• 3
Lagu Raya

Bilamana ptg aku di pasar ramadhan yang uneventful. Tetiba pakcik DJ berkemeja kolar kelabu itu memutarkan lagu hari raya berkomposisi joget.

Berkumandanglah suara nyaring itik serama (yang sedap) Ziana Zain.

~ Merdunya alunan takbir bergema. Bersahut-sahutan di sini sana. Bersyukur kita pada Illahi. Tibanya aidilfitri ~

Terima kasih pakcik. Buat saya tersenyum di lapar petang ini. Kerana lagu itu, otak aku berfiesta.

Imajin.

Aku sedang memakai baju kebarung berwarna ungu, berkain batik lepas. Menari joget. Dengan Anuar Zain yang memakai kain pelikat bersilang di badan.

Pasar Ramadhan yang sesak itu aku harungi sambil. Terseyum.

Link: Indah di Hari Raya - Ziana Zain

Tart Nenas Raya



Mungkin dah lambat sket. Tapi worth promoting. Tart Nenas bentuk tradisional.
Untuk tempahan: cikdaun@yahoo.com
  • 10
Ok. Update kedua pada hari ini. Semangat mengupdate tetiba membara pula. Terima sahaja, yach?

Link blog dalam list tu mmg desperately need to be updated. Sangat la kejinya. Takkan itu aje kroni aku? Dah 8 tahun aku blogging!!!

Dan aku perlu lebih rajin membaca buku yang berlambak aku beli tapi baca separuh2 aje. Book mark paper klip yang berbagai bentuk tu pon dah habis. Menandakan aku ada 6 buku (atau lebih. Tak kira yang aku mark guna name card, tag baju dsb) yang aku baca separuh aje. Atau aku patut keluarkan tivi dari bilik aku ni? Alihkan kotak Pink Platun dari meja tivi. Dan letakkan martabat meja tivi tu keasalnya?

Jadi, aku akan membaca di atas katil single aku. Berteman lampu tidur. Dan habiskan timbunan buku yang ada. Kita mulakan dengan *toot*. (Di sensor kerana penulis tu kawan aku)
KAMI.. KAMU.. AKU..

Selepas diserang rasa kenyang yang berpanjangan, bersantai-santai di atas katil sambil bermain dengan remote control. Mengikut statistik aku, hari rabu adalah hari yang boring. Tak ada cerita menarik. Tetapi malam tadi. Wow!! Aku tarik semula kata-kata aku tadi. 8tv menghidangkan satu drama yang akan memblok aktiviti rabu malam aku. Aku sangat rekomen untuk di tonton.

KAMI. Feh.. masa aku mula-mula tengok gazet dia pun aku dah tau betapa KAMI berada di kelasnya tersendiri. Dan setelah aku tonton. Aku cakap wow!! Ceritanya bagus. Dialog mantap. Lakonannya natural. Aku tak rasa dorang berlakon. Ceritanya tentang sorang budak peminat punk underground and buat zine underground. By post ok!! 1st. Aku teringat kat kumprinx dan 2nd aku teringat kat Gangguan Tekstual, Projek Elarti and the others dalam industri zine tempatan. Walaupun aku tak buat zine, but aku boleh relate dengan cerita dia.

Yelah. Liyana Jasmay yang jadi anak rosyam nor dalam cerita apa tah tu mmg berbakat dalam lakonan. Selamba aje dia berlakon. Lain-lain boleh korang tengok daripada website ni. Aku akan tunggu filemnya dan ya, ini akan buat aku rejek malam GSC separuh harga.

http://www.projekkami.com/miniseries.htm.

Dan harini, aku tahu yang dia ni, tulis tiga episod pertama. (Woo.. silent reader for quite a while. Aku dah come out from the closet??!. Tak cukup umur jangan baca. Ahahaha. Read for the sake of reading.)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers