• 11
Sport rim yang praktikal
 
Adik: Sport rim dah cun. Tapi tak kereta tak lowered. Ampeh!
Aku: Eh! kalau lowered susah la nak lalu bonggol
Adik: Macam tu la pompuan *mencebik*
 
Heyyy. Bukan susah ke bila kereta direndahkan. Kan menghiris kalbu bila dengar kereta bergesel dengan bonggol ( Kereta abang aku lar, bukan kereta aku) .
 
Aku ni bukan apa, aku praktikal. Bukankah buang masa nak bergaya sesekali, but berkali2 dalam satu hari untuk menghadapi bonggol disepanjang perjalanan dengan kereta.

Leceh la nak menyerongkan stereng konon-konon tak kena bonggol tapi bergesel juga. Tu la, aku tukar sport rim sebab rim aku dah teruk. Bukan sengaja-sengaja aje. Faham dak?

  • 2
Arghhhh!!! Sayangnya nak lepaskannn...
 
 
Arghhhh!!! Sayangnya nak lepaskan..
Hmmm
Arghhhh!!! Sayangnya nak lepaskan..
Hmmm
  • 4
Ghrana yang Gerhana

Bayangkan, setangah jam video klip lagu hindustan tanpa subtitle dan butang fast forward.

Islamik tau, sebab dia start dengan lagu "Allahu" by Raihan. Banyak zikir2 jugak. Dan lagu-lagu lain aku tak faham. Menyesal tak belajar Urdu dari Emon pepandai dulu.

Ada masa aku just nak get into the mood, dengan bertepuk-tepuk tangan dengan 3 orang penepuk tangan. *Bayangkan kau dibawa jauh-jauh untuk bertepuk tangan sahaja*. Aku pon nak keje gitu jugak!!. But the tabla (percussion bukan table yang disalah eja) was great.

Nida pejam mata sambil menghayati lagu ( yer la tu Nida.. ). Aku kagum dengan pemain sitar dia yang muda tapi aku tgk cara dia main. Petik satu, satu, satu dari awal sampai akhir buat aku pelik. Penat aje aku kagum-kagum, bunyi sitar dia yang mana satu pon aku tak dengar. Aku tak rasa pemain sitar dia di perkenalkan pon dengan pemain piano berkipas ( aku tak ingat apa nama alat tu ).

Aku terbayang masa tu, aku bawak Emon jer pegi, sure excited gila. Aku bertahan hingga ke saat terakhir, masih lagi kagum dengan Nida yang menghayati muzik sambil memejam mata.

Sejam setengah video klip lagu filem hindustan tanpa subtitle dan butang fast forward.

Oh! Aku tak sempat sebut " Vaaaa Vaaaa " sambil letak tangan kat dahi kat dorang tanda kagum. :P

Menje"link" : Ghrana on Kaki Seni
  • 6
20-20
 
Bila dikeliling dengan orang yang memakai spek. Aku akan kelihatan seperti orang cacat. Vision aku 20-20. Jadi kasihan la pada aku sebab tak dapat nikmat memakai spek tu.
 
---------------------------------
 
Pekerjanya cantik manis. Lembut menyapa aku dan kawan aku. Bila hati aku lembut, apa yang aku nampak adalah keikhlasan dia melayan aku dan kawan aku.

Bukan macam pekerja dikedai sebelah. Tak senyum pun. Melayan pon berkira-kira. Harga pula MAHAL!!! Nama sahaja ada berbelas-belas cawangan merata Malaysia. Standard tak setinggi menara pon.

Kalau ko aku tak suka, barang dalam kedai ko pon aku tak nak beli.

Betul la, kalau aku nak bukak kedai. Aku akan pilih jurujual yang cantik, manis, lembut dan ikhlas melayan pelanggan. Macam ini baru orang nak membeli apa yang dijual. Kalau tak beli pon, orang tak segan nak bawak mulut cerita kebaikan kedai tu. Dan aku tak la segan nak tulis entry yang bagus-bagus tentang kedai tu. Bagus betul IKHWAN OPTOMETRIS di Bandar Baru Bangi belakang War*ta tu. Pekerjanya ramah dan mesra. Harga pun murah.

Apa-apa pun, kawan aku tu pulang dengan RM330 lebih miskin. 

------------------------------------

Kalau begitu lah harga untuk menjadi SEMPURNA, aku rela CACAT begini. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki.

Trend
 
Kalau berkahwin tu trend. Maksudnya aku dah tak fashionable lagi.
  • 5
"Cemerlang"

Adik aku lagi seorang ambil result STPM.
Pengajian AM - Cemerlang
Bahasa Arab - Cemerlang -
Syariah - Cemerlang +
Usuluddin - Cemerlang +
Sejarah - Cemerlang -

Straight Cemerlang. Sampai aku tak tau nak masukkan dalam U mana.

"Kite ni yang kurang bernasib baik" - Syidah

Sampai bila aku nak lindungi adik aku, nak sediakan dia menghadapi Dunia Batu Kaca ni. Aku harap dia ubah perangai dan pendirian. Usaha lebih bukan utk sesiapa. Untuk diri dia juga. Lagi haru bila nak key in result SPM dia. Sakit mata aku. oh Adikku!

It skipped no 5.
  • 14
12

Dalam ramai-ramai adik beradik, dia paling disenangi. Tak pernah marah-marah. Tenang sahaja perwatakannya. Dia jugalah yang biru-biru muka tak dapat bernafas daripada serangan lelah. Dia jugalah yang dapat 12A dalam SPM semalam.

Yer lah. Aku yang emo ni menangis-nangis tengok result dia. Mama jangan cakap la. 10A1 dan 2A2. Bahasa Arab Tinggi dan Syariah Islamiah dpt A2, the rest, A1. Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, English for Sc. & Tech., dan lain-lain score A1. Deng!

Alhamdulillah, berkat doa mama, ayah dan adik beradik. Budak sarkastik tapi pemalu gila dengan perempuan tu cemerlang. Agaknya oksigen dalam otak dia dpt lebih hasil daripada jalan jauh utk mengelak crowd perempuan kots.

Lepas ambil result, kena hantar Opik terus ke PUDU. Kena balik semula ke UTP. Ada test harini.

"Mama, ayah, jangan gaduh-gaduh. Nah, tengok jer slip SPM Opik." Sejuk hati.
  • 4
Cahaya Hati

Menje"link":
1. Bapa yang masih kekok memegang baby
2. Cara-cara mendokong bayi - utk aku juga

Si Comel
  • 0
Kelahiran tu satu yang indah bukan?

Tahniah buat Nazmi dan Huda, menyambut cahayamata pertama, seorang puteri. Melihat Huda, aku pasti sang puteri mekar pagi hari ini dengan comel sekali. Malam ini insyaAllah, aku dan kroni datang Muyi (Jawa : Ketemu Bayi).

Buat anak sedara ku yang hensem, Khilfi Ezzan. Selamat hari lahir yang ke-2 tahun. Ceria selalu dan cepat besar dengan ceria dan pandai. Peluk cium sayang selalu daripada Auntie Syura.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers