Kad Jemputan - Mock Up version

  • 13
Kad belah lelaki
Kad belah perempuan
Ini kad versi mock up. Abang tu print out atas kertas A3. Untuk endorsement sebelum print out yang betul-betul. 1000 keping aje pun. Aku saje gatal gunting kasi nampak real. Ala, versi brochure lipat tiga depan belakang.
Hujung minggu ni akan siap. En. Awak akan ambil daripada tukang print. Aku pun tak sangka sampul pun dapat yang ikut tema juga. Kalau ikut bajet aku tu yang siap sampul customized, harganya mahal. Ini mungkin sebab harga kawan-kawan. Kan bagus byk kroni beb! Dapat berjimat. Design aku buat sendiri.
p/s: Melihatkan Abang designer a.k.a tukang print tu, aku wonder, agaknya designer cover buku, (Nage, Im talking abt you!!) mesti ada misai Tom Sellect ke?

The age that I wish to go back to

  • 8
Main-main tag dengan Mango. Thanks bebeh!

Aku akan pergi waktu berumur 13 tahun. Tingkatan satu sekolah menengah dimana novel, ala masa tu baru jer buat 5 chapter pun, aku di hanjingkan oleh kakak senior aku dan aku janji, takkan melakukan percubaan untuk menulis lagi. Selepas itu aku hanya bercerita tentang jalan cerita yang aku karang.

Janji bodoh tu aku akan tarik balik dan terus mengarang dan mengarang walaupun di hanjingkan oleh orang lain. Jangan cepat patah semangat.

Aku juga akan pergi pada tahun 22 dimana selepas aku tunang. Supaya memaafkan tunang aku lebih awal dan teruskan hidup dan tak jumpa JK langsung. Episod JK adalah episod paling hitam dalam hidup aku. Even putus tunang pun masih dalam episod berwarna kelabu tau!

Hidup aku yang lain sumer aku suka dan aku tak la lalui itu semula. Pengaruh Back into the Future terlalu tebal. Bila kehidupan itu dilalui sekali lagi. Sesuatu akan berubah. Biar lah. Kecuali dua fasa hidup aku yang diatas.

Owh Emongek! Emongek!!

The Age that they Wish to Go Back to:
Sweetpea wish to go back to, actually, just thinking about 17.
Jean Chia wish to go back to 14 years old.
Rizal wish to go back to the age of 7 - 7 super wonders of my world .


Instructions :Title: The Age That I Wish To Go Back To
Requirement: Write about the one age that you wish to go back to and why?
Tag Mode: 5 bloggers
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

I've been tagged by Mango and now I tagged:
1. Nida
2. Bayan
3. Tasik Merah
4. Tokrimau
5. Naga

Wajib buat kalau dak aku tak nak kawan ngan korang!!!! ahahaha

Gambar memberi seribu erti

  • 4
Aku harap aku akan nampak cantik bila Angah amik gambar aku di wedding aku nanti.

Official Fotographer: Angah. Pernah bernaung dalam syarikat yang sama. Sekarang ini Jurugambar sepenuh masa. Bersindiket bersama Manggis.

Unofficial Fotographer: Sesapa sahaja yang memegang kamera kompak Nikon S7 aku. Berserta kawan-kawan aku dan kawan-kawan En.Awak yang ada kamera besar-besar dan mantap.

Gambar majlis pertunangan aku: Flickr-cikdaun

Dilema seorang bakal pengantin: Unpretty

  • 9
Dos positif diperlukan. Komen-komen seperti mereflekkan diri aku tak cantik perlu di elakkan. Nyah kau tenaga negatif!

Lebih kurang 7 minggu aje dan aku rasa tak cantik!

Suppose, En.Awak jumpa kite 7 tahun yang lalu. Uhuhuhuhu

Dilema seorang bakal pengantin: Bila tetiba hati berbolak-balik

  • 7
Sejak kebelakangan ni aku rasa aku cepat marah. Moody. Soalan-soalan yang banyak annoyed me. Jadi, ritual persiapan perkahwinan aku on halt for a while.

Wooo, aku akan hilang kebebasan ini. Aku ngeri bila fikirkannya.

Nak kawin.. tak nak kawin.. nak kawin.. tak nak kawin..

Tapi bila aku fikirkan semula separuh daripada jiwa aku akan terisi la. So tak la sunyi sangat and the companionship.

Aku juga risaukan diri aku ni. Adakah aku akan jadi partner yang baik. Aku moody, bossy, a drama queen and sangatlah tak pandai mengemas rumah.

Kebanyakan buku pasal perkahwinan aku baca (dan bukannya banyak since aku ni bukannya ulat buku sangat), akan cakap pasal komunikasi, tolak ansur dan tanggungjawab. Naik muak siot. Tapi bila aku baca Rules of Life, section Rules of partnership. Sangat bagus. Short and simple. Mungkin cara buku tu ditulis, memberitahu tanpa memberitahu.

Ok, jadi sekarang, sebab aku moody, aku balik rumah, siap-siap dan terus lepak. Walaupun aku bagitau En.Awak aku nak kemas rumah malam ni. I dont even bother to pick up tudung yang jatuh masa aku cuba sangkutkan tadi.

Kemudian aku pergi kepasar malam, dengan tak ada apa dalam menu untuk makan malam, aku pergi beli DVD.

Jadi, malam ni instead of siapkan botol yang perlu dilukis, aku menonton Dan In Real Life. Gelak kuat-kuat dan nangis-nangis-nangis dan nangis. Owh! nasib hepi ending.

Dan untuk rekod, gambar DVD ni sangatnya cantik.

Perkahwinan punya stuff aku akan siapkan lepas aku habis tengok Juno ni. Tapi aku tak janji.

Ini nasehat

  • 15
Aku duduk bertelimpuh dihadapan Wak Jurunikah yang mukanya sweet-sweet dan sentiasa tersenyum.

"Bila sudah berumahtangga, banyak lah dugaannya. Kita tidak boleh lari daripada dugaan-duagaan itu. Jadi banyakkan berdoa, mohon di datangi dengan dugaan-dugaan yang mudah-mudah. Salah satu dugaannya adalah bila lambat dikurniakan cahaya mata. Jadi ya Syuro, jika itu terjadi, kena banyak berdoa dan tabah menghadapi dugaannya."

Aku senyum-senyum dan angguk-angguk.

Ferrr.. deep.. deep

Aku insan lemah

  • 6
Aku insan lemah.

Amat-amat. Bila aku bloghopping ataupun menjadi pembaca senyap (stalker) di blog yang jadi dos harian aku, jika tak sedikit, ianya banyak mempengaruhi pilihan aku pada hari itu.

Sebagai contoh: Perbualan AKAB dengan future ex-wife telah membuat teringin juga makan ketam. Dan sila teka apa yang aku makan semalam? Ketam. Yes! 10 markah. Cuma bila AKAB bercerita tentang minum arak, aku tak teringin pun. Selemah-lemah aku pun masih terkawal lagi.

Kalau baca Fadz lagi lah parah. Rebiu dia buat aku sarung tudung dan drive ke midvalley 15 minit sebelum waktu masuk panggung untuk tengok wayang sorang-sorang. Owh.. itu sebab aku pun kaki wayang. Walaupun tak pernah tulis rebiu. Kecuali mengutuk orang yang kurang ajar dalam panggung.

Aku lemah. Bantulah aku. Tapi aku sangat ketagihan blog. Bacaan kala bosan dan kala sibuk tak hengat dunia.

Why I'm writing this crap? Hahahahaa.
  • 6
Hiburan di petang bersuhu kutub utara

Motorola v3xx aku berbunyi. Di skrin terpapar.

'Naga calling'

Huh? Apa hal si Naga ni call aku. Maskara lambat lagi. Takkan nak book aku untuk buat teh panas Maskara kotss.

Aku: Hello
Naga: Hello.. Jemeki tu apa?
Aku: Ala yang kilat-kilat kat baju chiffon tu.
Naga: Nape tak guna labuci aje?
Aku: Jemeki pun bahasa malaysia apaaa.. ahahaha

Owh. Naga tgh edit aku nyer manuskrip untuk Projek Gangguan Teksual dengan lipas yang aku beri nama Xena. Sexy!!!

Thanks naga kerana memberi kegembiraan temporari(pinjam dari tafteh) di petang yang bersuhu kutub utara.
  • 2
Kesihatan itu Subjektif

Booth Wira Bukit Pesta Buku 08. Selepas memborong Soneta Pohon Ginkgo, Rumah Misteri, Antologi 9! dan Antologi 12!, semestinya ambil peluang berbual barang tiga ayat dengan A Samad Said.

Aku: Apa khabar Pak Samad?
ASS: Sihat. *senyum*
Aku: Alhamdulillah
ASS: Nampaknya kamu lagi sihat (Sambil sign buku Soneta Pohon Ginkgo).
Aku: Saya memang sentiasa sihat. Ahahahaha! *Ampeh!*

Aku gelak besar dan terima kasih atas kenangan yang pastinya aku akan sentiasa reminis di waktu depan.
  • 3
Terima kasih kepada butang off Tv. Aku juga masih in fashion! Aku ada mp3 player! Tetapi bukan itu yang aku nak ceritakan.

If you could see me now - Cecilia Ahern dah habis baca!

Boleh dialihkan daripada rak

'Baru baca separuh'

kepada rak

'Dah habis baca dan aku boleh kutuk buku ini sesuka hati aku sebab aku dah baca dan kau belum!!'

Ini bukan novel romantis biasa. Aksi-aksi seks pasionate mmg tiada dalam buku ini. TIADA. Paling kuat pun kissing without caressing.

Jangan hampa. Tapi sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Anda akan fikir sekali lagi tentang kewujudan Imaginary Friend. Tentang meneruskan kehidupan apabila pernah ada parut besar dihati kamu.
  • 4
Mana penyapu lidi aku letak belakang pintu haritu?
  • 5


sketch
Originally uploaded by Syura
Malasnya nak buat apa-apa. Mood tgh tiada.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers