktically diletakkan dibahagian bawah kaki cubicle ofis ni.

Seksa ok. Nak membongkok dalam keadaan pregnant ni.

Sangat mudah sekali bila extension tu ada di sebelah kiri aku setiap hari. Mudah utk aku pasang power cable untuk notebook aku.

Tapi pagi ni extension aku dah hilang. Ada mangkok mana yang igt tu harta awam dan ambil suka-suka hati guna macam tu barang mak bapak dia sendiri.

Oitss.. menganiayai perempuan mengandung tu berdosaaaaaaaaaaaaaaaaa.... masuk nerakaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Sial!!

Read more...

Raya: yang basah dah lepak

 Tuesday, December 09, 2008

Raya haji di kampung aku. Cuaca mmg sangat mandom. Hujan sepanjang hari. Becak-becak tanah kebun. Tapi kitorang pon bukan beraya. Cuma berehat-rehat di rumah.

Berpagi-pagi lagi aku dah menyapu blueberry spread di atas cheesecake yang aku bakar semalam. Spring form tak jumpa. Jadi, guna aje lah loyang biasa. Yang penting rasanya sama aje. Sedap. Sebelum turun fajar, dah habis licin dah. Good!

Mama masak nasi impit, kuah kacang, lodeh dan ayam masak kicap. Awal-awal pagi aku bersarapan. En. Suami demam. Masa raya kat rumah mak dia, aku sakit. Masa raya kat rumah mak aku, dia pulak sakit. Nasib ada doktor dan klinik homopati kat rumah. Malamnya En.Suami dah rasa ok. Alhamdulillah.

Raya ni, melayan Nabil and Deja aje lah. Bila dah pandai bercakap ni. Rasa geram ajeee..

Nabil: Nabil nak banyak-banyak!!
Aku: Nabil.. jangan gitu, tak elok tamak-tamak
Nabil: Eiiii cakap 'tamakkk'.. tak baikkkkk.. berdosaaaa (dengan moncong-moncong)
Aku: Habis tu Nabil tamak.. tak berdosa ke?
Nabil: Eiiiiii cakap 'tamak' lagiiiii... tak baikk... berdosaaaa....
Aku: Huh!!!!

Read more...

Diari Bakal Ibu: Episod mengidam mangga

 Friday, December 05, 2008

Selepas episod muntah-muntah sepanjang hari pada first trimester (bermaksud 3 bulan pertama proses pengadungan), aku mula teringin makan mangga. Ko tau perasaan bila ko tengok mangga di pokok orang dan ko rasa leley. Dan sungguh bertuah, setiap hari aku rasa perasaan tu bila lalu di kawasan perumahan dalam perjalanan pergi kerja aku. Sangat-sangat bertuah.

Perasaan tu datang dan pergi. Tapi tetap akan datang semula. Aku rasa En.Suami mengharap diam-diam mungkin didalam hatinya, craving aku terhadap mangga muda ni akan pergi. Sebab bila aku merengek nakkan mangga muda bukanlah pemandangan yang indah. En. Suami cepat tertekan bila tengok aku dah keluarkan moncong ala-ala merajuk.

Sebenarnya bukan pada En.Suami sahaja. Seluruh ahli keluarga yang ada di kampung pon aku harrass. Kalau-kalau kawan-kawan mereka ada pokok mangga yang boleh di beri untuk justify craving aku.

Bukan tak dapat mangga. Dapat. Tapi mangga yang tak masam adalah bukan mangga. Macam makan timun aje. Ape kes? Tak. Tak acceptable.

Sampai lah aku ke rumah Sal. Bila aku terpandang ada beberapa bji mangga bergayutan. Dan aku pon dengan leley-leley. "Sal... ada manggaa. Aku nak satu. Dah lama sangat nakkkkkkkkk". Dengan usaha pongkes dan lompat-lompat Sal, aku dapat sebiji mangga tapi pecah sket. Tak apa.

Malangnyaa.. aku terlupa bawak balik ke kampung weekend tu. Tapi yang best, ayah ada belikan mangga muda daripada Perak. Mama kata, ayah insist juga nak beli walaupun mama kata, bukan itu yang aku nak. Mama sangat spot on. Tapi aku lenjan juga. Terharu siot ayah belikan mangga untuk anak perempuan sulong yang bunting. Ahahaha.

Ada pokok mangga kat kampung. Cumanya, terlalu tinggi dan tak ada galah yang cukup panjang. Yang menarik, bila aku tengok didapur keesokan harinya. Ada sebesen mangga muda di sinki. Rupa-rupanya En.Suami di kerah mama supaya sambung batang pokok bunga kantan untuk jadi galah mengait mangga. Siap kena sengat dengan apa tah. Cian dia.. Tq sayang!!

Yay! makan sampai sakit gusi.

Owh! Mangga Sal kitorang makan pada hari Isnin. Dan aku nobatkan mangga Sal adalah yang terbaik untuk makan dikala muda. Isi tebal dan cukup masam. En.Suami yang tolong habiskan dengan jayanya.

Kitorang cadang nak pergi tut pokok mangga tu. Tanam di belakang rumah. Besarnya cita-cita. Atau tak.

Maka, berakhirlah episod craving for mangga muda aku. Apa pula la selepas ini. Jangan la yang susah-susah nak di cari.

Read more...

Carrot Cake

 Thursday, December 04, 2008


Ini adalah carrot cake yang aku buat. Terlebih rajin plak untuk baking-baking selepas ok daripada morning sickness ni. Enjoice!!
Posted by Picasa

Read more...

Diari Bakal Ibu: Mangga

 Tuesday, December 02, 2008

Dalam banyak-banyak mangga. Mangga kat rumah Sal adalah the best.

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP