• 11
Sayangnya Laaaaaaa

2 hari lepas aku berulang dari site *Menara Te_lek_om* ke banting. Sengaja je gitu. Balik kampung Ahad petang, takkan malam tu aku nak balik p9 kots. Letis lesu badan. Lagipun bila tengok tv dengan Jiha lagi best. Leh kutuk2 apatah lagi bila tengok Men_tor sama-sama.

Perkara yang aku miss bila aku duduk rumah sewa:
1. cium tangan mama and ayah sblm pi keje
2. cium mama and dicium oleh mama.
3. Mama and ayah tak hantar kat beranda masa pi keje.
4. Buli nina <- buli nina dengan jiha lagi best
5. Berebut channel tv dengan ayah
6. Makan dengan mama ngan ayah
7. Kene marah dengan ayah sebab buli nina
8. Saje nak buat ayah marah sebab buli nina
9. Tegur nina " Nina.. keje rumah dah siap ke lom?"
10. Sebut ayat ni " Nina.. tido laa.. esok ko sekolah" bila nina tanak tido walaupun dah kol 11.
11. Lawak bengong dengan ayah
12. Lawak bodo dengan mama
13. Tengok ayah ngan mama gadoh2 <- gadoh2 manja aaaa
14. the list can go on to the zillion. Aku penat aaa. Duduk kat rumah buat aku rasa disayangi.

Yang buat aku tak larat duduk kat kampung dan menyewa di P9 adalah sebab jauh beno aku nak berulang. Aku salute pada sapa-sapa yang berulang dari rumah parents walaupun jauh. Caya lah!

daun: Syukur sangat masih ada yang sayang.
  • 5
Pohon Manggis Sebatang

Berpagi di sekolah kawan aku. Memandangkan sekolahnya special jadi Open day nya pon special la jugak. Aku siap test menembak aku tak tau pistol apa. Bagi aku sama jer. Interesting experience. Separuh hari jer melayan Open Day sekolah tu. Kawan aku tu pon walk down the memory lane. Aku hepi jer tengok dia jiwang karat gitu. Ahaks.

Ptg tu aku kuatkan diri balik ke kampung. Adoi. Penat gila badan. Tapi seronok bila tengok pokok manggis tu dah masak dah. Cuma yang tak larat adalah nak kait buahnya. Nampaknya kene tebas2 sket lalang tu. :P. Ajak nina temankan proses kait mengait. Tapi aku cuma berjaya kait 6 biji jer. Semua nya aku makan. Yang separa masak pon aku kait jugak. Kes bengang la tu. Yer la. Galah tu pon panjang sejengkal jer. Nak kait buah yang tinggi. Mana nak sampai. Cukup la 6 biji tu.

Rupa-rupanya mama ada simpan manggis untuk aku. Yer la. Mama takkan lupa anak-anak dan menantu dia. Mama tunggu along balik. Tapi along bz outstation. Takper laa. Tak lari manggis dikejar. Memang tak lari. Cuma habis jer. Kalau tak kait siang-siang nanti tupai makan. Masa tak ada pokok manggis. Sibuk nak tanam. Cemburu jer dengan orang lain yang berdusun buah-buahan. Bila dah berbuah pokok nan sebatang tu. Nak mengaitnya tak larat. Dulu aku pelik kenapa la tuan punya pokok tak kait buah-buah tu. Terbiar jer. Sekarang ni baru faham. Nak mengait buah tu pon bukan senang.

Biasanya, nikmat yang tak ada tu mmg diidamkan. Bila dah dpt nikmat tu. Tak pulak bersyukur. Ala, macam pokok rambutan tu. Sekarang nih tak pandang pon. Eksen semacam pulak. Sebenarnya tengah tunggu buah pulasan masak. Tengok tu. Bila pulasan dah masak, bukan nak kait. Ihiks. Tunggu mama jugak kait.

Ye lah. Nanti balik aku kait sket buah manggis tu. Aku perasan yang nak lelaki mama tak berapa terer nak melayan kebun. Agaknya aku kene cari menantu yang rajin mengerjakan kebun yang sekangkang anak kera tu.

daun: EP kata manggis boleh jadi penyejuk durian. Tapi si Ani kata manggis ni pantang dengan durian. Yang mana satu ek?
  • 0
One Fine Saturday

My Bowling tournament went well. Had a gr8 fun. Cuma ada bad karma jer. 5 pin less than the Ladies Best Bowler. Masa tu rasa nak hempuk-hempuk jer diri dengan bola bowling tu. Tak nak mendengar kata. Ehehehe. Better luck next time k?

Then gi try memanah plak. Boleh la tahan. Boleh tahan teruk. :P Bukan nya terer pon. Tapi pengalaman yang menarik. Aku ngan kawan aku ni mcm competitive semacam. Ish. Pressure aaa. Kalau sports apa2 pon sure ada rasa nak menang. Cuma dia tu masih boleh cheer utk aku. Aku plak dalam hati doakan dia screw up. Ahahaha. Sapa kata aku baik? Di akhir-akhir pemanahan, boleh black out plak Summit tu. Bongek kan? Cadangan nak tengok wayang pahtu terus terhenti. Tak faham sungguh.

Malam tu singgah rumah kak pinat. Biasa laa. Buat apa lagi? Mesti la layan Konsert AF. Aku bukannya apa, just seronok hang out dengan Kak Pinat, Najmi dan sapa2 yang nak join the crowd. Hang Buah, Rosh, Nesloice pon datang sama. Kak Pinat masak meehun sup dan moi (bukan french.. Moi bubur bahasa orang utara). Sedap gila. Lengkap semuanya.

Kalau tengok Konsert AF tak kutuk-kutuk mmg tak sah. Lepas ni mmg pakat-pakat belajar mengurut. :P Waaa. Fuad tersingkir. Hepi aku. Sebenarnya mengharapkan penyingkiran Reza. Next week kots. EP datang membawa durian. Jadi kami kenduri durian bersempena meraikan penyingkiran Fuad.

Penat aku belajar mcm mana nak kenal rasa durian. Neslo dan EP geram tengoksa aku mkn durian tak kenal rasa. Rasa-rasa masakan aku terer la. Ni rasa durian. Semua sama jer. Mana yang pahit. Mana yang manis and mana yang lemak. Semuanya rasa durian. Aku ngan Rosh mmg tak reti diajar. :P . Kene belajar 3 4 round lagi aa EP. Jadi EP kene bawak 3 4 round lagi utk kasi aku terer rasa durian. Malam sket Nazmi join. Tapi aku lepas kol 12 aku balik dah. Badan aku penat + sakit2 penangan bowling 4 round and memanah 24 busur. *kiok*

daun: Rasa durian ada satu jer. Rasa sedap.
  • 1
Bowling n Me

Looking forward for tomorrow FSBM Sports Club Bowling Tournament. Tu jer pon sport yang aku pandai main. Kalau lah bowling tu boleh dikategorikan sebagai sport pon.

Ada orang belanja aku bowling semalam. Temankan aku prektis. Dia kalah. Takper. Sebab dia cuma temankan aku. Aku ni tgh training, jadi tak boleh main-main macam dia. Ok la. 2 games pertama aku menang. 128 and 138. Hina sungguh mata aku di games ke tiga. Tak sampai 100 pon rasanya. :P. Alasan penat boleh pakai dak?

Bulan ni, bulan paling banyak aku main bowling. Dalam 6 kali. Separuh daripada jumlah tu ada orang bayarkan. Lagipun main bowling kat *arta, Ban_gi selepas pukul 11 malam mmg murah. Cuma RM2.50 per game. Murah-murah pon kalau fulus tu tiada. Berat jugak nak pergi membowling.

Aku kenal bowling ni pertama kali masa aku belajar dulu. Ingat lagi si Joe yang jadi sifoo aku. Tapi aku mmg mcm ada bakat semula jadi bab baling membaling nih. So it comes naturally. *Menyesal aku tak baling JK dengan buah orange tu tepat2 kene kat dia dulu. Siries menyesal*. Selalu jugak membowling dulu. Ihiks. Tak la pernah menang apa2 pon. Sebab tak cukup terer. Dan kejayaan aku tak konsisten.

Yang tension bila main dengan aku adalah Victory Walk aku. Bila strike or dpt spare. Macam-macam gaya. Sapa yang pernah membowling dengan aku tau la tu (Salina, Neslo, Langsat, Bean, Spyz & TokR. Sekadar mengingati beberapa nama). Moonwalk jer aku tak pernah cuba, tak pandai lagi nak buat.Pasti Tension. Tu aku saje nak saiko the other player. Aku suka jer tengok expression depa. Kalau aku dah main macam haram aku cuma akan gelak. Its just another bowling game. :P

I love bowling. I always do. Belum sampai tahap ada bola bowling sendiri. Tak macam orang tu. :P Nasib baik tak menangis semalam. ;). Thanks. Wish me luck for tomorrow. Kumpulan aku nama De Facto. Harap 2 jantan Rama and Samad tu boleh diharap. Menten 100 lebey sorang pon ok jugak.

GJ? Bila nak buat bowling tournament?
  • 3
Gathering bersempena Hari Weblog Sedunia.

p/s: This Kinda backdated entry. Note that masa gathering ni aku tak aware on the colour scheme. I'm wearing Pink!!!. Wutdahell. Its so Legally Blonde. Ahahaha.

Meriah. Pengalaman Treasure Hunt kali pertama. Attokz berjaya buat aku jatuh cinta. Jatuh cinta pada Treasure Hunt. Kumpulan aku no 010. Nett dan Amyz. Ternyata tak hampeh dan hina seperti yang dijangka. No penalti and got 55 point. Ok la tu kan? For the first timer.

Ramai kawan baru aku jumpa. Aku jarang ikut melan*toot*. Bukan ahli Geng Mak Itam or Geng Kelawa or Casa d Orange. Aku cuma berkumpul dengan GJ yang terdekat sahaja. Geng Putrajaya dan Bangi. Hari Weblog tu buat aku kenal orang2 yang aku pernah baca nick-nya di GJ.

Ice breaker adalah acara Sukaneka. Aku satu group dengan Awin, Tukang Taip Awin, Kak Nis, Imtinani Budak Halus, Kak Ros, Aqildotcom, Khal, Op, Adzlin and Zoulsz dan Cik Nana. Kumpulan 2. Walaupun Kalah teruk dalam acara Telefon Berkarat. We had a good laugh. Kalau tak dpt nak ingat semua. Reka jer la. Tambah sendiri kasi banyak. ;). Baru puas hati. Kelakar jer tengok Attokz yang tak sanggup nak baca apa yang tertulis atas kertas tu. Sebelum baca dah terbelahak. :P Tak popesyenel langsung. Akhirnya menang jugak satu acara. Barisan terpanjang. :P Thanks Cik Nana for the contribution. Dia expert bab2 memanjangkan barisan nih. Tak perlu tanggal bra seperti yang basri Nak utk kumpulan 3.

Aku ingat aku bertuah bila dapat hadiah cabutan bertuah. Rupa2nya ada hadiah lagi besar untuk the later recipient. Benci betul la. Tangan Attokz tadak Ong la. ahaha.. Pen tu pun dah cun la. Daripada tak dpt apa2 mcm Amyz. :o

Makanan banyak, aku bawak sumi jelly jer utk potluck. Ada Laksam si Aqil bawak. Aneka buah-buahan oleh Geng Serdang, kek Batik oleh Nett, Popia oleh Op ( alaaa.. mesti Mulan yang buat. Op plak yang dapat nama.. tak malu sungguh), Brownies by ND and Meehon. Aku spt biasa suka potong buah. Kene la kuarkan skill memotong buah ala-ala Changjin ditemani oleh Azah Hanya Sayang-sayang jer, Benci-benci tanak.

Sebagai peminum air sejuk terhebat zaman nih. Aku menunggu air batu yang di beli oleh Salina dan Ep dengan tak sabarnya. Sampai Op tertekan. Ahahaha. Ingatan utk gathering akan datang, Carefoure tak jual Ice, Beli Ice kat 7-e Precint 9 sebab 7-e Precint 8 simpan stok Air Batu sepeket jer sehari.

Rasanya lepas jer habis upacara, kami tak sempat nak bergambar beramai2 sebab semua dah berpusu-pusu nak balik. Dah pukul 6 lebey pon. Lom semayang Asar semua. Aku rumah dekat takper la kan? :P

Malam tu lepak rumah Kak Pnut tgk AF. Semua orang dah mcm nak koma jer. Penat tapi hepi. AHahhaah. Aku koma mcm tak hengat jer malam tu. Ihiks. Terima Kasih semua atas pengalaman *tulis macam tak pernah gi gathering GJ*. Maaf kalau ada terlaser or terkasar bahasa. Al-maklumlah, aku ni kadang-kadang terjujur sangat. Anggap gurau-gurau penampah seri Hari Weblog Sedunia ek? Ok bebeh. Congrats to Attokz and Op and semua warga kerja Hari Weblog Sedunia. :D
  • 3
Sakit Jiwa


Menonton French Movie sorang-sorang buat aku depress semacam. Bukan sebab menonton seorang diri. Tapi ceritanya buat aku depress. About love and struggle to fight Alzheimer. Sadis. I dont recommend ppl to watch it. It sucks. Ahahaha. Aku nak menonton Les Choristes tapi aku tak sanggup nak menunggu sampai kol 9.30 malam sorang2 kat Midvalley tu. Jadi aku settle down with 'Try To Remember'.

Citernya sedih. Tapi penat la. Kalau lain kali aku nak tengok International Movie nih, kena baca sarikata jer. Tak payah nak pk makna perkataan dah. Dan hayati jer cerita. Itu peringatan untuk aku. Lakonannya brilliant. Aku jer yang bengong. Lagi satu, kalau nak tengok wayang sorang-sorang, tengok cerita yang gembira. Kalau tengok cerita yang depress, akan buat kau lagi depress bila kuar dari panggung sorang-sorang. Couple sebelah aku keluar ditengh cerita. Menyesal barangkali.

Malam bengong aku tu di top up dengan kebangangan dua orang pemandu motorsikal yang bangang buat kona baring himpit keta aku dari kiri dan kanan. Sial jer kan? Nyaris aku nak langgar depa dua. Aku cuma sempat hon jer. Mmg dalam hati aku memaki jer. Laju plak tu. Then buat mcm takder apa yang jadi. Shit la.

Aku punya la geram. Aku call kawan aku tu. Siap nangis2 lagi. Aku kalau betul2 marah memang la akan menangis. Kalau aku setakat jerit2 jer tu tak la effect apa pun. Maknanya aku tak marah sangat. :D. Selepas sudah melepas geram pada kawan aku tu. Aku plak melepas geram pada burger. Lepas makan burger marah aku hilang. Hmm.. sedap. Aku beli dua. Satu makan dalam keta dan satu mkn kat rumah. Iye, aku mampu makan dua biji burger. ;)

Aku bukan tak suka pemandu motorsikal. Tapi kalau memandu suka2 hati sahaja memang buat aku hangin. Aku tau la korang boleh buat stunt2 atas jalan. Kalau bahayakan diri korang jer takper. Nak tergolek mampos pon aku tak peduli. Tapi jangan la sampai bahayakan orang lain. Lagi2 kereta aku. Kalau ko langgar aku pon aku bayar kat ko. Kalau aku langgar ko lagi la aku kene bayar. Paling kurang pon duit ubat. Apa2 pun aku jugak yang kene bayar. Ceh!
  • 4
Gambar2 dari phone kokak ku. :D >> Sini <<
  • 4
Another Benchmark for me

180 with 4 strikes in a row. Worth every db of voice I lost. How can you resist screaming like hell?. Toodle. have a nice weekend everyone.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers