• 2
Fresh Grad ke?

Tak, saya bukan fresh grad. Jangan kerana muka saya yang comel ni anda sangka saya ni fresh grad. Agaknya kena tukar cara pemakaian yang lebih siries??

tiga

  • 7
Lagi tiga

Lompat satu batu, dua batu, tiga batu. Selepas itu aku akan keseberang. Seberang umur 30'an.

Aku menuju ke batu yang 27 dalam dua minggu lagi. Damn! Masa ni aku rasa semua angan-angan aku waktu di batu 21 tinggal bayang aje.

Hebat kan? Lagi 3 batu lagi beb.
  • 0
Hebat

Aku sentiasa bayangkan aku akan ada dapur yang hebat suatu hari nanti.

Sebab tu aku beli mangkuk yang hebat.
  • 0
Permanent

Setiap hari. Aku terpaksa (dibayar) untuk pergi ke site. Site aku di Sg Besi, TPM. Rutin aku setiap hari adalah mengadap Pak Guard yang ramah tamah untuk ambil and pulangkan Temporary Access Card. Kalau mood aku baik. Aku akan rajin berbalas khabar. Jika tak, aku senyum-senyum sahaja.

Hari ini, aku senyum untuk pak Guard tu. Dia bagitau aku apa yang dia fikirkan masa aku senyum-senyum sambil jalan dengan kasut Hush Puppies seinchi aku. Ke Guard House. Pulangkan Access Card.

"Budak ni senyum-senyum kat aku, bila dapat Permanent Access Card jeling kat aku pon tak sudi. Macam budak-budak Get_tronic yang kat atas tu. Aku tahan nak tgk access card pon sombong tak mahu tunjuk. Hina sangat ke aku jadi Guard ni? Aku buat keje aku aje." Emo.

Aku gelak. "Ye ke? Saya takkan buat mcm tu. Sebab saya takkan dapat Permanent Access Card"

suka

  • 6

"Kenapa awak suka kat kite?"

Soalan paling susah nak dijawab. Jika soalan ini diajukan pada kekasih
anda. Jawapannya adalah dua kali ganda daripada darjat soalan anda. Jika
anda hantar sms, anda dpt jawapan dengan panggilan telefon. Jika soalan
didalam panggilan telefon, anda akan dpt jawapan secara face to face.
Jika anda bertanya face to face, anda akan dpt jawapan plus hadiah.

Cubalah. :P

p/s: Minggu depan aku bagi tips menjawab soalan ini dengan berjaya.

6 years

  • 8

This blog turn 6.

17 Nov lepas adalah Ulang Tahun ke 6 Luahan Pankreas aku.

Petikan entry pertama blog aku: Pankreasku.. Pankreasku jua..

JUMAAT, 17/11/00.
local time: 22.29
malaysia time : 06.29

- kalau tak bersungguh-sungguh takkan jadi sesuatu bende tuh. aku tekad nak siapkan malam ni jugak. walau ape pon yang jadi, tak tido pon tak tido laa.. ehehe jadi pon. assg. baru jek hantar hari tuh. bagus laa.. */me kata kat diri sendiri*

- malam ni bole tahan dingin gaks cuaca. heater walaupun terpasang still rasa sejuk gaks. tak dapat nak bayangkan waktu ni tanpa heater. kesian bebudak umah lain tuh. sejuk2 sekarang ni pon still tak dipasang lagi heater dek landlord. syukur alhamdulillah.

- bebudak yang exchange student tuh tgh buat ape ntah, beruntung bebudak UTM tuh.. free2 ajek dapat mai UK.. kalau aku stay UTM dulu belum tentu aku dapat mai. ahakss.. malam ni tido umah nih, so sok leh bawak depa jalan tepi pantai, lama dah tak pi sana..

- kejutan kejap ptg tadi, geddes(tutor) email aku bagitau yang aku nyer list of project title tak dijumpai. aku submit laaa... bukan tak submit.. depa yang careless sangat deal ngan aku nyer kertas.. dah la sehelai ajek, dah aku kuar dari komputer lab bergegas2 jumpa Dr Hewitt ( prof yang menguruskan project title student ).. pi bilik dier.. tak ada orang la plak.. dah penat aku jalan jauh2.. dier tadak.. cehhh.. aku berlari naik Angelsea Building balik.. nak jumpa tutor and try carik Hewitt lagi.. finally aku pi comp lab nak print lagi kertas project title tuh.. terserempak ngan geddes.. and dier kata dah jumpa dah aku nyer kertas keramat tuh.. aduhai laa.. and dier minta maaf kerana buat aku panic sat.. ehehe.. * he should*.. ehehe.. lege pankreas aku.. ape la office nih.. buat aku gabra..

- kelas operating system.. mengantuk ler.. masa coffee break ajak emon minum ayaq paneh.. /me pi cafe and beli hot chocolate.. baru la melecur lidah.. ahehehe.. kelas OS mmg membosankan.. nak koma aku dengar lecturer tuh kat depan..

- lepaih tu pi library.. amik buku.. emm.. library.. mana la ada yang menarik.. pinjam buku delphi.. nak buat assg HCI karang

teambuilding

Teambuilding post

Wireless Mouse dan USB hub. Waaaa best nye goodies dalam goodies bag
Teambuilding aku. Mula-mula rasa macam tak tau nak expect apa, tapi aku
rasa its not so bad lepas sesi kenal-kenal. Ini macam gathering GJ, tapi
with a different set of people with no blog. Semua orang tak berapa
kenal semua orang. Aku lagi teruk, kenal less than 10 people in my
department. Baru sahaja join, what do you expect?

Aku boleh aje balik selepas collect the Goodies bag. Tapi aku stay.
Penat. Badan aku sengal-sengal. Cuba tanya Sal si tukang urut, but
gempak. Aku not into physical challeging thingy. So aku a bit pancit.
Padan muka aku. Teambuilding ni buat aku kenal most of the people in my
department and almost all the manager. This company is not a bad at all.
:P

Aku sangat terkenal dengan memalukan diri sendiri. Spt contoh: Kalah
dalam permainan O-som dan kekal menjadi Telur. Kalau kalah O-som tak
boleh berevolusi keperingkat seterusnya. Deng! terpaksa buat chicken
dance. Sepatutnya aku main tipu aje.

Haka kumpulan aku pula ala-ala cheerleding. Terima kasih kepada my
'lembut' team member. Ampeh sungguh. Dia tak dapat memahami apa
intipati Haka tu sendiri. Bukan untuk cheer team lain, tapi buat team
lain gentar untuk menghadapi team kita. Lepas dengar Haka, patut rasa
gerun. Bukan rasa nak cubit-cubit pipi ye dak? Sabar aje lah. Nasib baik
tak kena boo.

Wasabe sucks. Even bila makan di Sushi K*ing pon aku tak letak wasabe.
Ni aku terpaksa makan sesudu ala-ala tester Ais Krim B*askin Rob*bin
wasabe. Uhuks. Habis jugak (ala-ala tipu). Tapi tetap tak boleh lawan my
team mate yang habiskan satu tube wasabe. Hebat!!

Team aku kalah. Apa-apa pun aku balik dengan senyuman. Berbaloi aku
tinggalkan Kelas Mandarin, Open House kengkawan dan Gathering GJ untuk
program ni. Lalilalaliallala

Makin hari makin sayang

Iye ke?

  • 0
Kick *SS

Kick Off department aku buat aku terlepas Gathering GJ, Open House / Cukur Jambul Kartini, Open House Azma dan yang paling aku regret adalah Kelas Mandarin aku (sebab aku bayar guna duit aku sendiri).

Siot aje.

Tapi Kick Off Jan 07 karang lagi best. Dorang buat kat Genting. Aku dah daftar. Percaya atau tidak, aku tak pernah pergi Genting. Dan sekarang aku boleh pegi for free. Muahahahaha. Ni ayat-ayat pujuk hati. Lalilalialalalal
  • 5
Milo
 
Cawan keenam aku pada hari ini. Milo overdose buat aku sakit kepala pada setiap petang.
 
Atau training ni yang buat aku boring sampai sakit kepala? Deng!
 
Hari ini aku ada hubungan sayang/benci dengan mesin pembuat coffee di pantri tu.
 
Untuk tekan atau tidak?
 
Ok. Ni cawan ketujuh aku pada hari ni. Noktah!!

Petang dan Hujan

Mengurungkan diri dalam bilik sambil menonton Kiamat Sudah Dekat adalah jawapan aku pada petang-petang aku yang kehujanan.

  • 0
Minggu ke 2 training.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers