Yeah..

  • 5
test

Tandas

Sistem Pengunci

Tapak projek baru aku adalah didalam hospital. Learning hospital, ala-ala 'House' la. Biasanya bila berada didalam tapak projek, satu bilik akan diberikan kepada grup bekerja anda. Bilik mesyuarat yang tak digunakan merangka bilik stor. Bilik stor tu sudah jadi macam tin sardin. Sebelah sinki pon orang akan duduk untuk meletakkan komputer riba masing-masing.

Jadi, satu langkah telah diambil oleh pihak pengurusan, memberi kami satu kawasan baru. Tingkat 3. Lagi hebat daripada bilik stor. Kami dapat satu bilik exec yang berkunci dan koridornya sekali. Ruang baru ini adalah untuk teknikal team kami bertukun. Ada tandas duduk sendiri. Secara teknikalnya tanpa paip dan salur air.

Tak mengapa, diluar sana. Tingkat 3 ini. Ada tandas awam perempuan. Satu. Tandas duduk yang ada paip dan salur air. Mula-mula aku masuk ke tandas ini. Pintu hijaunya yang dikuak melanggar paip besi diatas lantai. Aku nampak sinki comel betul-betul di depan pintu dan tandas betul-betul mengadap pintu. Luas. Macam tandas untuk OKU. Cuma tanpa besi pemegang.

Tombol pintunya tak berfungsi, sendalnya tiada. Selak kecil yang berwarna emas yang mungkin dipasang setelah tombol rosak juga sudah hilang fungsinya. Tombol kecil untuk menyelak pintu sudah tertanggal. Gila! Apa yang boleh aku buat untuk memastikan 'kerja' aku selesai tanpa gangguan.

Aku biarkan batang besi itu melintang di depan pintu. Sebagai alarm semasa aku memeriksa keadaan tandas. Tak sampai 5 saat aku berpaling, aku dengar bunyi besi berlaga dengan kayu. Dah ada orang cuba masuk kedalam territory aku. Ceh! Perempuan berskirt putih itu terkejut melihat aku yang juga terkejut lantas meminta maaf. Ya, saya maafkan anda. Nasib saya masih belum membuat apa langkah penggunaan tandas lagi ketika pintu di kuak.

Mentol menyala. Mungkin hasil dari kejutan tadi. Oksigen dipam ke otak aku secara maksima. Oh! Batang besi yang melintang di atas tandas tu bukan lebihan daripada kerja-kerja pembinaan tandas. Bila besi itu di letakkan di muka pintu. Sendal pada kaki sinki. Untuk menahan tolakan dari luar.

Macam dalam filem action thriller pula. Dimana aku sedang mencolek tandas duduk ini untuk dijadikan tebusan sementara.

Kukuh. Sistem itu berjaya.

Jadi bila anda berada di Tingkat 3 bersebelahan dengan wad ICU, ingatlah bahawa batang besi itu bukan untuk memukul orang yang masuk kedalam toilet ketika anda sedang melakukan 'kerja' anda. Ia adalah sistem pengunci yang praktikal untuk menghalang orang daripada masuk ketika ada sedang mengerjakan tandas. Gunakan besi buruk itu sebaiknya.

Jelink-menjelink tentang isu toilet global dan setempat
1. Gelap-gelita - Tokrimau

Lain

  • 5
Tak sama

Aku hari ini tak sama dengan aku yang semalam.
Aku yang hari ini sudah ada external hard drive. 80GB.
Dengan harga RM50!!

p/s: Maknanya.. Boleh simpan lagi banyak 'House' dalam tu.


GAJERING ( GJ Gathering) - Weblogger Day di Bagan Lalang

  • 9
GAJERING ( GJ Gathering) - Weblogger Day di Bagan Lalang

Lebih baik melepak di Bagan Lalang bersama felo blogger daripada duduk dirumah dan tidur sampai pening. Ya, aku gembira. Walaupun tak seramai gathering biasa. Aku hidup dengan moto, biar kita meriahkan suasana. Tak perlu tunggu suasana untuk meriahkan kita. Jadi, tak adalah yang rasa terpinggir dan out of place. :P

Eh! ada permainan juga. Ingat ini gathering makan-makan sahaja ke? Hahaha. Ada permainan cabutan bertuah ala-ala kotak beracun without the task list dan cabutan bertuah without the hadiah. Yang ada adalah ad hoc plan of embarrassing task to execute. Ciss sungguh.

Dimaklumkan, jangan terlalu kejam semasa memberi 'kerja' pada seseorang yang anda cabut.  Anda tak tau apa nasib anda nanti. Muahahahaha. Antara task yang kejam:

1. Mentinting membentuk no. 8 diantara dua khemah, panjat pokok dan panjat tiang. Hadiah dari daun ke Basri.
2. Peluk tiang dan menjerit I LOVE U sebanyak tiga kali. Hadiah daripada <aku tak ingat> kepada RUDI. (Tu la, ko kejam sangat pada orang lain. Ahahaha)
3. Makan brownis dan kek coklat (oleh kak Ungku) bersos cili. Buah tangan Am kepada ND.
4. Potluck campur - terdiri daripada mee laksa, egg and mayo, bawang, cili, berkuah laksa dan sos with brownis crumble on top. ND membalas hadiah yang sama kepada Am. Cuma lagi teruk.

Paling senang:
1. Makan kacang rebus 3 biji. Hadiah dari Basri kepada Neslo. Apa tu?? Basri, lepas ko melompat-lompat aku rasa oksigen telah dipam masuk secara maksima. Membuat basri lebih kreatif (baca: kejam) dalam memberi hadiah. Malah menyumbang (baca: menambah-nambah) dalam task orang lain.

Aku, aku kena menyanyi kat tebing Bagan Lalang. Dihadapan GJ dan orang ramai yang tak kenal aku. Ciss sekali lagi. Aku tak suka menyanyi di khalayak awam. Tapi lebih baik daripada kena makan-makan. Dah la aku sental laksa dua kali. Perut dah sengkak terpaksa melonggarkan tali pinggang. Biasanya tak gitu tau. Ahahaha. Kan Amyz kan?

Kalau setakat bawa Bantal Saadiah (Baca: Bantal Saloma. Sardin Roll aku mempunyai nama lain) jangan harap nak dapat hadiah Potluck Terhebat. Laksa Angah dapat menyandang gelaran itu. Note to self: Kena bawak yang paling leceh. Lenkali aku bawak makanan yang kena bawak dalam banyak tupperware.

Banyak yang aku dapat. Ilmu rebonding pon berjaya aku korek daripada EG. Kos rebonding rm200. Dan kos untuk maintain adalah 2 jam bersiap untuk blow dry rambut ect. Hasilnya, nampak hensem. Oh! Aku tak sempat tengok rambut EG yang nampak hensem, pagi tu EG putuskan untuk pergi ke GAJERING dengan rambut separa natural dan separa rebonding (baca: separa gondrong).

Berbual dengan anak-anak Spyz memang refreshing. Rupa-rupanya, Ariff dapat no. 2 dalam tadika kerana dia seronok pi tadika kerana dapat main. Memel pula dapat nombor antara 20 - 30 kerana dia tak sempat bermain masa disekolah (baca: tak best sebab byk beban pelajaran). Memel tak puas hati kerana belajar di sekolah tadika lagi senang daripada belajar di sekolah rendah. Dan yang peliknya. Aku bersetuju dengan Memel. Ahahaha.

Aku gembira. Bila berkumpul dengan kumpulan yang kecil. Anda lebih gembira, dapat bercakap dengan semua orang dan makan dengan lebih banyak. Happy Weblogger Day.

Aku pulang dengan twisties, laksa dan brownies dan kek coklat yang di tapau secara hebat. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Macam ala-ala penganjur pula. Hahaha.

(lagi-lagi) Performancing

(lagi-lagi) Performancing

Aku dah dapat detect apa yang tak betul masa aku update blogger menggunakan Performancing minggu lepas. Aku tak letak Title. Dalam rangka blog aku, aku tak mengguna blogger title tag. Tapi Performancing mewajibkan title tu. Jadi aku isi saja title dalam Performancing, dan tadaaa!! boleh. Tapi title tu tak keluar la dalam blog aku. Jadi aku kena letak title yang sama dan bold-kan. Macam yang aku biasa buat.

Eh! I love it. Nanti aku try other feature juga.

Performancing (lagi)

Sekali lagi aku cuba menggunakan performancing untuk update blog ni. Lepas aku tekan butang publish To: Luahan Pankreas aku, ada error on contacting atom(xml). Itu minggu lepas. Aku update secara manual daripada blogger. Ceh.

Ok, aku cuba kali ini. Kita tengok duluuuu.

p/s: Kodee yang memperkenalkan pon belum guna lagi. Ampeh. Aku dah dapat macam-macam error.
  • 5
REPORT

Aku ada penjelasan yang baik untuk tidak update selama seminggu. Isnin hingga ke Rabu aku ada training. Dan aku tak sangka baki dua hari lagi aku akan menggunakan alasan yang sama ketika aku belajar dulu. Aku buat REPORT!!!

Lalililalailalala..
  • 6
Piala Apa?

Aku: Awak sokong mana ek?
Dia: Kite sokong Peranchis, of course Brazil, Germany daaaannnn lepas tgk game hari tu, kite sokong Ivory Coast. Awak sokong mana?
Aku: Kite sokong semua yang awak tak sokong. lalilalalilalilalalalaal
Dia: Cisss

Firefox - Performancing

  • 2
Ini ada percubaan menggunakan Performancing daripada Musang Api. Kodeexii yang bagitau. Ehehehe.

Manis Macam Anak Dara.

Lokasi: Pasar Malam BB*B

Gerai kecil bermeja kayu. Menjual tembikai susu sederhana besar dengan harga murah. Aku dah nampak tanda harganya semasa melintasi gerai tu dalam perjalanan masuk tadi. Cuma akan membeli dalam perjalanan balik ke kereta. Siapa sanggup mengangkut tembikai susu dalam ramai dan sesak lagi jauh tu?

Dalam perjalanan ke kereta aku lalu semula gerai tu. Seorang makcik sedang belek2 tembikai susu. Sebiji rm2, 2 biji rm3. Aku cuma nak sebiji. Tapi aku nak bayar rm1.50 sahaja. Abang penjual yang pakai tshirt pagoda putih tu kata tak boleh. Kena beli dua juga utk dapat harga begitu.

Aku: Tak larat la nak angkat dua biji tembikai susu ni. Beli satu dengan rm1.50 leh tak? Tak larat la angkat dua biji tembikai.
Abang pagoda: Ala.. makcik ni pon larat nak angkat. Takkan la muda-muda gini tak larat.
Aku: Cisss

Mana dia tau. Aku kene angkut laptop, handbag, meehun sup, sayur kobis dan dua biji tembikai susu. Jalan dari parking ke rumah. Naik lift. Buka pintu pagar rumah lagi. Mau senget bahu aku.

Makcik: Manis tak tembikai susu ni?
Abang baju pagoda: Manis makcik. Macam anak dara. (Matanya melirik pada aku)
Makcik: Ada-ada aje la korang nih.

Tips pantas untuk mencari tembikai susu. Kulitnya jangan licin. Biar bergaris2 tak apa. maksudnya dia cukup tua masa dipetik. Bukan nak cari anak dara pon kena carik yang berdahi licin. Jangan lupa cium baunya. Kalau wangi maksudnya sudah sedang masak. Anak dara orang pula jangan dicium. Apa? ingat tembikai susu ke dorang tu?

Malam itu aku balik. Dengan laptop, handbag, meehun sup, sayur kobis dan dua biji tembikai susu. Ya, kata abang baju pagoda tu betul. Manis. Macam anak dara.

  • 3
Suwey sungguh la junior aku nih. Dok spam aku dengan email-email gambar tah apa-apa. Bukan porno tapi gambar penyakit2 tah apa2. Buat aku geli geleman sampai sekarang. Dari pagi tadi. Ampeh sungguh.

Aku hantar email. Jangan spam aku lagi.

Aku ni penggeli. Bau busuk buat aku muntah.

Aku masih geli geleman. Cerita House pon tak sengeri gambar tu. Suwey la.
  • 6
Hari ini dan Semalam

Notebook aku hari ini bukan lagi notebook aku yang dahulu. Harini dia sudah berada dalam talian tanpa kabel. Muahahaha. Wireless Adapter Awek semalam (yang masih pakai baju singkat juga) nampaknya serasi dengan notebook aku.

Tapi aku yang yang baru.. Nak yang baru.. Nak yang baruuu.. nak yang baruuuu
  • 1
Adapter dia tak serasi.

Bila awek yang berbaju senteng tu masukkan sahaja wireless adapter dalam laptopnya. Tengtingkapnya terus reboot. Waaa. Aku biarkan sahaja. Dalam hati rasa pelik. Apa hal pulak. Aku sendiri pun tak ada Wireless Adapter. Awek tu buat sekali lagi. Reboot. Mmg dah tak nak dah kot. Bila runner projek ni tolong menginstalasi pemacu pun tidak berjaya juga. Asyik nak reboot aje laptop Awek tu.

Aku duduk diam-diam, laptop aku ok. Aku gunakan satu-satunya point yang tinggal pada Wireless Router yang kawan aku cilok dari office.

Eh! dah boleh berada dalam talian. Boleh baca blog, check email dan jangan lupa. Boleh buat kerja juga (tau).

Pepatah aku yang baru. Tak ada Wireless adapter, kabel pon berguna juga.
  • 6
Time to move on.
 
Projek baru. Laptop tanpa WiFi buat aku terputus koneksi (ni aku ambil daripada manual printer HP) daripada dunia luar. Sampai masa (baca: cukup duit) aku beli WiFi card untuk laptop ni ok?
 
Till then. Rindu lah pada aku.
 
Lawak sepetang:
 
Customer: Macam mana dengan antivirus untuk HP-UX?
Boss: Cuba you google, kalau U jumpa antivirus untuk HP-UX, sila bagitau kitorang. Kitorang akan provide. (muke siries)
Aku: (Dalam Hati) Ahahahahahahahaha. (muke siries gaks)
Customer: (Muka Siries sambil angguk2)
Aku: (Dalam hati) Ahahahahaha..
 
  • 8
Hamba dan Raja

Susah juga kalau nak kawin tapi tak ada kawan. Siapa yang nak temankan masa nikah? Siapa yang nak memakaikan inai. Siapa nak jadi hamba sehari semasa kita jadi raja sehari?

Sebelum saya berkahwin. Nak tak nak kena la melayan kawan saya yang jadi Raja Sehari. Tapi kawan kita yang dah jadi Raja Sehari secara automatik tak layak jadi Hamba Sehari kita.

Jadi, cari lah calon Hamba Sehari yang muda-muda atau yang tak ada peluang untuk ada kekasih. Supaya bila kita jadi Raja Sehari, ada juga yang akan jadi Hamba Sehari untuk kita pulak. Praktikal kan?
Perbualan Tandas.

Aku baru lepas mengambil wudu' utk Zohor. Awek penyambut tetamu yang kurus-kurus berkebaya ketat, berambut ala-ala rebonding tu membasuh tangan selepas usai urusannya didalam tandas. Masuk seorang awek exec kurus-kurus berambut megi buatan mengurai kebahu.

Awek rebonding : Rambut aku kedi-kedi tak?
Awek rambut megi : Huh? kedi-kedi tu apa?
Aku : (dalam hati) What the hell is kedi-kedi?
Awek rebonding : Kedi-kedi tu maksudnya terkeluar-keluar. (sambil betulkan rambut).
Awek rambut megi : Tak la. Ok aje.
Aku : (dalam hati) ehehehehe. Nasib baik rambut aku tak terkedi-kedi dari serkup nih.

Awek rebonding keluar dengan confident daripada toilet dengan rambut yang tak terkedi-kedi.

daun: aku tak pernah dengar perkataan terkedi-kedi. Tergedik-gedik pernah lah.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers