• 9
Siri bercakap tentang Tempe & Jawa

"Suka makan tempe ni.. mesti orang jawa kann?"

Ramah sahaja teguran seorang lelaki pertengahan umur separa botak semasa aku selesai menyenduk tempe & kentang sambal dari kedai 'Makannnn makannnnn (dengan high pitch dan manja)' di kawasan makan berdekatan pejabat klien aku. Dari riak wajahnya, bagaikan berkompang ria bila meneka ke'jawa'an aku.

Aku hanya tersengih hanya membuat 'eye contact' sambil mengukir sedikit senyuman di tepi bibir mengiayakan pernyataannya. Saje menjaga hati orang tua. Kalau di biarkan nak pulak pakcik separa botak baju berkotak (eh seritma plak) tu keluarkan pernyataan-pernyataan glokal yang lainnya. Menyimpulkan yang orang-orang yang makan tempe ni sombong. Lagipun mak aku pesan untuk menghormati orang tua. Pakkal aku tak jalan tunduk aje masa berselisih dengan pakcik tu masa selesai keluar dari barisan makananan kedai tu. Mahu di jadikan menantu

Bukan aku malu dengan status jawa aku. Sesungguhnya aku sangat bangga dengan susur galur keluarga aku .(nampak tak ketegasan aku dalam ayat ni?)

Kenapa dengan jawa? Bermasaalah ke? Korok (amik kau) sangat lahir sebagai jawa? Mungkin setengah-setengah jawa yang malu dikenali sebagai jawa. Mungkin menyorokkan identiti jawanya. Kalau kacukan lain sibuk menyebut "Saya Separuh Irish di sebelah bapa dan kacukan bahagia Chinese dan Indian di sebelah mak saya". Aku pula boleh jawab "Ayah saya jawa dan mak saya melayu, dengan itu saya ni jawa". Kalau seorang kawan aku tu, dia akan jawab "Yes, Im Arab. Do you have any problem with it?". Hahaha.

Sebab itulah pakcik botak baju berkotak tu bangga sangat bila dapat mengesan seorang jawa di dalam radarnya. We are rare breed.

Mungkin aku patut jawab pada pakcik tu. " Ya pakcik, tepat sekaliiii.Saya sememangnya seorang jawa. Sepuluh markah untuk pakcik. Dengan ini pakcik memenangi sebuah tv 32 inchi. Sila tepukk.. tepukkk"

Epilog

Ya, saya jawa. Saya cuma nak makan tengahari. Lapar, tadi tak sempat nak breakfast. Biarkan saya makan tempe & kentang sambal saya dengan aman. Terima kasih pakcik. Saya hampir-hampir terlupa yang saya seorang jawa, kalau pakcik tak menegur saya tadi. Duhhh
  • 7
Fiksi: Kenapa??

Di petang yang indah, setelah berjaya memujuk aweknya daripada rajuk yang panjang. Kesalahannya bukan apa. Dia tak sengaja, di ulangi tak sengaja memberi komen pada si Nia. Baginya lipstik yang Nia pakai terlalu berkilat. Lebih mudah lagi. Selekeh.

Flashback.

"Awak, Mak awak tadi masak goreng cucur udang ek?" Sambil menghulurkan tisu. Tindakannya memberi tanpa di pinta adalah plus point dari dalam buku 'Cinta - Tips untuk lebih romantis'.


"Kenapa? tak cantik ke? Lipstick ni Ayang baru je beli. Latest dari cap LuReal. Semua artis pakai bende nih"

Nia mengamuk. Sepatutnya ia nampak seksi. Konsep bibir basah yang mengiurkan bak Angelina Jolie telah di salah ertikan oleh Nia. Bibir Nia nampak seperti Nia baru melahap cucur udang yang tidak di toskan minyaknya

"Bukan.. errrr.. err" Deng!!! jeritnya dalam hati. Dia tau yang dia sudah tersalah langkah kali ini.

"Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" Nia menjerit dan terus memandang ke luar tingkap kereta.

Hasilnya. Nia mencuka sepanjang perjalanan. Dating tak jadi. Makan pon tak jadi. Dia memulangkan Nia di depan pintu pagar dengan bibir yang muncung. Sepanjang perkenalannya, inilah muncung paling panjang yang pernah di tunjukkan oleh Nia.

Sakit jiwanya bila di tegur oleh housematenya bila dia merendam megi kari di ruang tamu sambil tengok berita tamil.


Puas dia memujuk. Sms tak berbalas. Call pon tak terangkat. Email terbiar. Komen dalam shoutbox pon terbiar sepi.

Hari ini. Akhirnya Nia setuju keluar dengannya semula. Bergurau semula. Geli-geli semula. Yes!!!!

Perjalanan pulang. Singgah sebentar di stesyen minyak. Meter minyaknya hampir menunjukkan E.

"Ayang dahaga la. Abang belikan air ek?"

"Ayang nak air apa?"

"Apa-apa la"

....

" Ayang.. Nah air untuk ayang"

" Kenapa abang belikan ayang air rebina?????!!! Abang nak kata yang ayang ni mcm budak-budak ke?? Tak matured? Kuat merajuk??? Kanak-kanak rebina??? Eiiiiiiiiiiiiiii.. Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

" Hah?? errr.. errrrrrrr" Deng!!!!!!!!!!!

Belum sempat dia menjawab. Nia dah tarik muncung. Badannya sudah berpusing -45 lawan arah jam. Memandang keluar tingkap.

"Apaaaaaa niiiiiiiiiiiii??? Nia lupa ke yang minuman kegemaran dia air Rebina?" jerit dia dalam hati. Sia-sia aje dia menghafal minuman kegemaran Nia.

Balik di rumah dia akan buang buku self help 'Tips untuk lebih romantis' tu dalam tong sampah. Double deng!!

kiri-kanan

  • 11
Kiri ke kanan?

Setelah beberapa kali aku tersalah sangka yang Ampang Park as Ampang Point dan tersalah Petronas Station, menyebabkan boost ego En. Awak.

On the way balik, bila aku minding my own business, fikir nak pegi toilet ke tak. Menuju ke simpang tiga dihadapan. En Awak bertanya,
"Nak pergi kiri ke kanan?"

"Kiri?" Memandang kehadapan dijalan yang tak dikenali.

"Kanan la awakkk.. Kite saje je nak tgk awak tau ke tak" Dengan muka konon-konon comel.

"Awak dah tau jalan tapi nak tanya-tanya kita kenapa?!!!!" Dengan histerikal.

Silence.

He, trying to quiz me pissed me off. Sepanjang perjalanan ke Shell, sbb aku sakit perut. Im ignoring the 'tutor'.

"Eh awak, Kopitiam tu ada basement parking"

"Tak heran pon" dalam hati. Tak menarik langsung topik tu. Padan muka.

Tapi, penat la merajuk. Lepas aku pi toilet kat Shell. Aku break the silence, bila En Awak belikan aku air Rebina. Bluehhhh!!!!

Lain kali, kalau dah tau. Jangan la nak mengada-ngada tanya lagi.

"Kiri ke kanan?"

Resepi: Creme Caramel ( Puding Caramel )

  • 8


Creme Caramel (Puding Karamel)

Bahan Bahan

A- Puding

1 tin susu pekat
9 biji telur
1 1/2 tin air panas-panas suam (Sukat menggunakan tin susu pekat tu sambil bancuh sisa-sisa susu pekat)
1 tsp esen vanilla
secubit garam


B- Karamel (Caramel)

4 sudu gula ( boleh kurangkan kalau tak suka manis )
sedikit air

Tips:Untuk tidak menyusahkan diri daripada membasuh banyak periuk. Gunakan loyang (saya prefer bentuk empat segi tepat) untuk menyediakan Creme Caramel. Satu bekas untuk membuat caramel (gula hangus) dan terus boleh kukus puding didalam loyang yang sama.

Cara-cara

Karamel

1. Ratakan 4 sudu gula dalam loyang. Letak loyang atas api dapur yang sederhana besar. Biarkan gula mencair dalam loyang.
2. Agak-agak dah nak berwarna keemasan. Perlahankan api, masukkan air kalau tetiba terhangus plak. Supaya temperature down dan tak affect the rest of caramel.
3. Bila dah cair semua gula .Ratakan caramel dalam loyang. Jangan guna sudu (jenuh nak membasuhnya). Just bagi angle , biarkan graviti do its job.
4. Biarkan karamel sejuk. Ianya akan menjadi beku. Jangan nak gatal-gatal usik plak.

Puding

1. Dalam bekas yang lain, masukkan susu pekat dan air panas suam. Bancuh sampai jadi susu.
2. Dalam another bekas, pecahkan telur dan kacau (jangan beria-ia pula memukul sampai kembang, kita bukan nak buat telur dadar.) dengan mode yang perlahan supaya telur sebati.
3. Masukkan telur dalam susu panas suam dan kacau dengan kadar sederhana.
4. Masukkan garam dan vanilla essense. Kalau nak letak vanilla essence lebih pun ok. Sebab nak kurangkan bau telur.
5. Tuang dan tapis puding kedalam loyang caramel yang dah sejuk tu.


Cara memasak

1. Mengkukus dengan api kecil - 1 jam 30 minit at least.
2. Membakar dengan steam bath ( Bontot loyang di dalam bekas air panas ) - dari 1 jam ke 1 jam 30 minit

Cara menghidang

1. Lalukan pisau di bahagian peti Creme Caramel. Cari bekas yang lebih besar dan dalam sedikit. Letak diatas loyang. Dan terbalikkan loyang dengan cepat. Macam nak keluarkan kek. Sangat sesuai di hidang untuk tetamu atau bakal mak mertua yang perlu di impress.
2. Terus saja korek daripada loyang (ini untuk yang malas dan tak ada sapa-sapa nak impress, even diri sendiri)


p/s: Maaflah terlalu naratif resepi ni. Disertakan sekali dengan tips-tips rahsia. Ramai yang mengadu, buat guna resepi yang sama or lebih kurang. Tapi tak jadi jugak Creme Caramel-nya. Jangan takut mencuba. Kalau tak jadi, sila call bf/kawan anda (yang positif dan bermulut manis) untuk pujian penyedap hati dan kata-kata semangat. Chaiyo!!!

  • 2
 


Resepi akan datang kemudian. Later!
Posted by Picasa
  • 9
Kesilapan terbesar lelaki adalah tak sanggup nak berbelanja untuk perempuan.
  • 5
Kalau bukan rezeki. Dah masuk dalam account pon boleh keluar for some other reason.

Hati aku gembira. Jiwa rasa best. Aku dah buang garian di leher yang membelengu.

Kalau sesuatu tu bukan jiwa kita. Bukan jua.

Aku ni hidup mahukan ketenangan. Bukan dikejar komitmen yang membelengu jiwa, meresahkan perasaan.

Aku tak sedih. Cuma nak look forward to a happier life. With friends and family.
  • 2
Hari ini hari Jumaat
Ramai orang makan coklat
  • 11
Hari ini hari Khamis
Ramai pergi Pantai Remis

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers