Diari Bakal Ibu: Cari baju maternity

  • 10
Owh.. cutenya baju-baju maternity.. Gua nampak cute masa test baju tu. Siap buat pose fierce ala-ala Tyra Bank.

Macam kinky plak..



Semalam.

Sempat rembat dua sebelum Jusc0 tutup.

Diari Bakal Ibu: Perang nama

  • 12
Hampir memasuki bulan ke-5. Perut aku sudah besar, cumanya baju-baju aku dibuat utk cater perut yang besar.

Jadi, aku masih tidak membeli baju maternity lagi. Bukan tajuk berapa besar perut aku yang aku mahu tulis. Cumanya, aku sudah berfikir-fikir untuk memberi nama kepada baby yang belum lahir ini.

Timbul konflik antara aku dah En.Suami. En.Suami mahukan dua nama untuk anak ini. Aku pula mahukan satu nama sahaja.

Aku mempunyai dua nama : Nu*rul A5yura
En.Suami mempunyai satu nama: Anu4r

Aku rasa satu nama adalah cool dan mudah. En.Suami merasakan sebaliknya.

Yang paling ironi sekali, anak ini belum diketahui jantinanya lagi. Aku sudah ada nama untuk bayi perempuan. Dan En.Suami sudah memilih nama untuk bayi lelaki.

Lebih ironi, aku tak kisah nama yang En.Suami pilih. Tapi En.Suami sangat-sangat kisah dengan nama yang aku pilih.


Why??????

Bercinta dan berkahwin.. Sebelum dan selepas

  • 13
Menghabiskan masa berdua-duaan dengan En.Suami. Sudah lama tidak berdinner di luar berdua-dua dan menonton wayang. Aku cuma ada masa lebih kurang 4 bulan sahaja untuk berdua-duaan sebelum bertiga-tigaan. Jadi, mengikut cadangan ahsuez (seorang lagi mak buyong yang hip!), aku tengok sahaja cerita apa-apa yang ada di I0I mall itu. Painted Skin it is.

Parking di bahagian bumbung I0I memang leceh sedikit. Automatic parking payment ada di sebelah yang satu lagi.

En. Suami memarkir di ruang masuk yang paling hampir. Dibelakang MyVi berwarna putih. Seorang lelaki keluar daripada sebelah pemandu dan pergi ke automatic parking payment berkenaan.

Jadi, En.Suami dengan lembut bertanyakan,

"Boleh awak tolong bayarkan parking?"

Rm3 dihulur bersama tiket parking.

"Ok.."

Aku keluar daripada isi perut kereta. Sambil menjeling sebelah penumpang didalam myvi putih. Owh! seorang awek. Menunggu sambil memandang windscreen yang berbintil gerimis.

Usai membayar. Aku masuk kembali kedalam kereta.

"Cuba tengok kereta depan tu, awek dia tunggu aje dalam kereta. Bf dia yang pergi bayar parking"

"Masa bercinta memang gitu, tak apa.. tak apa.. Biar kite yang bayar parking. Lepas kawin.. dengan tak kira la mengandung ke, kena jugak turun kereta, pergi bayar parking dalam hujan-hujan"

Aku pandang En.Suami. Sengih-sengih.

"Alaaaa.. tolong laaa.. takkan takleh" En.Suami cubit peha aku.

"Adoiiii!!!" Hahahahaah.

Cepat-cepat aku peluk lengan En.Suami untuk mengelakkan pencubitan seterusnya. Aku sambung dengan ucapan penutup.

"Kepada awek dalam kereta MyVi, Silalah enjoice zaman percintaan anda. Sebelum menerima nasib yang sama selepas berkahwin seperti saya"

Hahahaha

Lelong buku!!!

  • 0
Ika nak let go buku-buku dia dengan harga borong. Hampir semua buku flat rate Rm5. Lagi murah daripada MPH distributors sales!!!

http://otakrandom.wordpress.com/2008/10/23/clearing-clearing/#comments

Wayang dan popcorn percuma!!!

  • 3

1 November 2008
Sabtu, 8.30mlm
Rumah Pena, KL
Aku ni suka menyokong aktiviti Sindiket Soljah. Dan laki aku pon ada disana juga. Kepada sesiapa yang mempunyai fetish kepada perempuan mengandung, maaf. Aku tak akan pakai baju mengandung. Tapi jumpa aku disana ok? Seperti biasa, aku akan membuat air teh.

Hujan

  • 2
Macam tak tahu, setiap petang tu hujan sekarang ni.
Macam tak tahu, yang kereta aku diparkir di bangunan sebelah
Macam tak tahu, dia mengambil approximately 43 langkah untuk sampai ke parkir sebelah
Macam tak tahu, mana ada gegajah yang akan memayungi perjalanan aku dari terik mentari dan hujan badai

Kenapala dalam kepala otak aku ni tak register yang aku kena angkut payung setiap kali naik ofis???

Tak reti-reti2???

Ini pelupa atau sengaja lupa? Kawan aku pernah berkata "Belom beranak lagi urat saraf dah putus ke?"

Ampeh!

Diari Bakal Ibu: Apa yang ku idamkan

  • 6
Ramai juga bertanya, ada mengidam apa-apa tak?

Aku pon tak tau nak jawab apa. Pasal makanan, takder mengidam yang amat sangat kot.

Ada satu kisah yang diceritakan oleh seorang kawan, isterinya teringin kiwi kasut?? Ya. Untuk di makan. Adoi la.

Alhamdulillah. Setakat ni, aku masih tak teringin makan benda-benda yang bukan makanan. (Yet?!)

Owh! bila aku fikir elok-elok. Minggu lepas, aku mengarut-ngarut nak gitar. Malas En. Suami nak layan. Aku berkata kepada En. Suami dengan mata seperti Puss in Boots,

"Awak... biarkan aje kite ni. Lepas dapat gitar, diam la kite. Biar aje..."

Iya, aku masih nak gitar (gitar tong ya kodee..). Bukan untuk di makan. Sapa yang gila nak makan gitar?

Huh?

Ketiak yak yak..

En. Suami memberitahu yang bau ketiak lelaki dapat mengurangkan stress perempuan.

Aku pandang En. Suami. Angkat kening. Dan suruh dia turunkan lengan tangan.

"Saintis yang buat kajian tu mesti seorang lelaki dan dia mungkin sedang berdelusi semasa membuat konklusi tu. Bau ketiak lelaki buat kite lagi stress. Sorry, not for me."

Aku tengah stress dan perkara terakhir yang aku mahu adalah bau dari ketiak seseorang. Huh!

Diari Bakal Ibu: Raya - yang suck!!

  • 18
Kenapa rata-rata orang yang aku tanya dengan persoalan "Seronok raya tahun ni?" memberi respon

"Bosan"

"Tak pergi mana.. dok rumah aje"

"Raya yang tak ada feel"

Lebih kurang maknanya aje.

Bagi aku raya aku tahun ni, sucks!

Aku bleeding atas sebab-sebab yang tak diketahui. Kemungkinan penat (memasak) + mendukung anak buah yang tak sepatutnya aku angkat. Walaupun selama 3 bulan sebelum ni Nuar cuma benarkan aku angkat handbag aje.

Doktor nasihatkan aku untuk CRIB ( Complete Rest In Bed ) selama dua hari. Jadi, sehari sebelum raya, dan hari raya pertama aku. Aku berada atas katil. Rest sampai mengalir air mata darah. No sudden movement. Jalan lemah gemalai.

Sapa nak top betapa suck-nya raya dorang tahun ni?

Huh?!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers