• 9
Bukan Sekarang
 
Suka. Nak sangat-sangat. Tapi tak mampu. Bukan sekarang. Nangis nangis nangis. Along plak buat tawaran yang bukan-bukan. jahat aaa.
 
Along, orang tak jadi amik. Duduk diam-diam aje. Biar la orang lain yang mendokumentasi kenangan dan suasana.
 
p/s: saat ini aku nangis dalam hati aje
  • 12

Akademi AQ.

Semalam. Kononnya menonton Akademi AL-Quran (AAQ). Pengacaranya cantik. Muka Arab. Cakap pun ala-ala padang pasir.

Tapi aku tukar-tukar juga dengan Wakenabeb, American Idol dan Dunia Baru.

Bila aku alih semula ke AAQ, TV9. Nampak nasyid la pulak. Bahagian bawah tv 14" aku. Tertulis. AAQ akan kembali bersama anda sebentar lagi. Siaran live-nya disusuli oleh nasyid-nasyid-nasyid lama mengundang kenangan. Lagi menarik daripada Nasyid Minggu Ini.

Semalam. Aku tengok AAQ. Eh bukan!. Aku tonton nasyid-nasyid selingan semasa AAQ di tayangkan.

Marah. Sket.

Pagi-pagi lagi. Hati aku dah mendidih. Naik hampir 12% daripada suhu biasa. Mulut dia mcm bontot ayam berak kapur.

Si Shilake berkata "Balik semula ke office ko aje la". Pada aku.
 
Dia ambil tempat duduk aku. Nak buat testing. Aku. Baginya. Ganggu tempat testing. Ini. Ofis dia.

Dia suruh aku balik. Maknanya. Tak payah datang. Sini. Ofis dia.

Aku pandang Awek KT. Sehampeh-hampeh Awek KT pun tak pernah nak buat aku rasa begini. Bibir Awek KT pun terkumat-kamit. Ini kali pertama aku dan Awek KT rasa pertalian secara psikik.

Aku duduk. Laptop belum terpasang.

Taip sms yang aku tak pasti nak dihantar pada siapa. Lepaskan. Lepaskan marah aku. Keypad T610 aku tekan kuat-kuat. Sms tak berhantar.

Aku campak T610 ketepi. Tarik nafas panjang-panjang. Banyak kali. Indah. Oksigen menyegarkan otak dan jiwa aku.

Dia suruh aku balik. Ofis aku. Maknanya. Tak payah datang. Sini. Ofis dia.

Tapi. Aku akan tetap datang. Sini. Untuk menyusahkan si Shilake. Yang lebih indah. Aku dibayar untuk buat begitu.

Aku senyum. Lagi.

  • 5
Apa?
 
Aku jinjing plastik bercap Watson yang di cilok daripada Nida. Berjalan. Sambil jinjing plastik.

Along: cikdaun.. bawak apa tu?
Aku: Ada laa. Mana boleh bagitau.

Jalan lagi. Plastik aku genggang kuat-kuat.

Angah:Apa dalam tu?
Aku: Ada laaa.. eheheehe

Plastik Watson yg aku bawa. Mengundang persoalan kepada manusia lain. Curiousity kills the cat.

Dialog cereka
 
Aku :Tok,aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
Tok Rimau :Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
 
daun: Dapat dari SPAM, nama diubah ikut citarasa aku.
  • 7

Emosional Permaisuri Drama

Pencarian tempat memarkir adalah sukar bila berada dikawasan berdekatan dengan D' Limau Nipis. Ada satu tpt parkir diantara bucu yang sudah diduduki oleh sebuah Kancil. Parking serong. Bukan aku. Dia. Siap memarkir.

Aku: Eh! tak muat lah karang Kancil tu nak keluar.
Dia: Muat. Apa pulak tak muat.
Aku: Tak muat la dia nak keluar. Nanti bontot kereta awak halang kancil tu keluar. (terus membebel-bebel).

Dia mengalah. Keluarkan kereta dan usha parkir lain. Ada. Satu kosong. Yang berdekatan. Siap parkir. Lurus.

Dia: Muat tak?
Aku: Apa?
Dia: Muat tak nak keluar?
Aku:  Awak, tak sesuai tau awak nak perli kita dalam situasi sekarang ni. Takkan la kereta sebelah tu tak muat nak keluar pulak. Kan parking lurus ni??!! (emosional)
Dia: Mana ada perli. Orang tanya muat tak awak nak keluar? (muka siries)
Aku: Eh ehehehe (senyum sengeh muke bersalah sebab emo). Oh.. Sori awak, kite ingat awak perli kite. Muat.. muattt.. kite muat nak keluar. Ehehehe. Terima kasih. (Bukak pintu dan keluar daripada kereta. Jalan laju-laju nak kaver malu)

Oh awak. Kite minta maaf. Awak bukan macam kite. Awak caring. Kite yang jahat. Hehehehe sekali lagi. Nasib la awak faham kite ni Drama Queen.

Yakies Hut
 
Bakal pengantin baru batch Jun ini, nak mengedarkan kad jemputan perkahwinannya. Port paling 'in' bagi geng GEPO (Geng Poyo Gedik) kawasan Serdang/Bangi/Putrajaya iaitu D' Limau Nipis tutup pula. Jadi kami bertukar venue ke Yankies Hut yang lebih dikenali dengan makanan sedap tapi servis macam haram.
 
Tapi, Yankies Hut sekarang bukan lagi Yankies Hut yang dulu. Yankies Hut sekarang sudah naik ketahap 3 bintang.

1. Dahulu ada satu hut ala-ala rumah panjang, tapi sekararang ada pondok duduk ala partition restoren jepun, hut dua tingkat dan banyak tempat duduk.

2. Dahulu parking ala-ala suka hati, sekarang ada orang menjaga parking dengan bantuan lampu suluh ala X-Files, menyuluh tempat parking mana yang kosong.

3. Dahulu tukang ambil pesanannya biasa-biasa sahaja, tapi sekarang dengan baju ala-ala pekerja katering dan semuanya perempuan yang comel-comel.

4. Servis penghantaran lembab, nasi dah habis baru ikan bakar nak sampai. Lauk dah habis, baru air nak sampai sebab duduk tpt tinggi (hut) jauh daripada pekerja penghantar makanan. Sekarang, walaupun jauh di hujung pondok, InsyaAllah cepat sedikit daripada dahulu.
 
5. Dahulu rekabentuknya biasa-biasa, sekarang ada corak timbul-timbul didinding ala-ala hutan.
 
6. Dahulu, kita boleh bagitau sesapa sahaja pekerja Yankies Hut yang air yang dihantar salah, tadi order Fresh Orange. Sekarang, kalau tanya pada penghantar air, tentang salah order, jangan terkejut bila dia menjawab " Saya tak faham". Kena panggil Tukang Ambil Order juga yang faham bahasa melayu.
 
7. Dahulu perkerjanya multitasking, siapa yang ambil order boleh juga hantar makanan. Sekarang, yang hantar makanan akan jawab " Itu bukan kerja saya " , bila ditanya " Adik, Air ni tak sampai lagi ".
 
8. Jangan terkejut bila kita nak order kuew tiow kungfu, awek pakai baju putih dan vast hitam itu bertanya " Itu di goreng kan? kalau goreng-goreng tak ada. Cuma ada lauk hidang dan western aje". Damn! elok-elok nak mkn ala bajet, jadi ala carte plak. Ahahaha

Yankies Hut sekarang bukan Yankies Hut yang dulu. Yankies Hut sekarang dah tak jual makanan goreng-goreng. Tapi, Cendawan goreng ada. Rasanya macam ayam kfc.

  • 3
Permaisuri Drama kononnya membeli ala-ala tingkap

Tak puas hati dengan Boss. Rasa menyampah. Habis jer jumpa dan senyum kat Boss. Aku pon amik barang-barang. Turun ke LG. Masuk kereta. Pergi Mines.

Janjinya tak nak beli apa-apa. Betul. Memang tak nak beli apa-apa pun. Tapi bila nampak Sandal yang selesa tahap dewa tu buat aku betul-betul teruja lar. Memang dah lama nakkan Sandal tu. Tapi haritu aku dah terbeli Sandal Bata pula.

I'm a sucker for a good SalesPerson. Cute-cute plak tu. Dem lar. Layan aku baik punya. Bagi aku 10% discount.

Terjual juga Sandal Scott tu. Gembira tak terkata. Rasa nak tukar aje heels yang aku pakai ni dengan Sandal tu. SalesPerson tu nak buat upsales dengan offer aku untuk beli kasut untuk pergi dating. Aku gelak besar sebab aku nak memang nak pakai Sandal Trekking tu untuk pergi dating. Berjalan selesa, nak lompat-lompat pon best.

Jalan-jalan, puas hati, lalilalialalal.

sms: Awak, bunuh la kite. Kite beli sandal yang amat best tadi. Uhuks.

Bercakap dalam telefon: Awak, kita pon nak satu selipar jepun jugak. Tapi kalau nak beli yang harga belas-belas ringgit leh tak? Ada.. kalau takder duit kite tak beli bebende. Awak sampai hati ke tengok kite makan pasir? Ehehehe. Thanks awak. Kite nak pi tgk selipar plak. Bye. Tata.

Ok. Sunblock cream mahal ok. Tengok yang Banana Boat. Sampai 30 ringgit. Dem. Kalau beli ini, tak boleh beli selipar jepun harga belas-belas ringgit. SPF 30 pon ok. Lagipun ada 20% discount. 

Lari bajet aku. Selipar jepun terpaksa beli dibawah bajet yang ampeh. Di Giant banyak jual selipar jepun yang cun-cun. Aku beli yang selesa dan konon-kononnya tak licin. Siap buat percubaan lompat-lompat di Giant. Nasib baik kawasan tu takder orang. tapi, kalau ada orang pun, aku tak segan nak buat that durability test. Ihiks.

Hausmet aku geleng-geleng kepala bila aku dok peraga selipar + sandal yang aku beli. Bulan ni 4 Footwear yang aku beli. Dah gila apa??? Sejak bila aku jadi Shoe Fetish ni???
Slogan Generator

Walaupun belum masa untuk berkempen ria ( Utk jadi calon Pres. GJ, Ketua Kelas 5 Merah, atau Calon Ketua Kampung) . Jika anda memerlukan slogan untuk apa-apa kempen pengiklanan pun, sila gunakan khidmat : http://www.thesurrealist.co.uk/slogan.cgi
 
Contoh:
  • 6
Sinonim
 
Nina lemah Bahasa Malaysia. Jadi aku mentutor ala-ala kamikaze untuk meningkatkan prestasi dia. Aku suruh dia study perkataan bermula dengan huruf 'A' dalam buku nota Nina. Ada dua muka surat. Lepas sejam aku nak tasmik. Aku seorang trainer yang cool. Tapi bila dengan adik-beradik aku jadi emo sket.
 
Muka masam mencuka tak puas hati bila aku kejut Nina daripada tidur yang dibuat-buat ala-ala nak skip pop kuiz dari aku. Macam la aku tak pernah buat trick tu.
 
Aku: Ok.. Angkuh?
Nina: Jap, orang tau ... (memandang jauh ke syiling)
Aku: Angkuh..
Nina: Bongkok
Aku: Bongkok???!!! Ko tau dak bongkok tu apa? Nenek yang sudah tua bongkok!!
Nina: emmm..
Aku: tukar 'o' jadi 'a' (bagi tips)
Nina: Bangkok
Aku: Bangkok tu apa? (dalam hati dah hangin satu badan)
Nina: (diam)
Aku: Bongkak la jawapannya. Angkuh = Bongkak. Ya Allah.. sabar jer la aku.
 
Mizah tgh hafal karangan bahasa arab. Opik tgh baca buku Fizik. Syidah tgh main games menggunakan laptop aku tersengeh-sengeh menahan gelak. Takut aku marah dorang la pulak.
 
Masa tu memang aku hangin. Tapi bila cerita semula dengan mama keesokan harinya, aku dan syidah gelak besar mengenangkan Nina.
Aku tak suka berada dalam situasi yang pelik.
Buat aku rasa unwanted.
  • 7
berubah itu sukar..
but i will adapt
....
...
..
.
Taknak rasa KOSONG
  • 1
Nida tak suka yang gelojoh, aku pulak tak berkenan dengan yang bodoh.
Bodoh meneka hati perempuan.
Rasanya hati ini hampir tetap, pilih yang sabar.
  • 1
Aku hampir-hampir call Dia untuk ajak lunch bersama
Sebelum aku sedar yang Dia cuti pada hari ini.
Bila dia ada, malas pulak nak keluar bersama.
Bila dia cuti.. hmmm..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers