• 4
Marathon Puasa Ganti,
Tinggal 2 hari je lagi
Doakan esok aku leh bagun pagi
Kene gi main netball
Ahad plak ada kenduri kawin umah boss aku
have a nice weekend
  • 7
Meet Him.

Aku jumpa dia dalam timbunan soft toys aku dalam bekas empat segi bertutup di sudut bilik aku. Rindu siot. Masa aku jumpa dia aku wonder apa nama dia.

Aku belek anak patung aku yang lain. Miki si tikus ala-ala Mickey Mouse yang berbaju merah dab berkebolehan untuk mengeluarkan bunyi sambil menggelekkan pinggangnya.

Aku ambil biri-biri berwarna putih. Nama dia Jali. Tapi Pa bagi nama baru Juling. Melekat sampai sekarang. Aku masih tak ingat apa nama katak hijau yang comel. Aku harap nama dia datang pada aku kejap lagi. Setakat ni aku namakan dia John Doe.

Anak patung yang lain aku tak hirau untuk bagi nama pon. Cuma untuk hiasan jer. Aku cuma bagi nama kepada yang aku sayang. Macam si Boroi hadiah daripada Ina. Bear yang best dan berperut boroi. Dan Faith, si arnab warna beige hadiah daripada Wan.

Tu la last aku ada bende2 nih. Aku tak pernah dpt bear2 lagi. To be frank, aku tak nak la bende2 nih lagi. Makan space la. Bagi bende2 yang praktikal la. Mp3 Player ke. Handphone ke. Periuk nasi ke. Food Processor ke. Microwave Oven ke. Ahaks.

Ok back to the John Doe, lepas aku puas belek2 bende lain pon masih tak dpt nak recall the name. Sampai aku fedap dan lepak2 dalam bilik. Adik-adik aku yang ramai itu, datang plak lepaking bersama aku dalam bilik.

Dengan gembira aku bgtau depa, " tengok, kakak jumpa apa nih? Cute kan? ". Mizah and Syidah terus ber ooooo dan aaaaaa bila nampak John Doe. Semua pakat nak mencabuli John Doe.

Mizah dengan gumbiranya ckp. Orang ingat!!! Nama dia Tajudin!! . Yessssssss. Aku dah ingat nama dia. Tajudin. Ok korang. Meet Tajudin. Dia ada dalam kereta aku skrg. Menemani aku dikala boring. Dia bukan lagi John Doe. Dia adalah Tajudin dengan panggilan manja Taj bersempena nama ahli kumpulan Innuendo Taj yang Ina berbaris 2 kali untuk dapatkan tandatangan dia di Hippodrome, London.

Aku try kiss Tajudin, mana tau jadi putera ke. Tak jadi apa-apa pon? Lenkali imaginasi tu kene kawal sket. Ko bukannya umur 6 tahun. Ahahaha. Tough Luck sungguh.

Kemudian sessi lepaking adik-adik bersambung dengan mengutuk nama anak-anak patung aku yang sungguh kampung. Dulik apa aku. :P
  • 0
AFDLIN SHAUKI'S FANS OUT THERE.. SILA BACA AND RESPOND ACCORDINGLY..

JIKA AWAK MAHUKAN ALBUM FUUYO AFDLIN SHAUKI, email direct kepada saya your full name and address anda ke selambakodok@hotmail.com and write AFDLIN DAH HILANG AKAL! as the subject. Bagitahu saya jika awak nak cd atau cassette. Sebagai ganjarannya saya akan hantar kepada awak album first print limited edition FUUYO melalui POS MALAYSIA, DAN segment ini amat penting... The album album retails for about 35 bucks, tetapi JIKA ANDA SUKA ALBUM TU, AWAK BAYARLAH KEPADA KAMI BERAPA AJA YANG AWAK SUKA!!! JIKA AWAK RASA NILAI ALBUM NI 10 SEN, HANTARLAH 10 sen atau IF YOU FEEL THE ALBUM IS WORTH 25 bucks then send us 25 bucks, or any amount you wantlah basically, and send it kepada kami di dalam bentuk money order or bank draft pada nama dan alamat yang akan kami samakan bersama CD itu.

His Blog

Dia jer artis yang gila gini.. Ehehehe.. I adore his creativity... Bak kata aku.. Poyo tapi aku suka.. ahahaha
  • 2
Kata marah..

Ika kata “redha jer la sy_ura”. What goes around comes around. Aku angguk. Ada betulnya kata-kata Ika tu. Aku pon tak sangka ika boleh kuarkan ayat yang power gitu. Tetiba hati aku lembut. Macam leh terima kenyataan plak kali nih. Dah tak rasa marah. Ehehehe. Aku letak telefon. Rasa macam nak tenang.

Perut aku lapar. Dah malam dah. Aku drive laju-laju. Nak singgah drive thru McD kat Sg Besi tu. Tapi terkurang lajak menuju ke exit mana tah. Nasib baik boleh menuju ke jalan yang benar. Habis double cheese burger tu aku mkn. Alhamdulillah.

Tapi, bila sampai umah malam tadi aku rasa nak nangis. Aku lepaskan pada illustrator. Tak jadi apa. Conteng-conteng bodoh jer. Lepas tu lagi rasa nak marah ada lah. Ahahaa.

Aku tido sambil baca buku deception point. Bila aku penat marah, aku tutup lampu and tido. Bangun tido pagi tadi aku rasa OK.
  • 10
Mama

Mama, orang silap makan apa tah semalam. Lepas lunch orang terus jer bersin-bersin. Mata gatal. Berair-air jer. Macam kartun jepun yang comel-comel tu. Lepas tu orang nak gi tengok Gol n Gincu. Takder sapa nak teman. Orang ajak orang-orang yang takkan berskandal dengan orang jer. Sms si nett dia tak balas pon. Penat orang tunggu Nida online balik. Rupa-rupanya Nida dah 3 tahun tak tengok wayang. Dia tengok teater jer. Aqil plak jem. Bukan dia yang jem. Jalan nak keluar dari office dia yang jem.

Orang pk-pk. Nak ke tengok?. Tak tergamak orang nak tgk Gol n Gincu sorang-sorang. Lagipun ada Mencari Cinta malam nih. Thengaja orang nak tengok. Orang terus gerak balik rumah. Nathib baik thempat balik sblm Full House. Pastu yang best nyer. Housemate orang dah siap masak dah. Alhamdulillah. Seronok jer. Habiskan Full House dulu sesambil tukar ke Mencari Cinta masa iklan.

Orang rasa betul la. Kalau lelaki yang tak biasa buat keje masa kenduri takkan nampak natural. Masa mula-mula mmg buleh la faking it. Tapi bila semua mata memerhati. Sure nampak jugak. Kethian dengan Khaidir. Jangan beria-ia sangat ek lenkali? Bila orang tak suka cara ko. Dorang akan vote ramai-ramai. Waaaa.. Cuba kalau si Khaidir tu berada di tempat teratas dalam hati Elly. Sure sadis. Kalau motif rancangan dah ikut mcm survivor. Mesti orang yang paling terer menikam belakang orang menang.

Aku suka lakonan si Mamat Jawa kerja IT tu. Siap nangis2 sebab tak mampu nak pandang muke Khaidir. Cayalah. Mamat Jawa tu pakai rantai. A very big turn off. Pakai rantai pakai gelang. Orang tak suka banget. Mamat rambut panjang tu aku tak berkenan. Sebab nampak rock sangat. Along kata dia favour Danny and Danial. Orang kata kat Along, mesti terubat rindu along pada Joe Labi sebab Joe Labi ada datang masa kenduri kawin kakak Elly tu. Ahahaha.

Along cadangkan orang masuk Mencari Cinta 2. Orang ckp orang tak layak sebab tak cukup abang-abang and akak-akak. Orang pon tak nak. Jadi buah mulut orang. Nanti keluar la plak gambar orang pakai Spaghetti String masa tgk F1 aritu *ni orang bagi contoh jer*.

Eh! orang tak habis citer pasal orang bersin-bersin tu. Ok. Lepas makan mlm tadi. Orang mkn Antamin. Pil ni pon orang beli sebab haritu orang bersin gegila aaa. Terus berhenti bersin-bersin orang. Tapi orang mengantuk. Orang baring-baring depan tv yang tgh tayang Desperate Housewives tu. Orang pon terlelap. Orang bangun utk beralih tempat jer. Awal orang tido malam tadi. Rasa best plak bangun pagi ni. :D
  • 24
Cinta dan Mencintai

Selama ni, aku ingat aku boleh bersama dengan orang yang cintakan aku. Aku pegang tu as backup system aku. Kalau aku tak dpt cintakan sesiapa. Aku akan end up with somebody yang akan love me unconditionally. Rupa-rupanya apa yang aku sangka, salah sama sekali.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
If there were no words, No way to speak , I would still hear you , If there were no tears , No way to feel inside , I'd still feel for you
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

My wise friend ada bgtau aku. Kalau suka, buruk mana pon perangai dia, kita tetap akan terima, begitu juga sebaliknya. Aku setuju, dulu ex-tunang aku quite garang and buat aku menangis bila menegur salah aku * aku mmg kuat menangis pon and sensitif mcm taik*. Kawal aku pergerakan aku. But aku tetap sayang dia. Terima dia dan sentiasa dpt menerima rasional disebalik perbuatan dia. We are one step closer into marrying each other. Tak ada jodoh. Sayang kan? Yang lalu tu sudah la.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
And even if the sun refused to shine , Even if romance ran out of rhyme , You would still have my heart until the end of time , You're all i need my love my valentine
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

But I wish i'd been more like the other wise friend of mine. Yang boleh sentiasa lihat kekuatan seseorang. i'm not that good la. Aku boleh nampak tapi bila hati tak pada dia. Takkan ada apa yang akan jadi.

Chemistry? Kimia? Sebenarnya bunyinya pelik bila ditranslate ke bahasa melayu. Spark?. Aku tanya kawan aku. Percaya ke dengan chemistry. Dia tak percaya, sebab semua orang yang ada chemistry dengan dia end up being her good friend. Aku percaya pada chemistry. Aku percaya pada spark. Tapi apa hasil chemistry reaction tu dan berapa lama spark tu akan bertahan, terpulang kepada empunya diri.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
All of my life , I have been waiting for , All you give to me , You've opened my eyes , And shown me how to love unselfishly
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila gagal dalam misi aku *dalam kes ni, gagal suka pada seorang yang suka kat aku*, aku rasa depress. Aku tak nak push diri aku lagi. Susah siak nak mencintai seseorang. Believe me. I tried. Apa2 pun, aku nak cintakan orang tu dengan ikhlas. Setulus hati aku. Takper, walaupun orang tu tak romantik, biar akhlaknya baik *aku petik daripada Ustazah dalam kurusus kahwin episod Mencari Cinta tu*. Jangan sampai aku tak dpt tolerate langsung. Bukan aku tak cuba, aku cuba. Sampai satu masa aku give up. Aku tak dpt terima dia seada dirinya. Aku even psycho diri aku. gagal. I felt sorry for him. And i do feel sorry for myself. Bayangkan, its convinience to really have a bf or husband in this age. Aku dah pk panjang. Not with him. Aku rela jadi single woman, rather than messing around with other ppl feeling. Not anymore. Cinta sepatutnya tenang. Bukan paksaan. Atau bukan dibawah tekanan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
I've dreamed of this a thousand times before , But in my dreams i couldn't love you more , I will give you my heart , Until the end of time , You're all i need, my love, my valentine
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku akan tunggu, sampai jumpa orang yang akan sentuh hati aku sebagaimana aku menyentuh hatinya. Aku terima dia seadanya sebagaimana dia menerima aku as aku. Di awang-awangan sungguh. Gelaklah. Aku percaya pada cinta, dan aku mahu menyintai selain daripada dicintai. Doakan aku tabah hadapi semua dugaan hidup.*Perenggan terakhir ni aku tulis dengan senyum simpul yang sangat dreamy nyer diulam dengan lagu Valentine aku*.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
And even if the sun refused to shine , Even if romance ran out of rhyme , You would still have my heart until the end of time , 'cause all i need is you, my valentine , You're all i need, my love, my valentine +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
  • 4
My Valentine Weekend

Bila aku rasa aku tak nak bersosial. Aku akan duduk rumah dengan gembiranya. Berehat dan spending mytime with myself. Tido, baca buku (Elin, aku dah habiskan The Other Woman hang. Sekarang nak start baca Deception Point by Dan Brown), basuh baju, tengok tv, buat facial and what not. Macam takder life. Tapi aku hepi jer. :D.

Tapi last Ahad aku patut aku balik kampung awal pagi tu. Ada kenduri arwah atok sedara selang sebuah rumah di jalan aku. Aku masih lagi baring belum bermandian sambil pegang remote and tukar-tukar channel kat tv. Ada 6 channel. Tapi aku rasa RTM1 aku dah buang dalam list sebab boring nak mampos. Tetiba pencarian channel aku berhenti. Mata aku tertancap kat pompuan melayu yang aku tidak kenali. Menyanyi lagi melayu yang tak femes langsung. Aku ckp tak femes sebab aku tak familiar langsung. Tapi aku terigat yang pompuan ni macam pernah kuar kat melodi.

Dia akan dijemput berduet dengan omputih yang aku tak igt sapa. Ada lelaki omputih yang tengah main piano. Lepas pompuan tu habis nyanyi, lelaki tu ckp something. dia sebut2 Arni. Dan bila lelaki tu start main piano balik. Baru tertera kat skrin tv. Jim Brickman. Mana pernah aku dengar nama ni ek? Shoott! Aku start recall dalam paler otak aku. Sarah Brightman and Jim Brickman. Yang buat lagu paling best dalam dunia. Valentine. Lagu masa aku jiwang-jiwang dulu. Masih belum jumpa orang utk aku share lagu ni bersama. Jadi aku share dengan pembaca weblog aku yang budiman. Love ya.

Aku tepuk2 tangan and jerit sorang2 kat rumah bila Jim ckp yang dia akan mainkan lagu ni. Sweet sangat. Jiwang aku sengsorang. Menyemak jer si Arni tu menyanyi. Tapi takper laa.. sekurangnya leh recall balik lirik lagu nih. Aku letak kat bawah tu.

Ok.. berbalik kepada cerita aku tadi. Aku tunggu sampai konsert tu habis. Mandi dan pulang ke kampung tercinta. Along aku ada sama. Seronok juga. Sekurang2nya tak la sunyi. leh buat lawak2 bodoh dengan Along, Mama, Ayah, Nina, Syidah and mizah yang siap2 nak balik asrama. Mengerjakan project Kemahiran Hidup Mizah.

Valentine

If there were no words
No way to speak
I would still hear you
If there were no tears
No way to feel inside
I'd still feel for you

And even if the sun refused to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart until the end of time
You're all i need my love my valentine

All of my life
I have been waiting for
All you give to me
You've opened my eyes
And shown me how to love unselfishly

I've dreamed of this a thousand times before
But in my dreams i couldn't love you more
I will give you my heart
Until the end of time
You're all i need, my love, my valentine

And even if the sun refused to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart until the end of time
'cause all i need is you, my valentine
You're all i need, my love, my valentine
  • 25
'benda kecil yg buat pankreas hati kita gembira'

Mudah jer nak buat kita gembira. Tak perlu dapat nobel prize. Tak perlu jadi juara juring. Tak perlu menang Lumba Foto. Tak perlu berenang merentasi selat inggeris.

Banyak bende yang boleh buat kita menguntum senyum. Bila kita tersenyum hati kita automatic rasa gembira. Aku nak list-kan sedikit benda yang buat aku, spyz dan amyz gembira.

1. cikdaun: aku gembira bila aku orang senyum kat aku
2. cikdaun: dpt sms daripada kawan lama
3. cikdaun: jumpa duit dalam kocek baju
4. py**zul: dapat tmpt parking di tempat yg selalunya susah dapat parking. ie. i utama
5. da_amyz: makan coklat.
6. cikdaun: nampak bunga yang cantik
7. cikdaun: see an old sweet romantic couple walking and holding hand
8. da_amyz: q pendek kat hypermarket.
9. da_amyz: kena puji ngan boss utk kerja yang sikit.
10. cikdaun: dapat the last copy of something yang kita nak sangat on the supermarket shelf
11. py**zul: dapat duduk tepi tingkap dalam bas ekspress..

Apa yang buat hati anda gembira?
  • 6
Pasta Craving.

Aku dok craving on pasta. Since nak mkn kat luar mahal beno. Aku prefer masak kat rumah. Dengan harga sepinggan pasta kat luar, aku boleh mkn dalam 4 5 orang. Aku tak kisah nak masak. Ada mood, ada masa, aku suka jer layan permintaan orang yang nak bermanja-manja dengan aku.

Tapi bukan bulan ni or bulan depan. Kalau nak masak, bagi la aku duit. Aku akan beli barang, upah masak tu tak payah aaa. SInce aku mmg suka beno nak masak. Ahahahaha.

Ok, harini or esok. Aku nak masak seafood pasta. Calamarie jer la. Udang aku malas nak proses.

Seaffod Pasta Expressway

Bahan-bahan:
1 Bawang besar ( Minced)
3 Bawang putih (Minced - Kalau crushed pon best jugak)
1/2 cawan Susu
1 sudu besar Tepung gandum
4 sudu Butter
Sotong <- proses buang kulit yang berkaler purple tu
English Parsley ( Chopped ) Pls jangan ganti dengan Chinese parley. Rasa dia lain daaa.
Cendawan tiram (carik2 kecik kasi comel)
Your Fav. Pasta <- Spaghetti, Fettucini or apa2 la. Pasta ni tak kisah ko beli mahal ke murah. Kat tesco ke or cap Itali. Kuah tu yang penting. :D

1. Tumis bawang besar and bawang putih
2. Masukkan tepung
3. Masukkan Sotong and Susu. Kacau rata
4. Biar mendidih dalam 10 minit
5. Masukkan cendawan
6. Garam dan Pepper secukup rasa
7. Kalau nak sos lagi pekat. Buat bancuhan tepung + susu. Masukkan dan didihkan sampai mencapai kepekatan yang korang suka
8. Masak pasta dalam air yang diletakkan dengan sedikit garam. Lepas masak toskan
9. Tuang sos atas pasta yang sedap gila tu.
10. Tabur dengan parsley.

Siak jerr.. leley aku. Aku akan singgah midvalley beli pasta banyak2. ahahahahaa.. Hantu pasta. Lalilalali.. Aku tak mkn sangat spaghetti bolognese. Sebab aku rasa spaghetti bolognese mcm murahan jer ( bunyi-bunyi macam tak sedarkan diri). Tapi tu la first pasta yang aku buat. Belajar dari Jamie Oliver. Sekarang aku tak pandang pasta sos tomato. Lupa daratan. Lagi menarik mkn pasta yang kuah putih or tak nampak kuah tapi rasa sedap tak hengat.

Lagi satu yang aku suka. Lasagna. Nak buat leceh sangat. Kene ada oven. Aku microwave pon takder. Apetah lagi oven. :p. One sweet day aku akan buat jugak lasagna nih. Setakat ni main-main dengan pasta jer laa..

Korang plak macam mana? Pasta yang sedap pernah korang makan and kat mana?
  • 2
Skrin kat office wat mata aku stress.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers