hari keji

  • 11
Hari yang keji utk aku.

1. Makan McD sorang-sorang.
2. Conquer meja 4 kusi sorang-sorang.
3. Makan Fillet-o-Fish and McChicken, kedua-duanya sekali.
4. Ramai orang dok jeling-jeling meja aku.
5. Ada mamat keji yang sanggup nak kongsi meja dengan aku.
6. Mamat keji tu tak jadi kongsi meja dengan aku. Aku rasa lagi keji.
7. Baca info nutrisi makanan McD sambil buat No.3
8. Tambah coke pada light coke aku. Dari 2kcal kalori jadi 213kcal kalori. Kesan daripada No.7
9. Air coke aku tumpah dalam keta in d way balik.
10. Aku se'eh (ni ckp pantai timur). Kenyang banget (ala-ala pelakon Mutiara Hati)

Semua perbuatan diatas dikategorikan keji. Kecuali, cepat-cepat makan dan bagi meja aku pada satu famili yang nak migrasi. Bawak beg baju mcm nak pi duduk UK uuuuuuuuuuuuu.

Alamak. ayat diatas sudah ditambah elemen keji. Aku termengumpat famili tu. Opss!

cinta dalam blog

  • 13
Geli-geli

Bila bloghopping dari satu blog ke blog yang lain, kadang-kadang aku terserempak dengan blog-blog adik-adik yang sedang bercinta. Comel bila mengenangkan mereka bercinta. Merajuk dan saling berteka-teki dengan perasaan pasangan masing-masing.

Aku sudah lama meninggalkan zaman itu.

I dont feel that way anymore. Mungkin parut besar dalam hidup aku 3 tahun lalu buat aku berperasaan begini.

Untuk rasa geli-geli bercinta dah tak ada. Aku rasa percintaan aku sekarang adalah percintaan yang paling monotonus sekali. Peningkatan umur buat aku jadi lebih matang (kononnya). Jadi aku katakan TIDAK pada teka-teki dan YA pada berterus-terang. Jadi aku tak membuang masa bergaduh yang tidak-tidak dan merajuk tak tentu pasal.

Boringnya bercinta dengan aku!!

Adakah aku sudah terlepas dua esen penting dalam percintaan? Tapi aku rasa lebih content daripada 3 tahun dulu. Bila aku fikir sekali lagi. Ya! aku rasa lebih tenang.

heboh

  • 3
Heboh-heboh

Dah tengok iklan heboh-heboh di TVtiga? Semua penyampai cuba jadi lebih hip dan heppening. Seronok juga bila melihat gelagat mereka. Rasa teruja (not) untuk pergi ke karnival tersebut.

Aku bagi 4 bintang kepada semua penyampai. Kecuali pada Eli Iskandar, lima bintang kerana cute sangat. Oh! salah satu cadangan aku adalah keluarkan Zakiah Anas daripada iklan tu. Berdiri kejung dengan muka blur tak menolong iklan Karnival Heboh-heboh tvtiga yang berkehendakkan semua penyampai berlagak gumbira.

Buat aku gelak sahaja. Gelak insulting.

Iya. Gelak cara itu wujud.

wed

  • 11
Susah nak dikatakan. Dalam satu perhubungan, lelaki dan perempuan. Setelah melepasi tahap cintan cintun. Apa seterusnya?

Kerjaya atau kehidupan berumahtangga?

Salah seorang kawan baik aku menasihati aku, just grab the man who love you first. Doesnt matter how stable his doing right now career wise. Think about the career after you hitch him. Build that afterwards.

Pandangan aku berbeza pula. Stabilkan kerjaya and marriage comes later on. Kehidupan selepas berkahwin adalah very demanding. Syaitan mengaburi pekiraan aku dengan harta dan wang katanya. Bila lelaki sudah berkarier bagus, ramai pula perempuan yang datang nak menempel. Sedangkan masa susahnya, kita yang bersama dia. Timbul masaalah lain pula, betulkah dia setia pada kita selepas itu?

Mungkin ada betulnya kata kawan aku tadi.

Perkahwinan itu bukan dikala senang sahaja. Sanggup juga berada dimasa susah. For better or worst. Persoalannya sekarang, sanggupkah aku bersusah bersama?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers