Maskara

  • 0

Tarikh : 2 June 2007

Masa: 8 malam

Lokasi: Rumah Pena

Masuk: PERCUMA!! Ada makan-makan gratis lagi. :)

Forum GJ : Maskara
Blog Soljah yang kita suka: Sind. Soljah

BLOOK - PINK PLATUN

  • 2
Pink Platun
Buku Baru!!! Buku Baru!!!

SUDAH BERADA DI PASARAN BLOG. :)

Harga: RM 17 ( Self collect )
By pos : RM 18 ( RM 17 buku + RM 1 utk proses pos)

Untuk tempahan: Email : cikdaun@yahoo.com

Cara-cara pembelian Pink Platun
1. Bank in pada akaun Maybank - 162441046606
2. Emailkan No transaksi , Nama dan alamat surat menyurat pada cikdaun@yahoo.com
3. Selepas saya confirmkan No 2. Dalam masa seminggu buku akan di pos kepada anda.
4. Utk self collect saya ada di Subang Heitech ( office hour ). Atau di area Pantai Dalam ( after office hour ).

Sesiapa yang nak tolong PROMO.. :) I lap u so much. Muahhsss

out & about

  • 8
Out & About

Girls weekend out. Aku, Sal dan Nida. Self proclaimed gadis-gadis kesepian (aku mmg choose untuk jadi gadis yang kesepian.. malas nak kuar ngan bf .. sorry Awak.. :P). Telah di sampuk hantu berjalan dan beli barang-barang yang tak sepatutnya kitorang beli. Luxury dan gilir-gilir (sudah ada tapi mahu lagi satu dan lagi) punya bende.

Nida sudah terbeli dua pasang t shirt (tak ada dalam bajet)

Sal sudah terbeli handbag Guess (suppose tak beli.. mmg nafsu semata)

Aku pulak sudah terbeli sesuatu yang aku panggil jam 'middle age crisis'. Sepasang Solvil Titus bertali putih bertatahkan crystal yang mmg da bomb!. Buat aku kelihatan seperti 18 wannabe. Ahahaha. very not me but I loike it very much.

Sedar umur aku sudah nak mencecah 30 dua tahun lagi. But tak kisah lah. Its a mother 'wannabe' day treatment untuk aku dan kawan-kawan.

Kalashnikov

  • 0
Aku sudah beli. Tapi aku belom habis baca. Dan aku takkan dapat habiskan sesi membaca Kalashnikov dalam minggu ini. Buku tu tertinggal di kampung.

Somehow.. aku rasa obliged untuk tulis review untuk buku ni.

Side Banner

  • 1
SIDE BANNER CODE



Resepi

  • 5
Ini pula permintaan tertunggak kak Pnut dan semua orang on macam mana nak buat mashed potatoes dan coleslow.(p/s: Kak Pnut sorry sangat-sangat. Bz giler. Wowww.. siap dah buat sendiri dah. syabbass!!! . Cik daun style.

Mashed Potatoes

1.5 kg kentang (Kupas kulit) dan potong setara
250gm butter (thaw)
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah

1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula diatas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan butter dalam kentang dileyekkan.
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyekkan hingga rata. Susu akan buat mashed potatoes lebih fluffy dan lemak.

Gravy

1 labu bawang besar (saya maksudkan bawang besar bukan labu yach! Ricih halus)
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter (kalau tak ada boleh aje gunakan minyak masak biasa)
3 sudu tepung (tepung jagung yang terbaik)
2 cube ayam
lada hitam/sulah
2 cawan air

1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai kaler gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata . Kalau tak rata pon biar aje la.
4. Pecahkan cube ayam dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat. Tambah air. Kalau terlalu cair. Masukkan sesudu mashed potatoes diatas.
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam blender. Blender sampai tak berketul. Hidangkan bersama mashed potatoes.
7. Memang lebih berperasa daripada mash potatoes tu. Kalau masin tak kisah sangat. :D
8. Kalau malas nak buat gravy ni. Beli aje yang dah siap. Tapi, kalau gitu, tak boleh plak nak bagitau orang yang gravy ni dibuat sendiri. :P


Coleslow

Separuh Kobis saiz sederhana (Ricih halus, Sagat menggunakan sagat pisau, atau msukkan dalam food processor)
Sebatang karot ( Sagat menggunakan sagat lubang besar, atau ricih panjang-panjang yang halus)
secawan susu segar
3 sudu gula
secubit garam
serbuk lada hitam ( secukup rasa )
celery seed (optional)
250 ml mayonaise

1. Campurkan kobis dan karot dalam satu bowl yang besar. Masukkan mayonaise. Gaul rata.
2. Masukkan susu, gula, garam dan serbuk lada hitam. 3 cubit celery seed.
3. Kacau rata. Saya suka coleslow yang manis sket. Kalau suka yang kurang manis, kurangkan gula dan rasa sampai dia terasa seperti coleslow. (ahahaha)
4. Sejukkan sebelum hidang.
5. Kalau tak suka karot. Boleh gantikan dengan kobis merah. I loike. :D

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers