Maskara 6Aku ada sebakul pujian untuk maskara.. Masih dalam draf.
Ulasan Peribadi Maskara 6Buat Perempuan separuh umur yang sedang panik kerana mempunyai gazilion list utk disiapkan demi persiapan perkahwinannya, Maskara 6 adalah eskapism yang sangat sempurna.
Menonton idola blog membaca naskah mereka impian jadi nyata.
Tapi mula-mula aku memohon maaf kerana kesedapan mihun dan popia g.r.g itu tidak mendapat komplimen air teh yang sedap. Seperti kata bayan, teh yang sungguh mas cotek. Aku notakan pada diri aku buat kesekian kalinya, ikut instinct aku. Demit!
Untuk kali ini, aku tak sempat duduk elok-elok. Malu sebab datang lambat, maghrib semakin lewat. Ok ok. Lain kali aku ikut berjemaah maghrib di rumah PENA.
Tokrimau sebagai peneraju majlis. Yach! itu tokrimau ala-ala pengacara sarkas, cubaan untuk mengidham ma'aalghunnah-kan setiap hujung nama peserta kadang-kadang tidak menjadi. Good try tokR. Aku terhibur.
Bravo kepada kumpulan Nuras yang memberikan persembahan akustik yang mendedndang jiwa. Ok lah. Sokonglah pemuzik lokal.
Aku nampak juga Sufian Abas, selama ni jadi stalker blog dia sahaja. Dan dia ingat aku ada beli Wilayah Kutu satu masa dulu. Yay! Kenapa pendek sangat? Kecewa aku terubat dengan senaskah Kasut Biru Rubina #41.
Okay, Nizam Masnawi baca samting dari komikoo. Gua sentap sket-sket sebab gua mmg kaki nostalgia. Tapi gua tak tergamak nak tengok balik Gaban, cuba Oshin aje gua tengok bila ada. Dan mengingatkan aku untuk suruh adik aku download Avatar Book 4 lain kali. Wooh!
Nyanyian daripada filem Kamal Hassan akan lebih menarik bila ada ulasan mengenai surat cinta yang di tujukan buat kekasihnya. Mungkin boleh suruh tunang aku baca sebelum akad nikah karang.
bersambung...
Pergi duluAlfatihah buat
Panah Arjuna yang meninggal dunia Ahad lepas. Roh dalam jasad ini cuma pinjaman temporari ( tiru Taf Teh) sahaja. Bila-bila masa boleh expire. Insaf.. insaf..