Keluar

  • 18
Discharged pada 17hb haritu. Kemudian duduk berehat di kampung. Memang berehat dalam ertikata sebenar.

Nak kumpul energy untuk bekerja pada esok hari. Masih ada sepapan antibiotik yang nak dihabiskan.

Baby ok. Kadang-kadang bila aku dilanda anxiety, aku akan pegang perut aku and tekan perlahan. Untuk rasa hertbeat beby. sebenarnya aku tak pasti pun itu heartbeat baby, mungkin tu heartbeat aku sendiri. tetapi perasaan tu menenangkan aku.

Next appointment adalah on 25th. Dan aku nak sangat dengar pedapat doktor tentang fibroid yang ada di sebelah kanan rahim. Kadang-kadang malas nak fikir dan aku berdoakan yang baby aku kuat untuk menolak fibroid aku. Cuma aku betul-betul berharap the fibroid tak menggangu pertumbuhan baby.

Wow! aku berbunyi melankolik. Mungkin sebab hormon ni. Terima kasih atas doa semua orang. Aku sangat-sangat menghargainya. Aduhai... bukan senang nak dapat baby ni. Banyak dugaannya. Ini adalah ibadah.. aku dan nuar.

Diari Bakal Ibu: Dari katil YU_EM_EM_SI

  • 14
Tingkat 10U, Katil 49.

Aku sepatutnya admitted daripada dulu lagi. Itu bebel Kak Nita.

Masuk wad. Dan berbotol-botol IV drip masuk dari tangan kiri. Naik kebas tangan aku.

Seteruk mana pun tala bunyinya. Aku patut gembira sebab sekarang aku dah boleh makan. Tanpa mengeluarkan semula apa yang aku makan.

Tenaga dah ada dan boleh minum air. Sebab aku perlukan 'ketone' (aku panggil kitten.. ahaha) yang negatif.

Dijangka leh keluar esok. InsyaAllah. Doakan yach?

Ibadah

  • 5
Ini juga adalah Ibadah.. kata nenek sambil picit-picit badan aku.

Bibir aku dipaksa senyum (lebih kepada menyeringai) sambil tutup air mata yang meleleh kat pipi.

Just wanna move on

  • 2
Cuma nak turunkan entri positif tu kebawah.

Tak ada mood nak menulis. Sibuk layan perut yang tak sedap.

Aku harap aku dapat MC sepanjang bulan Ramadhan ni.

Haraplah!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers