Panjang

  • 10
En.Awak masuk-masukkan barang dalam kereta. Bersiap-siap nak balik ke KL semula.

Ummi dan aku sebagai kaum hawa bak kata Siti, tengah lepak-lepak sambil tengok Bobby.

Ummi duduk diatas lantai bersandarkan sofa bertentangan dengan aku. Aku duduk diatas sofa(set-set menantu kurang ajar) kerana se'eh kekenyangan Patin Tempoyak yang Ummi masak. Mana larat duduk atas lantai.

Tengah syok layan peletum peletum si Bobby dan Rishi Kapoor.

"Jari kaki awok panjang. Macam jari tangan!"

" Dah memang mcm gitu Ummi... " Aku jawab sambil gelak-gelak dan sambung tengok Bobby bercengkerama dengan skrit pendeknya.

Wooh.. rupanya Ummi dok perati kaki aku dalam diam-diam. Lenkali kena lebih bersopan lagi. Mungkin kalau aku duduk bersimpuh, Ummi takkan perasan betis gua yang dah macam tongkol ubi.
  • 2
Ini namanya.. malas

Debat-debat

  • 10
Debat malam tadi sangat kelakar. Kawan aku yang bermata sepet pagi ni memberi komen " Sekarang saya tau apa maksud sampai berbuih mulut". Aku tak dapat menahan diri daripada tergelak bila dengar ulasan dia.

Selain daripada mendengar Anuar Ibrahim berdebat. Telinga aku nak tak nak , kena juga mendengar Anuar lagi sorang berdebat. Agaknya semangat debater pencennya naik semula bila dengar hujah Shabery Cheek yang lebih menyerang karakter dan tak menjawab soalan.

Ulasan selepas debat pula dok mengipas-ngipas Shabery Cheek macam la tak leh nak hadam fakta-fakta daripada Anuar yang aku rasa ikhlas memberi solution pada kerajaan BN.

Malulah sikit!! Poket sendiri kembung. Tak sedar rakyat makan tak cukup. Lagi mau banding dengan negara lain. Cuba lah tengok halaman sendiri dulu, sebelum nak banding dengan halaman orang lain.

Chaih!!

Soljah Sweet Suprise

  • 3
Triple 'S' pada malam Maskara 8.

Sebelum ada sijil pernikahan daripada Jabatan Aga_ma Isl_am S'_gor. Pernikahan aku telah mendapat pengiktirafan daripada Sindiket Soljah.

My wedding is not a big deal. But this sijil is!. :)



Terima kasih soljah. Sekarang sijil tu ada di ruang tamu. Sebelah tv.

Bagi soljah. Semua orang adalah special. Percayalah, tukang bancuh air teh pun manusia juga.

Layak raja sehari

  • 2
Pengantin baru pergi ke kenduri.

Di sambut layak raja sehari.

Siri pantun tiada idea: Uno

  • 6
Bunga Melati di laman Suri,

Terbang Helang singgah di ampai,

Hajat hati nak tulis entri,

Tapi malang idea tak sampai.

Gambar Nikah dah siap!

  • 8
Ekspressi yang pelik-pelik tu ada lah norma utk aku. Dan aku ngan nuar masih kaku lagi. Baru lepas nikah. Takkan gua terus nak molest dia kots. Ahahaha

Click > Gua jadi Puan!! <

Tq Angah for capturing the moment. Love it!!

Small

  • 4
Its a small world.

Cantik

  • 7
Kadang-kadang

Aku sengaja gerak-gerakkan jari manis tangan kanan aku.

Untuk lihat ia berkerlip. Cantiknyaaa.. Aku cakap sambil tersenyum dalam hati.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers