• 1
Hujung tahun ke 25

No la, Nothing special happened. AKu congrats diri aku sebab aku period hari tu. Selalu kalau aku mai period aku akan congrats diri aku sendiri. :)

Bukannya ada apa-apa yang special pon. Aku cuma alami krisis pasca 25 tahun. Aku akan akhiri umur 25 tahun aku pada 14 dec nih. Jadi aku rasa macam confuse sket dengan apa yang aku nak sekarang, dengan apa yang aku nak untuk masa depan aku.

Apa yang aku nak sekarang? Casio Sheen collection.. Ahaks. Byk bende aku leh guna dengan duit aku nak beli jam nih. Yang lebih berfaedah lagi. Jam leh tgk daripada handphone je kan? Ayat-ayat pujuk hati.

26? just another year goes by. 26, i've become less selfish. It's more about what my family need, rather than what i want. Itu pon aku ada krisis kehendak lagi. Ahahaha. Tu kehendak lain aaa. Eh! node that kind la. Apa la lu.

Tapi aku hepi jer la nih. Hidup cenggini pon ok jugak la bebeh. Sekurang-kurangnya setiap pagi ada pak guard yang hensem senyum aku sblm aku naik lift. Ahahaha. Ada kengkawan yang baik. Muahhssss. Thanks.

Daun: Sengaja cari jalan yang bersimpang
  • 0
Adik aku

Adik aku dpt gi EduCamp Petronas kat Tronoh 14-16 Dec nih. Macam interview la kots. Aku harap dia berjaya la dpt. Dia amik kejuruteraan jugak dalam SPM. Tapi dia berminat nak jadi doktor. Tak tau la macam mana. Kalau ada rezeki, InsyaAllah. Budaknya pandai semacam. STudious gila. Adik beradik aku yang lain tak pulak macam tu. Aku saspek dia tu anak angkat. :P

Daun: Ada sesiapa yang ada tips utk adik aku nyer interview karang?
  • 0
Kawan tetap kawan

Perjumpaan semula aku dan geng-geng sekolah rendah mula-mula aku rasa macam tak berminat nak pergi. Tapi aku dah terlanjur kata OK pada Kartini. Kadang-kadang aku rasa takder apa yang menarik dalam hidup aku. Aku pergi kerja dan balik kerja. Kadang-kadang aku tengok wayang dan jumpa dengan budak-budak GJ. Dan aku balik kekampung.

Driving balik dari Pu_cuk R_ebung ke kampung mmg penat gila. Dengan traffic yang slow. Rasa macam azab jer. Tapi mengenangkan kengkawan yang lama tak jumpa, aku gahkan juga. Bawak badan jer pon.

Aku gerak pukul 6.30 dan sampai pada pukul 8 lebih sket.

Kengkawan aku ada 5 orang. Tiga daripadanya dah berkahwin. Dua daripada tiga orang tu dah ada cahayamata. Tinggal aku dan sorang lagi yang belum berkahwin. Geng aku yang sorang tu aku tak tau dah ada bf ke idak. Aku nyer status pon belum pasti lagi. Ehehehe. Apa yang aku nak borakkan.

Tapi aku seronok la. Aku sibuk scrutinize kawan aku yang pernah ada banyak skandal. Updates on other ppl yang kitorang kenal but tak berapa ingat. Seronok jugak. Ada yang dah nak start bisnes tudung bawalnya. cantik-cantik tudungnya. Aku tak beli since aku tak berminat sangat nak pakai tudung bawal.

Aku lapar, tapi bila dah jumpa dengan geng-geng, sure mulut tak berhenti nak berborak. Sorang lagi tak dapat dtg sebab nak keluar dinner dengan husbandnya. Haritu birthday husband dia. Sampai hati dia mendahulukan husband dia daripada kitorang. Husband dia jumpa hari-hari. Kitorang ni bukan senang nak berkumpul pun. ( wink ).

Kawan 1: Macam takder hari lain dia nak pi dinner dengan husband dia.
Aku: Hmm.. Kita takleh nak ubah the fact that birthday husband dia harini. Tapi kita leh ubah tarikh perjumpaan kita ni kan?

Susah nak tetapkan tarikh. Itupun adhoc jer. Takper la. Akhir sekali kitorang berkumpul adalah masa kenduri kawin kawan kitorang. Aku rasa awal tahun ni atau tahun lepas kots. Nak tunggu geng single ni nak kawin tak tau lagi. Jadi kalau tak main redah-redah gini mmg takkan berjumpa la kitorang.

Pelik kan? kitorang duduk sekampung jer pon. Tak lebih daripada 15 km radius. Itu la, bila masing-masing dah ada tanggungjawab masing-masing. :) Anyway, Love u guys.
  • 3
Tahniah.. ahahahaha..
Pencarian yang azab

Mencarinya sungguh azab. 3 kedai kawasan perumahan aku cari. Tak berjumpa juga. Aku rasa misi aku malam tu lagi sukar daripada memulang cincin dalam Lord of the Ring. Tapi aku tekad. Aku nak dapatkan malam itu juga. Itu yang sukarnya jadi aku. Bila aku nak. Aku nak sekarang. Selagi aku daya, aku akan cari.

Precint 9, precint 11 dan precint 8. Ok la, Precint 9 ada jual kat kedai cina tu. Berhabuk-habuk dan dan melangkaui expiry date by weeks.

Aku siap cari dalam 7e in case ada. Ika kata 7e dia ada jual apa yang aku nak tu.

Akhir sekali aku akur. Nak tak nak aku terpaksa ke Alam_anda. Bila aku nampak byk botol tersusun kat rak tu. Aku geram. Aku beli dua botol sekali. Essence Pandan. Kalau anda pengguna tegar Essence pandan. Beli la banyak-banyak. Nama aje putrajaya. Susah benar nak dapat.

Yang buat aku sakit hati adalah bia nama essence ros berlambak-lambak dan bergolek-golekan atas rak kedai. Rasa nak pecahkan aje.

Kuih bakar aku siap juga malam tu. :) Cantik walaupun tanpa bijan menghiasi atasnya. Aku tak suka bijan. Akhirnya aku dah rasmikan oven butterfly aku. Nice.

p/s: Awak, pencarian essence pandan lagi seksa daripada cari kedai jual oven tu. Dah la cari sorang-sorang. Kita marah-marah pon takder sapa nak dengar. (Kecuali ika laa.. ika la pendengar setia. Kebetulan dia call masa aku carik dan tak jumpa di kawasan kedai precint 8). Kuih tu siap dah. Awak amik la karang
  • 0
Tak tergamak

Mama marah bila tau aku dah beli oven cap rama-rama tu. Mama kata minta aje daripada Makcu yang pinjam oven mama tu dua tahun lepas.

Makcu tak pulang-pulang pon oven tu. Dah dua tahun.

Guna pon tak. Tapi aku tak tergamak nak tanya benda yang dua tahun dalam simpanan Makcu.

Aku tahu mama marah juga sebab makcu tak pulangkan barang mama. Dan anak dia yang pokai ni kena beli bende yang mama dah ada.

Aku nak buat kek utk saje-saje. Tak sepenting makcu nak buat tempat teduh lipas dia kat store juga oven cap rama-rama mama.

Kadang-kadang apa yang orang nampak sampah, bagi orang lain adalah permata. Benda yang mampu kita beli, belilah. Kalau tak mampu diam-diamkan saje. :)

Tak la makcu. Orang tak tergamak.
  • 4
Senyuman itu.. Aku punya

Susah. Nak cari tempat yang kita tak pasti.

Satu masa aku penat. Aku jadi grumpy. Nak marah-marah sahaja. Jadi tak sabar. Alhamdulillah tukang driver lagi istiqamah nak menggembira hati aku dari aku sendiri. Sabarnya dia. Thanks. Dia cuma nak aku tersenyum.

Kadang-kadang dah depan mata pon tak nampak juga. Mungkin masa tu kita sibuk pandang benda lain. Sampai terlepas apa yang di depan mata.

Aku dah jumpa kedai yang aku nak pegi tu. Tapi tutup. Nasib la ada lagi satu kedai yang masih buka. Itu pun dah hujung-hujung waktu sahaja.

RM45. I'm a proud owner of Oven Cap Butterfly kaler hitam. Ya, aku bangga. Aku bukan pinjam sapa-sapa pon. Aku tak pinjam oven butterfly tokwan orang lain, walaupun tokwan dia pon dah tak guna oven tu.

Aku punya. Bukan orang lain punya. Dan dia punyai senyuman aku. Terima Kasih Awak.
  • 16
Menyusuri nostalgia pinggan mangguk dan gelas di dapur

Bila kegilaan ini bermula? Aku pun tak pasti. Tapi aku rasa dari aku kecil kot. Menyibuk didapur bila mama dan nenek masak. Tengok nenek buat minyak kelapa sendiri. Masa mama potong-potong kandi kacang yang panas2. Kolang-kaling (buah atap) hijau dan merah dalam balang. Menggentel kuih bom bijan dan campak2 dalam dulang yang ditabur bijan.

Masa tu tak ada tanggungjawab. Mama mulakan dengan arahkan aku tunggu masak lemak pucuk ubi mendidih masa mama nak pi solat. Bukan sahaja tunggu, tapi kene kacau dia supaya tak pecah minyak. Aku merungut2 masa mengacau. Tangan aku lenguh, hati aku sakit. Cepat la mama siap sembahyang. Tak larat nak kacau masak lemak tu. Masak lemak bukan dikacau godek. Cara mama adalah dengan cedok dan tuang kembali dalam periuk. Bila masak lemak hampir mendidih, kecilkan api. Jangan biarkan masak lemak menggelegak dan santan berketul-ketul.

Kalau masak lemak yang pecah minyak, rupa pon tak cantik. Ayah mesti tak berapa lalu nak makan. Bila aku fikir balik, betul la. Takkan nak hidang masak lemak yang begitu pada ayah. Bukan sahaja ayah, aku pon tak selera.

Mama garang. Dulu aku tak suka bila mama menegur cara aku bekerja. Itu salah. Ini salah. Sampai cara aku sapu sampah pon mama tegur. Penyapu tu dibaringkan. Ahhh. Aku bukan robot! Mama akan ajar aku betul cara buat sesuatu. Potong bawang, hiris cili, potong sayur, perah santan. Aku igt masa tu mama cuma nak kerah aku jadi pembantu memasak.

Aku mula masak sendiri masa cuti sekolah akhir tahun darjah 5. Mula dengan masak lemak pucuk ubi, ikan goreng dan sambal belacan. Bagi famili aku its' a complete meal. Bagi ayah aku, its the perfect meal. Ayah aku mmg suka tahap dewa dengan masak lemak + sambal belacan. Masa tu rasa nak memasak tu ada. Lagi-lagi bila tengok ayah makan dengan seleranya. Since aku tau masak lemak pucuk ubi jer. Tiap-tiap hari aku masak bende yang sama. Aku pon suka jugak. Sampai la pucuk ubi kat keliling umah aku tinggal batang dan pucuk ubi kat kebun nenek habis. Tak sempat nak tumbuh, aku tak bagi chance langsung.

Masa sekolah menengah aku duduk asrama. Masa tu zaman pemalas. Masak kene paksa, ye lah. Balik rumah sebulan sekali. Nak kene masuk dapur. Aku nak lepak-lepak dan tengok tv. Anak-anak mama bukan lahir-lahir jadi rajin macam mama. :P

Masa kat Pompey, kene start masak balik. Tahun pertama duduk kat hall. Nak masak pon susah sket. Kalau masak cili boh, mmg satu rumah merana. Kesian si french and and germany tu. Tapi alhamdulillah, dorang selalu tolak ansur.

Bila dah sewa rumah, baru la aku start masak. Aku mula eksperiment, masak pizza, and masak lauk2 bodo jer. Finally, di Margate Rd., Dapur yang luas, ada oven. Aku pula suka nak beli bahan-bahan memasak. Aku bukan masak byk benda. Aku gila buat kek buah masa tengah couple dengan penggemar kek buah. Emon la jadi mangsa aku. Ehehehe.

Walaubagaimanapun, aku tak suka nak buat cookies. Aku hanya akan masak nasi, lauk pauk, pizza dan kek. Kuih muih adalah department emon. Emon akan belek kuih tu satu persatu. Masa emon dok buat biskut. Aku baring-baring atas sofa sambil teman emon berbual. Bila nak habis buat kuih kalau belek kuih tu sebiji-sebiji? Tabik spring aku dengan emon. Lagi satu sebab yang buat aku tak buat kuih atau biskut, aku tak makan sangat kuih-kuih manis nih. Bukan kegemaran aku. Aku suka kuih pedas-pedas jer.

Aku suka rancangan memasak. Terutama Jamie Oliver, Ainsley Harriot, Delia Smith, Nigella dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Bila balik sini, aku dah takder dapur sendiri. Dapur mak aku. The feeling is different. Duit pon tak berapa nak ada lagi. Masak biasa-biasa aje.

Sekarang, kegilaan aku dah bermula. Lalilalala. Bare with me. Next target: Oven Hitam Cap Butterfly. Aku boleh start buat pizza, lasagna dan kek. Yeeehaaaa. Ahad ni pencarian bermula. Wish me luck.

Aku sedar yang memasak bukan sekadar menyediakan makanan untuk dimakan. Tapi dia mengajar aku supaya multi tasking, coordination, disiplin dan passion. Dan apa makna memasak tapi tak cukup dimakan oleh semua orang. Budget makanan dalam kenduri. Nak masak berapa banyak untuk bagi orang makan and so on. Belajar dari pengalaman. Bagi aku, biar mknn berlebih sket (bukan sampai tahap membazir) aku sedih kalau tgk orang cuma cukup-cukup mkn jer.

Akhir sekali, aku ada mama untuk berterima kasih, kerana mama yang train aku menjadi perempuan yang kalau tak pandai pon, boleh memasak. Kepada ayah, kerana kalau bukan ayah yang dok mkn masak lemak aku hari-hari, aku takde motivasi untuk memasak. Rancangan memasak especially Jamie Oliver dan Nigella yang buat cooking so much fun. Semua yang pernah bagi resepi dan berbincang masak dengan aku. Akhir sekali, tukang-tukang rasa yang pernah rasa masakan aku (yang menjadi dan tidak.. ahahaha), kalau rindukan masakan aku. Pepandai la bodek aku masak utk korang.

Seruan aku kepada semua yang tak berapa pandai memasak, jangan risau laaa. Jangan rasa rendah diri. Lepas kawin sure korang terer masak punya. Kepada orang-orang yang terer memasak, good for you dan moh la berkongsi resepi dan tips dengan aku.

Tukang masak dan tukang rasa
Syura
  • 13
Santau

Lemaunya aku nak menulis. Kene santau dengan Creme Caramel. Nak cari the ultimate way to make the perfect creme caramel dengan cara kukus. Jadi aku asyik dok buat creme caramel jer. Aku bukan pemakan creme caramel, tapi aku suka buat since ada jer tukang makannya.

Creme caramel aku dapat puji-pujian masa potluck office tu. Aku bawa dua biji. Nampak comel jer atas pinggan arcopal putih yang aku cilok dari mama. Habis juga. Aku takut orang tak sudi nak makan. Sedih siot.

Sudah-sudah la tu. Asyik buat creme caramel jer. Aku nak try buat masakan lain pula. Sapa nak cadangkan any desert yang menjadi pujaan ramai? Aku nak try. Tetapi kalau melibat proses bakar membakar, aku akan KIV dulu. Aku cuma ada periuk kukus cap kucing jer. Oven cap butterfly kaler hitam tu masih dalam pencarian. Doakan pencarian aku berjaya. Iya, aku miskin. Tak mampu nak beli oven or microwave. Nak barang hebat2. Tunggu lepas kawin la. Minta kat laki aku la karang.

Ada oven akan membuat aku lagi rajin cuba masakan baru. :D
  • 11
Musim Periksa

Tahun ni ada dua orang adik aku yang akan amik periksa besar. Maksud aku peperiksaan yang konon-konon akan tentukan masa depan diorang. SPM & STPM.

Opik akan amik SPM. Dia amik agama + sains. 11 subjek.

Syidah akan amik STPM. Syariah. 4 subjek atau 5 subjek aku tak pasti.

Yang pasti, aku akan doakan kejayaan adik-adik aku. Mama & ayah pon akan sentiasa doakan kejayaan anak-anaknya. Ayah akan solat sunat sepanjang hari peperiksaan adik-adik aku. Mohon dipermudahkan menjawab soalan.

Aku mohon doa daripada pembaca weblog aku (if any), doakan adik-adik aku ek? Doakan yang baik-baik jer. Terima Kasih.
  • 1
Kereta dan Hujan

Kereta aku tak sempat nak dicuci pon sebelum raya. Jadi, aku tak nak bergerak pon dengan kereta aku. Biarlah adik aku dengan kereta barunya dilenjan utk beraya. Aku nak drive pon malas. Lepas balik kampung, aku drive sekali sahaja.

Harini raya ke-6. Ayah basuhkan kereta aku. Hepi la tengok kereta aku kilat-kilat bersih gitu. Tapi yang buat hati aku berderai *bunyi kaca retak pling pling*, masa aku nak keluar pergi ke office tadi. Hujan pon turun dengan hebatnya. Aku pejam mata, masa tukar ke gear reverse nak kuar dari porch rumah. Tak sampai hati tengok kereta aku selepas lalu di becak kaler oren kat tengah laman rumah. Ayah gelak-gelak jer tengok gelagat aku dari tingkap rumah.

Sakit jiwa weih. Dah la basuh kereta 3 bulan sekali. Mungkin lebih dari 3 bulan, I'm not counting. Bila dah basuh jadi begitu pulak. Ayah aku yang basuh pulak tu. Dengan penuh kasih sayang. Or perasaan meluat tengok keta aku kotor gila. Tak kisah la. Asalkan berbasuh. Itu pon aku dah bersyukur sangat2 dah.

Pernah sekali aku pergi ke kedai cuci kereta. Kereta aku kotor sangat-sangat. Tapi India tu reject sebab hari nak hujan. Aku cakap yang aku tak kisah. Asalkan kereta aku berbasuh. Biar la hujan. Daki kat cermin yang buat pandangan aku berbelak-belak tu yang menyakitkan mata dan hati aku. Masa tu aku kisah, sekarang aku tak berapa kisah.

Itu cerita lain, kali ni aku tak kisah pon bercuci ke tidak. Dengan automatik kereta aku bersih. Ayah aku yang basuh. Bila hujan turun. Rasa nak meraung. Huwaaaaaaaaaaa.

Oh oh oh.. Hujan. Redha jer la aku. Lagipun hujan tu adalah rahmat bukan? Bersyukurlah. *sambil lap air mata*

daun: Hujan-hujan gini sedap tido ek?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers