• 11
I've been tagged

1) List down 5 childhood memories of food.
2) And in the tradition of this meme, list the 4 previous taggers before yourself and then your own name at no.5.
3) Tag 3 (or more) other bloggers to continue this meme.


1. Masa raya mama akan buat candy kelapa dan candy kacang. Masa tu macam kuih yang paling best la. Candy kacang mama sedap. Tapi aku tak suka Candy kelapa. Aku hanya hisap coklatnya dan buang hampas kelapa nya. *kelapa parut tu menyemak aje*

2. Dulu aku pernah suka Sagun kelapa. Sagun tu dijual seposen satu. Akan dihias dalam kertas suratkhabar yang digulung macam tiub. Dan ada jambul berwarna warni menggunakan kertas jagung (aku akan pilih warna merah). Sagun ni kelapa yang disangan kering dan campur gula and tepung sket kots. Masa makan ni jangan bercakap-cakap. Nanti tersembur2 pulak. ahahaha

3. Masa bulan puasa, aku tak ingat umur aku berapa. Aku ngan along *tak tau la along igt ke idak* pi pasar ramadhan. Along nak beli murtabak, tak cukup duit. Jadi kitorang kongsi duit. Tapi duit kitorang tak cukup. Murtabak harga RM1 tapi duit kitorang ada 95 sen je. Along buat muka kesian kat pakcik murtabak tu. Pakcik tu baik hati, bagi jugak kitorang murtabak walaupun duit tak cukup 5 sen. Damn sedih gila bila aku teringat. Aku ni sentimental sket bab-bab mkn nih. Jadi setiap kali puasa mesti cari murtabak punya. Mcm tradisi plak. Untuk membantu industri murtabak di Malaysia.

4. Adik bradik aku ramai. Jadi masa tu ada 6 orang dalam satu masa. Semua kecik-kecik lagi. Jadi tak pandai erti berkongsi. Kalau ayah aku bawak balik buah-buahan, macam langsat atau buah mata kucing. Mama akan bahagikan dan bungkus dalam suratkhabar sorang satu. Jadi kitorang tak berebut sapa yang makan cepat dpt banyak dan sapa yang lembab cuma dpt makan sket. *aku gelak masa aku menulis bende nih. ahahaha*

5. Hari ahad adalah hari nasi lemak utk rumah aku. Masa kecik, ayah akan bawak kitorang kat Shah Alam depan PKNS. Untuk lepak-lepak dan makan nasi lemak yang mama bekalkan. Then kitorang akan pi Marwilis (masa tu kedai tu la yang paling glamer) PKNS dan beli buku citer. Hardy Boys and Nancy Drews. Mama still masak nasik lemak every ahad, InsyaAllah. :D

Previous Tagger
1) Teh Tarik Satu 2) Beer Brat 3) Arinamil 4)Lauryn 5) Daun

I tagged: Elin, Ika, Sal, Kak Pnut , Elise and Neslo
  • 5
Insaf

Orang bercakap tentang "Chemistry"
Orang tak pernah sebut yang Allah mendekatkan hati manusia

daun: Bukan ahli Kimia
  • 8

Suratan atau Kebetulan ( Pembetulan )

Ika marah. Elin pun marah. Even aku pon marah jugak. Kenapa la tak update blog? Cuti aku dah habis 2 january haritu. Tapi takder semangat nak menulis. Mood aku pon MONO semacam. Kalau ada kawan ok la. Kalau sendiri jer pon takper. Aku takde hal. Macam gitu la nak dikatakan mood MONO tu. Ala-ala 'whatever' tanpa attitude. Punya la mono. Nak menekan butang handphone pon malas.

Bukan aku dok mengkayu depan tv jer dalam musim-musim cuti nih. Aku ada aktiviti juga.  Melainkan aku duduk di kampung. Memang aku tak kuasa nak keluar-keluar la. Bila dah balik kampung, that's it. Jangan la ajak aku pi makan-makan atau keluar-keluar. Memang tak akan dilayan. Kecuali permintaan daripada famili aku.

Aku ada banyak. aktiviti. Aku terlibat dalam Gathering Geng Jurnal. Ala-ala AJK la. Semuanya mcm kebetulan. kebetulan Sal tak cukup kaki nak tolong dia utk urusan hadiah pintu. Kalau yang masuk ikut pintu jer dapat. Kalau masuk ikut tingkat. Harap maaf ek? Lgipun Dewan Serbaguna p8 tu takder tingkap pon. Kecuali tingkap tandas.

Kebetulan pertama (satu):
Objektif: Proses pemulangan lapik hantaran Elin. Adiknya nak bertunang. Khamis 29 Dec.
Lokasi: Menara TM.
Kesalahan: Salah lapik. Rupa-rupanya itu lapik hantaran Along. Patut histeria si Elin. Ahahaha. Knowing me so well, Elin malas nak layan. Dia lebih yakin daripada aku yang lapik hantaran dia telah aku misplace-kan. Thanks Elin muahss.

Kebetulan kedua (dua):
Objektif: Tension sebab salah lapik hantaran. Jumpa Sal dan rakan-rakan. Housemate yang sudah berkahwin call, Bagitau nak keluar. 1 day notice. Rasa nak meraung.
Lokasi: BBB
Kesalahan: Overdose Actifed. Buat aku loklak. Dan terus tido kat rumah Sal. Luahan pankreas rumah Sal.

Kebetulan ketiga (tiga):
Objektif: Lepak p9, Uruskan hal rumah. Katanya ada orang baru nak masuk. Nak tgk rumah utk ganti housemate yang sudah berkahwin.
Lokasi: p9
Kesalahan: Reject orang yang nak masuk sebab tak sedap hati. Aku end up takder orang nak ganti housemate yang sudah berkahwin. Pening kepala sket sebab ada satu bilik kosong.
Nasib baik: Sempat jumpa housemate yang sudah berkahwin utk kali terakhir. Salam dan nangis-nangis. *Aku mmg emotaik so, biasala nangis-nangis gini*

Kebetulan keempat (empat):
Objektif: Shopping cari tudung untuk buang-buang duit. Sedapkan hati.
Lokasi: Warta, BBB
Kesalahan: Mana ada kesalahan disini? Tak salah kan aku opt utk terapi membeli belah.

Kebetulan kelima (lima):
Motif: Kebetulan empat untuk cater assumption aku yang Gath GJ tu pada hari Sabtu. Rupa-rupanya hari Ahad. Bongoks.
Lokasi: In my head
Kesalahan: Salah fakta. Aku selalu salah fakta dalam otak nih. Ganerrr laaa.

Kebetulan keenam (enam):
Objektif: Persiapan Gath. Geng Jurnal.
Lokasi: P8
Kesalahan: Takder la. Aku enjoy myself. Beramah tamah dengan everybody. Terima Kasih. Lagipun aku sampaikan anugerah pada Project Diablog. Bangga sehhh. Nice to meet everybody. Muahsss.

Kebetulan ketujuh (tujuh)
Objektif: Ronggeng Sampai ke pukul 4 pagi
Lokasi: Mamak, BBB
Kesalahan: Menyanyi lagu-lagu ROCK kapak sampai kol 4 pagi. Membuat kami teruja utk tgk ROCK pada kesokan harinya. Tayangan terganggu selepas 15 minit penayangan. Buat riot kat depan TGV, KLCC. Memang aku tanak tgk kat tgv KLCC. Pekerjanya kurang ajar dan takder Customer Service Manner langsung. Dan itu bukannya satu kebetulan. :P

Banyak aktiviti aku. Lom campur meeting-meeting dan ronggeng-ronggeng atas papan kekunci dan diluar papan kekunci.

Lepas tu aku bekerja. Sehingga lah harini. Cuti raya pon sehari aje. Takder semangat waja nak beraya pun. Selamat Hari Raya Aidil Adha. No goody-goody wishes tahun nih. :P

Daun: Blog ni tanggungjawab aku. lalilaliallala

Aku dah kerja. Tapi malas nak update la. :P

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers