• 0
Promosi Diablog

Sesiapa yang nak copy Banner Diablog. Silapa copy and paste html tag kat bawah nih. Thanks.

Update Malas

Hari terakhir puasa ganti nih. Terbantut kejap. Tinggal sehari jer ni mmg mcm lemau sket. Alhamdulillah. Dont know what happen to pahala puasa since I did a lot of ducking and fishing with Kak Na.

Nida's birthday. Some of the friends planning on celebrating in KL. But i felt so very lazy to drive to KL. I'm lepaking in cyber office. Since i had some official matter to settle, I choose to 'bertapa' in cyber office.

Nak cari banana split. cicah jer eskrem dengan pisang kan? ahahaha. yer laa. Karang bila puasa start lagi ngidam macam2. Nak gi carik mlm nih. Jom!
You Are 50% Boyish and 50% Girlish

You are pretty evenly split down the middle - a total eunuch.
Okay, kidding about the eunuch part. But you do get along with both sexes.
You reject traditional gender roles. However, you don't actively fight them.
You're just you. You don't try to be what people expect you to be.



Your Blog Should Be Purple

You're an expressive, offbeat blogger who tends to write about anything and everything.
You tend to set blogging trends, and you're the most likely to write your own meme or survey.
You are a bit distant though. Your blog is all about you - not what anyone else has to say.
  • 0
Aku gerak balik ke kampung Sabtu malam Ahad. Sebelum balik saje called rumah, kalau-kalau mama and ayah teringin nak mkn apa yang boleh aku beli dalam perjalanan tu. Sebenarnya aku nak tau mama masak apa. Sebab aku lom mkn apa-apa lagi haritu. Ihiks. Ayah cakap tak payah, mama masak seperiuk sup ayam. Bila aku tanya kenapa masak bnyk sangat? Ayah jawab
Mama igt anaknya semua balik harini.
Rasa bersalah siot. Nanti balik aku mkn banyak-banyak.

Rumah aku sunyi jer. Lampu depan yang tak nak menyala tu dah terang benderang. Ayah cakap kene pasang sebelum pukul 7. Kene buat rewiring kots. Mana nak korek buat rewiring tu? Kita fikir nanti-nanti la. Mama and ayah hepi tengok aku balik. Bila tinggal bertiga jer. Sure hepi walaupun aku yang ampeh ni balik.

Its breaking my heart bila aku tengok Nina dok terbaring kat atas tilam sambil mama dok tuam dahinya dengan kain basah. Deng! lemah sungguh aku bila tengok ahli kuage aku sakit. Siries. Aku pandang tempat lain. Tanak tengok Nina lama-lama. Karang menangis pulak. *Masa aku menaip ni pon air mata aku dah bergenang*. Aku urut2 kaki nina. Then kuarkan bar Fruit & Nuts yang aku beli kat Petronas tadi.

Sedih la. Aku tak kisah biar la aku yang sakit. Jangan la ahli kuage aku yang sakit. Masa raya haji tahun lepas mak aku demam. Teruk sangat. Jenis tak lalu makan and mak aku siap susut badan tu. Masa aku masak bubur and hidang kat mak aku. Aku rasa nak nangis jer. Sedih gile la. Bila tengok keadaan mama gitu. Ayah aku mcm patah kandar. Kesian sangat. Aku dok masak untuk raya and dok mengarah adik-adik aku semua. Tak sanggup la. Aku doa banyak-banyak, minta jauhkan sakit yang teruk2 daripada famili aku.

Ahadnya, mama and ayah dah awal-awal siap nak gi Program kat Sekolah Opik kat Gombak tu. Opik nak SPM tahun nih. Buat sembahyang hajat beramai-ramai. Aku kene tunggu rumah jaga Nina yang demam tu. Harini nampak ok sket dah. Dah boleh jalan-jalan. Aku biarkan dia tengok tv puas-puas. Then pi baca buku dalam setengah jam. Then leh teman aku tgk tv sama.

Makcu call. Bagitau yang Nenek semalam muntah-muntah dan pitam. Ada kat rumah sorang-sorang. Sedangkan makcu pi kenduri kat umah adik dia. Ada ka patut dia tinggal jer nenek sorang-sorang. Kurang-kurang tinggal la anak dia sorang kat umah. Makcu minta aku jenguk-jenguk nenek. Aku cakap OK. Dalam nak zohor gerak pi tengok nenek. Yer la. Nanti nenek nak semayang takut jatuh dalam toilet.

Sebelum Melodi, aku dah angkut nina gi umah pakcu. Nina bawak dua buku utk dia baca. Aku cuma bawak handphone. Just in case. Senang jer nak amik hati nenek. Aku urut2 kepala nenek. Urut-urut kaki nenek. Tanya sket sebanyak. Nenek hepi la. Aku cuma baring-baring tengok CSI kat Astro. Cuma satu aku kene tahan. Adalah soalan-soalan nenek. Kalau tgk CSI mana satu mati, kenapa dia mati. Orang tu keje apa? Kenapa dia pakai macam doktor? etc etc. Kadang-kadang aku jawab. Kadang-kadang aku diam. Kadang-kadang aku mengiakan aje.

Nina plak. Lepas habis baca buku. Lepak sama aku tengok CSI. Aku rasa hari aku panjang sangat. Di habiskan menemani dua orang yang tak berapa sihat. Aku sempat balik umah amik nasi impit yang mama masak sebab nenek teringin nak makan. Dalam pukul 6 aku gerak balik umah.

Its a long but fulfilling weekend.
  • 3
Jumaat Blues

Feh! Nasib la aku takder banyak duit to spend. Kalau ada banyak sure aku dah montel bulat. Setiap kali stress aku akan makan.

Bila aku dah pi jauh-jauh ke Menara tapi takder tempat nak gi. Dah habiskan RM4 untuk parking. Nasib baik buleh claim. Dan lalu Highway sungai besi yang melalui McD Drive Thru, KFC and Dunkin Donuts. Hati mana yang tak teruja. Jiwa kacau mana yang tak gembira?. Perut lapar siapa yang tak terasa nak melantak?. Disebabkan tak pandai bajet jalan mana satu masuk ke McD drive thru, aku terlepas. Deng!. Takper ada KFC and Dunkin DOnuts. Aku dah terbayang cheesy wedges and lelehan Custard daripada Bavaria Doughnut. Ish ish ish. Yummyyy.

Nak mkn donut jer ke? Nak mkn KFC? Donut or KFC?? Susah nih. Setelah ditimbang kira. AKu masuk KFC dulu. Tetiba aku tersedar yang aku akn makan sorang-sorang jer. AKu pandang sorang mamat tu mkn sorang-sorang gaks. Tapi dia tgh baca suratkhabar. Orang lainn semua berdua-duaan. Aku kuar pi kat kereta aku. Amik buku yang sepatutnya aku pinjamkan kat Idot tadi. Tak jadi sebab aku bengkek takder tpt nak duduk kat menara. Order X-meal. Jadi aku pon bersantap sesambil baca buku "Can U Keep A Secret" By Sophie Kinsella. Baru la leh cover pemakanan secara solo aku. Jadi bila orang lain tengok aku mkn sorang-sorang. tak la depa rasa aku ni pathetic sangat. Ahahaha.

Bila dah kenyang. Mkn pon secara cepat sket sebab aku kene gi kat site tmnet plak. On d way keluar tu aku sempat membeli Blueberry and Custard Donut. Bukan satu keperluan. Cuma mengikut nafsu aku yang kata
" Nice jugak kalau ada donut sambil menggodek OVSD aku karang".
" Sekarang aku mengantuk rasa nak tido sementara customer aku sumer gi lunch yang panjang di Alamanda. Sesambil sakit mata tengok sorang lelaki yang tak gi Solat Jumaat.
  • 2
Aku tak tau nak tulis apa. Penat aaaa..

Happy Belated Birthday for Ika
Requote

11. Bf adalah orang yang aku suka 100% tanpa berbelah bahagi. Aku takkan pandang orang lain or fikir yang there are somebody better out there.

Yelah. Aku ni jenis setia nak mampus and cinta buta punya. Kalau aku dah sayang/cinta kan seseorang. Memang aku tak pandang orang lain la. Buruk mana la ko. Hensem mana orang lain. Kaya mana orang lain. Aku ni jenis setia. Ehehehe. Bengong kan? Once aku commit, aku takkan tarik balik. Kecuali masa tu something wrong with me. Ahahaha.

Tu jer la kots. Sapa dapat menangi hati aku? Tengok la karang. NB: Aku dah hurts so many times. So bukan senang nak menangi hati aku. You have to fight for it.

Oh lagi satu. Aku tengah belajar nak hidup sendiri. Susah and tak best. Tapi ok.
  • 11
Aiyooo!!

3 hari berfoya-foya bersama Ika, aku dpt tau byk bende ttg aku dan lain-lain juga:

1. Aku tak boleh naik Rollercoaster sebab aku sangat-sangat2 la motion sickness tahap dewata raya. Siya-siya jer trip to Cosmo World. Aku cuma mampu naik dua rides sahaja. Atas Roller coaster aku menjerit all the way (terrified dan bukan enjoying myself). Ika gelak-gelak jer. Macam nak kene tampar jer ika tu. Aku mula dengan ckp Ika bodoh and akhiri dengan Ika bodoh jugak. Sebenarnya aku yang ngok pi naik Rollercoaster sapa suruh???!!!. Aku nak cuma sebab aku tak tau, aku boleh ke idak. Sekarang aku dah tau. Aku tak enjoy rollercoaster. Aku akan alami motion sickness yang amat teruks. Tahap takleh berjalan. Rasa mual mengalahkan orang mengandung. Takleh berdiri. Takleh bercakap. Takleh buat apa-apa kecuali terbaring atas meja McDonalds sambil mengerang utk elakkan isi perut terburai. So Long every theme park/amusement park. I dont find those place amusing.

2. Ika yang nervous akan gelak.

3. Ika memang sayang kat aku. Lagi-lagi bila aku sakit. Ika jaga aku bebaik tau. :P Soft spot Ika ialah orang sakit. :P

4. Ada Dewan dibawah Masjid Putrajaya yang boleh disewa utk kegunaan majlis. Tapi dengan syarat. Tak boleh bersanding dan tak boleh pasang lagu.

5. Aku belajar nak gi Pasarrakyat.

6. Belajar mcm mana nak gi times square.

7. Dapat tau yang Michael Owen dan pindah daripada Liverpool ke mana tah and finally sekarang main untuk Newcastle United. ( Kali terakhir aku amik tau pasal dia adalah 5 or 6 years ago. We share the same birthday. 14 Dec 1979 dan sebab dia cute).

8. Aku ni prone to accident. Siangnya motion sickness and malamnya tersedak mkn Baked Pasta. Sekali lagi buat Ika and friends panic.

9. Belajar nak masak ladna or kungfum daripada Elin

10. Gini rupanya egg tofu tu.

11. Bf adalah orang yang aku suka 100% tanpa berbelah bahagi. Aku takkan pandang orang lain or fikir yang there are somebody better out there.
  • 0
Foya-foya

Aku akan foya-foya sama ika weekend nih.
Ika bawak Nasi Dhal untuk aku. Sayang Auntie Saleha. Muahhsss.
Ika pon sayang aku sebab nak layan mentel aku.
Elin pon sayang aku sebab bagi kain wat baju raya. (Bf pon tak bagi lagi)
Elin double sayang kat aku sebab lukis peta mcm mana nak pi pasarakyat utk amik Ika.
Both my Evil Twin. AHahahaha
Love this Bloody RED.
Daring.
What do you think??!
*wink*
  • 1
Period
  • 2
Asap kereta pun Takut
Kalau dah salah tu, asap kereta aku pon dia takut. Weyy Jantan Keparat WJY 6945. Menggagau kau lari ek bila nampak keta comel aku tu. Mencicit-cicit lari kat Exit Kajang tu. Gembira hati aku tengok cerita kartun lawak pak pandir dipetang-petang Selasa. Jangan lupakan i yeeee??? :P

Oh Bulan
Dengan gembira rasa hatinya aku kuarkan kuih bulan kat housemate aku. Ahahaha <- gelak jahat. Aku potong elok2. Dan aku korek telur masin kat tengah tu. Lagipun tu jer yang aku suka dalam kuih bulan tu. Ahahahaha. Gelak jahat lagi. Aku dpt daripada Idot yang sapa tah letak atas meja dia. Thanks Idot. Muahhss.

Hoya berbaju kurung
Ekcelli tak sabar nak berhoya dengan Ika weekend nih. Nak gi wedding si Ijat. Aku akan lihat Ika memakai baju kurung buat kali pertama. Kan kan kan? Ahahahaha.
  • 3
Naper la Sabtu aku disajikan dengan cerita pompuan yang tah apa-apa tah.

1. Cerekarama "Traffic Light"
Dah la Jehan Miskin tu comel. Pahtu mati plak tu disebabkan oleh pompuan yang tak sedar diri. Dah pernah reject dia kaw-kaw punya. Then sudah termengandung and tergugur dek bf Azli dia tu, mencari balik si Jehan Miskin. Pahtu dah jumpa kat tengah-tengah jalan. Sebab pompuan tu dok nak confront dia. Minta Jehan terima dia balik. Kene langgar kereta (sapa suruh mengkonfrontasi kat tengah jalan?). Tinggalkan bini yang tengah mengandung. Suwey sungguh. Kalau aku jadi bini Jehan, sure aku masuk keta, Pi langgar pompuan tu sampai mati jugak. Baru puas hati.

2. Citer Hindustan apa tah kat tv2 Lakonan, Ajay Devgan, Mahima Chowdry and Amisha Patel.
Aku tengok skip2 jer. Tapi annoying sebab Amisha ni dok tergila-gilakan Ajay. Dulu macam dok cari gaduh dengan Ajay. Biasa la lepas tu jatuh cinta gila-gila plak. Ajay takder respond sebab ada tunang yang kakinya tak baper sihat aaa. Jalan dengket-dengket tapi hati baik mulia. Then Amisha pi confront si Mahima, kata yang Ajay terima dia sebab kesian jer. Sampai Mahima jatuh sakit and tanak dengan Ajay and tanak hidup lagi. Rasa hidupnya menyusahkan semua orang. Pahtu aku tak tengok lagi dah. Tau-tau si Amisha ni dah beranak anak Ajay la kots *macam mana dia get pregnant pon aku tak tau*. But then bunuh diri sebab Ajay tanak jumpa dia and anak dia. Bila Amisha dah mati * sukanya aku sangat2*, rupa-rupanya anak Amisha dengan Ajay di jaga oleh Mahima. Anak tu buat Mahima rasa gembira dan sihat kembali.

Pompuan macam tu pon ada. Maksud aku mcm watak Amisha Patel and Sapa tah dalam drama Traffic Light tu. Hish. Macam depressing aaa. kikikikiki. Aku, ida and ani gelak golek-golek n geleng2 kepala masa tgk citer tu. *Bukan disepanjang cerita. Di certain-certain part jer.*
  • 11
HOME-COOKED MEAL

Aku nak mkn home-cooked meal yang bukan aku masak sendiri. Masakkan la aku apa2 pon. Sadin pon jadi laaa. Aku fedap dah masak sendiri nih.

Sapa nak masakkan mknn untuk aku? Aku akan sayang dia seumur hidup. :P

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers