• 7
Sepatutnya tak shopping tapi kompleks PKNS terlalu menarik hati dan buat aku rambang mata. Rasanya nak aje beli semua tudung plain donatello tu buat koleksi.
Pesan aku buat En Awak. Beli-belah di Jalan TAR & Masjid India raya karang akan 10 kali lagi teruk daripada shopping tadi. Pusingan pertama untuk tengok-tengok. Dan 3 4 kali pusingan lagi untuk beli dan compare. Sambil makan nasi ayam dalam pinggan polisterin dengan sudu plastik. Ok, aku bukan sahaja makan di Chillies. Tapi di Food Court Giant Shah Alam pon masih ok. Asalkan kenyang. Dah terlalu lewat untuk aku JJCM di Shah Alam. Tak kuasa. Yelah. Sebab duit dah habis shopping adalah sebab utama.

Biasanya aku dan geng gadis sepi akan ambil cuti satu hari untuk pergi shopping raya. Haritu, si Nazmi ikut. Aku rasa tak larat dia nak mengekor. Huda yang pregnant 4 bulan tu lagi kuat jalan daripada kitorang yang tak mengandungi apa-apa ni.

Gelang bodo-bodo yang hampir nak putus tu aku dah tukar. Apa la. Pakai tak sampai setahun dah nak putus. Apa kau nak daripada gelang emas berat 3 gram je? Pakai macam pakai gelang emas rantai basikal. Tahan lasak. Kalis calar. Ok. Raya karang.. Aku boleh mulakan kehidupan ala-ala mami jarum. Dengan gelang baru biji ketumbar (Seperti yang di catatkan atas borang booking tu). Kalau 290 tu aku buat beli mp3 player, harini aku bagi free pon orang tak nak. Mungkin elok la duit tu aku beli gelang emas. Kalau aku boring boleh tukar beli design baru. Lagi-lagi bila bkn guna duit sendiri. Terima kasih En Awak. Ehehee.

Kite ada bagitau yang yang kite sayang awak?
  • 7
Bila rasa dunia ni tak selamat dissebabkan oleh orang yang jahat-jahat seperti yang dipaparkan didalam Buletin Utama

The fact that I spend my 5 years studying in Klang doesnt meant that I've became Klang expert.

Perjalanan aku ke Klang semalam memang huru hara. Rasanya perlepakan terpendek aku di majlis kenduri kawin kawan aku. Makan pun gitu-gitu aje. Dah la aku terlambat. Owh. Memang salah aku. Ada ke nak pi bergayut dengan si duduk London tu. Mana boleh nak ckp sekejap-sekejap. Intro dia aje dah sepuluh minit. Gelak lagi dah makan 12 minit. Ya, aku end up lambat bergerak ke Klang. (Eh Ika.. gua tak salahkan lu, ok?)

Macam konfiden. Sebenarnya aku teragak-agak nak masuk simpang. Aku mmg teruk bab baca map. Aku cuma pandai tunjuk jalan yang aku tau aje. Jalan daripada map. fail!!

Keteragakan (if such word exist) aku membuat sorang lelaki ni memberhentikan kereta nya di tepi jalan. Yang peliknya, aku pon berhenti juga. Sebab aku tak nak terlepas simpang or tersalah masuk jalan. Nak U-turn di Klang mmg hazab. Kemudian dia bertanya pada aku. Adik nak pergi mana?. Aku tunjuk map di Kad Undangan perkahwinan kawan aku tu. Rupa-rupanya dekat area rumah dia juga. So dia bgtau aku yang dia akan tunjuk sampai ke surau (which is one of the landmark in the map).

Aku senyum. Ucap terima kasih pada mamat bermisai itu dan mengekor kereta dia. Di tgh-tgh perjalanan, aku terfikir. Kalau la mamat di bawak aku pegi tempat sunyi dan buat bende-bende tak elok. Meraung guwaaa. Aku kutuk-kutuk diri aku pegi percaya mamat tu plak. Desperately bendol.

Aku nampak surau, mamat tu masuk simpang, dan kalau di ikutkan map tu kenduri kawin kawan aku tu ada di simpang satu lagi. Yeahh. Aku selamat sampai dengan bantuan mamat hensem ala-ala Sijavi da Boss! Apart of orang-orang jahat dalam dunia malaya ni. Ada lagi la orang yang baik. 10 markah pada mamat Nissan Cefiro tu. Terima kasih kerana menjadi warga Klang yang bertanggung jawab. Yay!
  • 0
Lain kali, bila aku main Paintball. Aku akan cakap yang aku ni expert dalam strategi perang. Ahahaha.
  • 2
Aku tak bias terhadap peminat bola sepak. Tapi dalam minggu ini aku memang benci sangat dengan sukan yang satu ini.

TV9, dia dah rampas hak Oshin aku pada slot 10 malam setiap isnin hingga Rabu.

Tak cukup dengan itu. Martha Steward aku pon tak jengah slot dia pada pukul 12.45 malam. Diganti dengan ulasan bola sepak yang sama. Woi.. bagi kelawar ni rancangan yang disen di malam hari. Slot Martha Steward pon ko nak rompak dari aku.

Gara-gara apa youth something tah. Malaysia jadi tuan rumah untuk pertandingan yang pasukan negara tak main. Dan kelab peminat bola sepak eropah di Malaysia. Terlompat-lompat. Menjerit MALAYSIA BOLEH!!
  • 2
Its a long weekend. Seharian di One Utama berlari-lari sambil cakap orang putih (macam dalam Explorace). Aku tak FIT langsung. Lagi-bila masuk dalam Celebrity Fitness untuk menemankan team mate aku buat 100 sit up dan berlari 2km. Tak guna punya office management yang mewajibkan kitorang untuk korbankan tidur pada hari Sabtu untuk buat keje gila. Owh. Bitternya. Ini adalah luahan orang yang tak dpt pon cabutan bertuah di Dinner ( Western ) yang tak sedap. Tau la bertemakan Pirates, tapi takkan kita makan macam lanun gaks.

Mungkin tuah aku pada tahun ni dah habis. (Occay.. Ipod , Digital Camera dan cincin. Aku tutup mulut cabul aku sekarang). Silap-silap kena panah petir sbb jadi hamba yang tak bersyukur. Sekurang-kurangnya aku lebih bertuah daripada Keluarga Nabila, Aji dan Arini: Iklan khas. Harini episod terakhir Mutiara Hati 2. Jangan lupa tonton.

Ditangan sebelah lagi. Kegembiraan aku trashing the other team. Bersenamrobik dan kenal dengan team member yang cool sungguh mengujakan. Badan-badan aku masih sakit lagi. Berapa banyak Staminax yang aku makan dari hari Sabtu hingga pagi ini. Kalau dadah, mesti dah overdose. But its a homeopati ( bukan homo.. ahahaha) + biokimia preparation. Takkan dapat keracunan. InsyaAllah.

Ianya adalah perjalanan yang telah menemukan diri aku yang lagi satu. Aku lupa yang aku suka bersenamrobik. Mungkin aku akan cari kelas lepas ini. Pejam mata on the GYM fees (mungkin laaaaa) atau makan aje Herbalife secara konsisten.

Aku dapat Voucher MJ sebanyak RM100. But aku nak jual dengan 20% discount. So RM80 untuk RM100 Voucher. Who up for that? Contact aku: cikdaun@yahoo.com.

There's another half of the weekend that i planned to write about. But the aircond is deng cold, it makes my hand freeze. Later!
  • 7
Aku igt aku bermimpi. Ada orang ketuk pintu rumah macam nak roboh. Tak ada sapa-sapa pon yang plan nak datang umah mlm ni. Masa masuk rumah pon aku masuk dengan Nana (Kunci aku tertinggal.. arghh tu lain cerita). Kalau Sal nak lepak umah aku, awat la tak call aje aku kat dalam.

Rupa-rupanya aku tak mimpi. Ketukan macam nak roboh pintu tu adalah benar. Dan orang diluar itu juga benar.

Suwey aje ganggu tidur aku. Baru nak lelap mata. Aku ni spesis tido lewat. Jadi dalam pukul 3 pagi, aku baru nak mamai-mamai la.

p01i$. Berpakaian biasa. Sorang perempuan dengan mekap tebal gila dan kening lukis ( kalau dia hebat sangat melukis kening aku takkan perasan keningnya tu dilukis), seorang perempuan bertudung ( muka inersen .. aku rasa dia bukan p01i$) dan dua orang lelaki. Sorang pegang kertas dan tanya soalan macam, sorang lagi check semua bilik dalam rumah aku.

Lepas dia check bilik aku. Aku masuk bilik dan sambung tidur. Bukan nak sambung tidur. Saje je cari gaduh dengan p01i$2 tu. I had nothing to do with that guy dan aku sewa bilik dari Nana. Biar Nana yang jawab la.

Rumah aku ni mcm rumah tak siap. Kotak-kotak barang aku byk kat luar. p01i$-p01i$ tu siap tegur. Kemas la sket rumah ni. Woiii.. dah la ko barge in dalam rumah aku kol 3 pagi. Buat kecoh. Ko ckp byk plak. Yang sorang lagi tu check bilik Nana. Dan tegur, bersepahnya bilik. Wooooo.. What happen dalam bilik adalah personal. Sukati dia la nak bilik dia kemas ke bersepah ke. Buat khidmat sosial plak.

Lepas p01i$-p01i$ tu balik. Aku kuar balik cakap2 dengan Nana. Nana kata perempuan pakai tudung ke kena samun dengan lelaki yang beralamat di rumah nih. Nana siap amik salinan mykad lelaki tu lagi. Bodoh la.. Penjenayah penah duduk kat rumah aku.

Argh.. rumah aku yang harmoni telah di nodai dengan satu kes p01i$ (Ada lagi satu. lenkali la cerita). Kes penyewa dulu-dulu la. Dah la sewa rumah. Pi tukar alamat mykad ke alamat rumah sewa. Bongok sangat. Ekcelli tu adalah tindakan yang bijak, kerana dapat menghilangkan trace. Keji!

By the way, terima kasih sajan Minah dan dua pembantu penyiasat kerana menggangu tidur saya dan menggantikan tugas nenek saya utk membebel pasal kemas rumah. Aku alegik la dengan p01i$. Sorry lah.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers