Dilema seorang bakal pengantin: Lelaki orang

  • 8
Ada respon-respon menarik setelah utusan yang membawa perkhabaran gembira perkahwinan saya.

Owh! An_uar Oth_ma_n ni orang mana? Kenal dari mana?

Dan bila saya jawab sekian sekian sekian

Jawapan mereka adalah, ye la, saya ada kawan An_uar Oth_ma_n juga. Satu department/sekolah dulu.

Yang paling menarik.

Tapi dia dah kawin.
MANALAH TAUUUUUUUU...




Mana lah tau yang dia nak kawin lagi satu

Mana lah tau yang saya nak kawin dengan laki orang




Perasaan berbaur-baur. Yang pasti aku rasa disayangi.

Paling bahagia kerana paling tidak cerewet

  • 7
Aku nak ingatkan diri aku.

"Dont fuss on the little thing"

Ok ok.. sekarang sambung baca "Menjadi Wanita Paling Bahagia" dari Aidh Al'qarni.

Big Mac Chant!!!

  • 6
Gementar juga perut aku bila tungu giliran. Perasaan berdebar tu terbawa ke kenangan zaman sekolah rendah agama dulu. Masa nak tasmik hafazan.

Cuma kali ni bacaannya:

"Two all beef patties, special sauce, lettuce, cheese, pickles, onion. On a sesame seeds bun"

Depan seorang partimer McD yang tak berapa pandai nak gunakan stopwatch. Sekejap-sekejap aku ready, dia pula yang tak mula. Kena sebut dibawah 4 saat tau!

Owh! dan kali ni, ada ganjaran. Dua kali percubaan, dan dua biji Big mac untuk Nina dan ayah di rumah.

Jenguk-jenguk Big Mac percuma!! : McD Chant Challenge

Milkshake itu hati aku

  • 6
Hati aku yang kau ragut kelmarin
di blender dengan krim putar
Kau minum mcm milkshake

Sendawa kenyang kau tu

Nak aku jawab Yarhamkillah?

Kereta cuma sebuah kenderaan

  • 10
"Awak.. pagi tadi, masa kite nak reverse kereta, tetiba aje kereta kite mati. Pastu, bende kaler kuning tu menyala. Naper ek awak?"

En. Awak , berpaling, pandang aku dengan muka paling concern. "Mungkin minyak enjin. Bila last awak servis kereta?"

"Apa punya soalan tuuuu??" Offended sebab dah lama tak servis kereta.

"Ye, laa. Bila last awak servis kereta?"

" Dah 5 juta tahun tak servis." Uhuks uhukss.

Ok, haritu dah tukar tayar. Kali ni nak pi servis kereta la plak. Tak bertanggungjawab betul la pemilik kereta nih. Sapa la owner diaaaaa.. *Rolling eyes*

Makan western dan bersosial ria!!!

  • 5
Aku buat posting di forum geng jurnal untuk acara ini: http://jurnal.biz/forum/v2/viewtopic.php?f=5&t=181&p=1246#p1246

Salams sumer,

Ini adalah projek personal aku ( Adhoc masa tayar aku pancit rabu lepas) tapi aku mahu mengajak korang sumer untuk menghadirinya. Supaya orang tau mana William's dan aku dah lama tak pi makan situ.

Testimoni: http://dugongsenyum.blogspot.com/2007_09_01_archive.html

Lokasi: William's , Taman Mayang Jaya belakang Lom Kok Wing lama.
Tarikh: 14 May 2008 ( Hari Rabu ! )
Masa: 8.30 malam

Pastikan korang tak mengambil heavy lunch tghari tu. Baru la mantap. Dompet juga kena ada duit lebih sket. Memang la big portion. Tapi berpadanan dengan harga dia.

Setakat ni:
1. Daun ( Distribute kad kawen kepada 10 geng yang datang awal!!!)
2. Nuar Neslo
3. Salina
4. Diman
5. Nida ( weiihhhh join jer laaaa!!)
6.buttet (turf and surf satuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)
7. Op & Mulan & blook sabotaj kalau ada yang nak beli keh keh keh...
8. Kemat dan Awek Che'gu
9. Ya! anda!!

Status Gangguan Tekstual - Macam Goreng Pisang Panas!!

Pada sesiapa yang book GT dengan aku, aku dah asingkan untuk korang (tasikmerah & fareesha79).

Ada sebuah lagi GT yang aku reservekan untuk -faiziq-. Emailkan details yach, kalau berminat. Jika tidak, aku kan let go. Dengar khabar ramai yang cari, tapi tak dapat. Sebab kebanyakan bloga yang jual dan habis stok!

2 buah untuk personal keepsake. Ahh! aku terlalu sentimental.

Dilema seorang bakal pengantin - Sindrom minit terakhir

Adakah otak mempermainkan aku bila aku rasa, waktu berjalan lebih cepat daripada biasa?

Aku rasa baru isnin, sedar tak sedar dah hari Jumaat.

Dan banyak bende yang aku perlu fikir dan buat.

Ini namanya sindrom minit terakhir. Bila ada seribu kerja dengan waktu yang terhad.

Maskara & Gangguan Tekstual

  • 14



Aku akan jadi pembancuh teh pada malam itu. Jika ingin merasa air teh panas gadis berdarah manis. Sila jemput datang. Ini adalah maskara terakhir aku bergelar jomblo.

Gangguan Tekstual(GT) juga akan berada di sama. Moh beli dari aku. Setiap pembelian blook GT akan mendapat jemputan khas ke Majlis Perkahwinan aku. Ahahahaha

Jom nongkrong bersama di Rumah Pena yuk!.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers