• 11
U are wasting my time

Lemah betul bila aku tengok meter minyak aku dah melepasi huruf E. Ada meeting pukul 10. Aku kene mai on time nih. Bila banyak sangat berfikir aku lupa nak berenti di perhentian fav. Aku dari Seremban-KL. Projet Seri petaling. Aku suka la projet. Ada kaunter kat pam. Tak payah aku cat walk ke dalam kedai utk membayar.

Aku terlepas Projet. Jadi aku kene pi kat alternaltif terdekat. Shell yang akan aku lalui sat-sat lagi.

Tau la aku lawa harini. Tapi tak payah la nak make conversation yang panjang-panjang utk menarik perhatian aku.

Pekerja shell tu menggamit aku.
Aku: Pam 2 ek? (hulur rm50)
PS: Berapa?
Aku: ( tunjuk 3 jari )
PS: 3 ringgit?
Aku: 30 ringgit la ( muke dah lain dah)
PS: (jenguk keluar). Kancil ke Kenari?
*Sah-sah dah nampak kereta aku Kelisa kat Pam 2 tu*
Aku: Kelisa laahhhh ( suara dah naik sket )
PS: (sengeh2) Bagi sekeping dapat dua keping ( hulur kat aku)
Aku: Ya ya ya...
Aku buat muke bosan + hangin + u r wasting my time sambil amik baki aku. PS tu sempat buat touch and go kat tangan aku. Suwey betul la.

Aku nampak boss dia. Kalau aku ada masa aku nak jer mengadu pada boss dia. Pekerja awak ni mesra alam sangat. Buang masa saya jer. Tapi aku takder masa utk buat semua tu. Aku terus cat walk ke kereta aku. Isi minyak and blah. Tobat aku nak pi shell tu lagi.

Aku suka pekerja yang helpful. Tapi aku tak suka kalau dia mesra sangat. Annoying sey.

Bila aku tengah mengejar masa. Perkara yang aku tak boleh buat adalah melayan orang-orang bodoh yang nak melengah2kan perjalanan aku. Apa depa igt worth ke aku nak luangkan 30 saat aku utk layan depa?.
  • 1
Macam aku tak dengar bila BF osmet tercinta aku ckp " Kak Syu_ra dah kurus" masa aku balik dari Majlis Makan Malam Dengan Slideshow Gegambar Dari Kecil sampai ke Besar dengan lauk terhad customer aku malam tadi.

Tanpa menoleh kebelakang. Aku ckp " Bukan aku yang kurus. Baji aku yang sempit la Iejam".

" Kalau sempit tak pulak nampak mcm sarung nangka"

Aku gelak-gelak dan terus gelak.

Aku dengar lagi iejam bisik kat ida "Kuat sangat ke iejam ckp?".

Dalam hati aku. Lagi bagus daripada kene tegur. " Dah berapa bulan dah kak??" Oleh junior hang.

p/s: Kalau baju besar takper. Naik berat tak payah risau nak tukar wardrobe. Kalau baju kecik naik berat sket dah tak muat semua baju. Awat nak pakai baju yang muat2 badan??
  • 14
Agaknya bila tak tido malam ni la jadinya. Aku akan merepek-repek.

Dalil-dalil kenapa aku perlukan boifren utk hidup bahagia

1. Aku boleh relaks bila orang tanya "Ko bila lagi?". Security bebbb.. *walaupun tak sure lagi nak kawin dengan dia*
2. Bila birthday for sure ada orang yang akan bagi hadiah. Walaupun takder satu pon kawan-kawan yang igtkan birthday aku
3. Driver utk kemudahan aku pergi kemana2 aku nak
4. Potential husband
5. Ada orang yang akan entertain aku dikala aku kebosanan
6. Companion bila nak jalan pi mana-mana.
7. Ketenangan jiwa. Tak payah pk nak cari boifren. Lagipun aku ni setia.
8. Untuk self confident. Dia akan beri puji-pujian bila aku lawa. Tegur kaler lipstick aku cantik and so on.
9. Pemberi semangat untuk teruskan bende-bende mustahil dan tak masuk akal yang aku nak buat.
10. Akan jadi tempat aku marah-marah dan merajuk-merajuk. For sure dia akan pujuk kaw-kaw punyer la.
11. Dapat apply The rules of index finger : 'Kau salah aku merajuk, aku salah aku juga yang akan merajuk.'
12. Jadi geng pendengar setia bila kita nak mengumpat sapa-sapa yang kita tak suka.
13. Naik tahap: as GF, awek, Awak, buah hati, bakal suri. Juga status: single but unavailable, double, on mobile, in relationship and so on
14. As pomen kereta kita bila keta rosak. Tak payah tukar tayar dan berkotor tangan.
15. Jadi defender (hero) bila abang-abang ko bodoh sangat orang lain buli ko. /dari si Ika/
16. Risky potential investment /rephrase dari Salina/
17. Tahan maki..pabila aku PMS aku bleh maki dia..seksa jiwa dia /edited dari ND/
18. Jeles bila kengkawan aku ada BF / From Butet Lemang /
19. Pasal mak aku dah bagi hint2 bila nak nimang cucu nih / si aqil dot com /
20. pasal jiran sebelah rumah aku yang tak hensem asyik duk ngorat aku dgn muka tak malu * Ni fitnah belaka * / aqil jugak /
21.

Ada sesapa nak tambah?

daun: Tak perlukan bf lagi.. Leceh aaa
  • 3
Kepala aku pening
Dada aku rasa sempit
Aku duduk tegak-tegak
Cuba tarik nafas dalam-dalam
Aku rasa macam tersekat-sekat
Sakit dada aku terasa macam ada yang menghimpit
Kepala aku pening
Kurang oksigen kot
Aku ketuk dada aku ulang-ulang kali
Aku rasa lega
Wow!
  • 3
Takde Mood

"Aku takder mood nak buat kerja"

Aku dah lali dengar ayat tu

Semalam

Kelmarin

Dulu kelmarin

Seminggu lepas

Dan hari-hari sebelumnya

Pun

Kau akan cakap bende yang sama

Esok pon aku sanggup kerat jari kalau kau tak cakap bende yang sama

"Bila sahaja ko ada mood?"
  • 2
Cara-cara nak dapatkan Wilayah Kutu.



Terus dari Sufian Abbas : dubuk-dekaden

Terus dari Neohikayat : NeoHikayat Press

Luar Negara dan Luar Wilayah perseKUTUan : Silverfishbooks

p/s: aku bukan pegawai pemasaran utk Wilayah Kutu. Ehehehe
  • 5
Wilayah Kutu - Personal Review

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bila Wilayah Kutu ni dapat di genggaman aku. Aku suka sangat sampai terkinja-kinja berlari ke kereta aku. Aku double parking, nak buat macam mana kan? Mencabar minda sungguh nak carik parking di Bang_sar nih. Tak sabar aku nak membacanya. Dua tiga kali aku tepuk sampul coklat bertulis Nu_ru* As__ra Tah_reb ( Cik Daun ) yang aku letak kat sebelah driver seat aku.

Cover muka surat Wilayah Kutu ni cantik berkilat. Teringat mcm mana proses nak buat Cover kilat timbul2 macam Novel2 di ALaf21. Anyway, its nice. Reka kulit by Those Amazing Malay Boys! and Illustrasi by May. Lagi kemas daripada himpunan cerpen2 underground by Falsal Tehrani dan Saharil dulu. Memandangkan buku ini di klasifikasikan sebagai (27SX). Aku tak cukup umur lagi untuk baca. Salahkan Sufian Abas yang jual buku pada orang yang tak cukup umur. Dia tak tanya pon no I/C aku masa proses jual beli. ;)



Ok. Back to the book. Aku tak suka puisi. ( Kecuali puisi yang ditulis khas untuk aku). Jadi aku skip those Puisi. My personal Favourites are:

1. Aku Idola Malang
Ditulis ringkas, padat dan memuaskan hati aku. Cerita yang sangat pendek seems so panjang dalam paler otak aku. Damn he's really GOOD.

2. Kamus Hantu
UUUUUuuuUUUUUuuuuuUUUUUUuuuuuUUUUuuuuuu

3. Lupa
Walaupun aku leh baca apa kesudahannya. Aku tetap baca dari awal sampai habis. :D

4. In Memoriam
Sweet in a pelik way.

5. Biodata Penulis
Ahahaha.

Aku bukan pembeli buku. Tapi aku berminat beli buku-buku non mainstream nih. Karya-karya depa buat aku berfikir out of the box. Or kadang-kadang blur. Anyhow,keep it UP. Anak-anak muda dari frinjan.



daun: bak kata aku pada zurie yang menyoal. "Wilayah Kutu tu best tak?" . "best tu terlalu besar. Wilayah Kutu tu INTERESTING & Different." (yang different tu aku baru tambah masa tulis blog ni)
  • 3
Wilayah Kutuk Berahak

Aku akan ambil Wilayah Kutu di Silverfish Books petang karang. Tunggu waktu untuk aku balik jer.

Semalam dah belajar jalan-jalan di Ban_gsar. Senang sahaja.

Hong Leong Bank pon dekat-dekat situ jer. Setelah beberapa sessi email dengan Sufian A., dan setelah membaca review dari TokR, aku lebih berkobar-kobar nak membaca Wilayah Kutu.

Saat Cinta Berputik terpaksa aku tangguhkan dulu. Buku tu aku dapat daripada Lawatan Ke Karangkraf lepas.

Rasanya bila lagi sukar nak dapatkan suatu benda. Lagi berbaloi rasa bila mendapat.

p/s: Ika.. aku dah boleh bawak ko jalan-jalan untuk borong buku kat Silverfish Books.
  • 0
Proses mendapat apa yang ku mahu.
Wilayah Kutu
Ranting yang tinggi
Buahnya Merah
Berbaloi gayut
Bermanis tekak..

Aku dah tak batuk2 ala2 tak tahan gatal tekak dah. Lali dengan rambutan. Tengah tunggu EP nak buat Project Lantak Durian v.1.2

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers