• 2
Sakit tekak

Tak sedap langsung. Tapi mana ada ubat yang sedap? Tekak aku sakit. Dari semalam. Aku tau yang aku akan demam esoknya kalau aku tak jaga betul2. Yeah. Demam nak datang. Ala, bukan ada tempat nak bermanja pon. Bila aku mengadu, aku nak orang dengar and simpati la berlebih kurang. Aku cuma nak bercerita. Jangan la memadankan muka aku. Kecik ati aku karang. Mental sungguh.

Semalam aku pasang kipas di calit 2 sahaja. Bagi kipas tu menggeleng kiri kanan. Aku baring di lembung kiri. Mengadap lampu tidur aku. Bila nak lelap mata, ada panggilan dari orang tu. Sempat mengadu lebih kurang. Rakan serumah aku ada kerahan tenaga malam nih. Lebih kurang pukul 2 pon depa belum balik lagi. Tiada siapa lagi yang sudah mendengar aduan aku. Jadi orang tu yang kena dengar. Tak nak dengar pon kena jugak.

Sempat jugak dengar orang tu membebel. Aku buat dengar tak dengar sahaja. Iyekan sahaja lah. Kita nak orang dengar masa kita membebel, kite kene la dengar orang lain membebel sekali sekala. Give and take katanya.

Lepas je orang tu letak telefon. Sebenarnya aku yang letak telefon. Orang tu tak pernah letak telefon dulu kecuali bila habis kredit. Aku pon tak tahu kenapa. Mengantuk aku hampir2 hilang. Aku ambil buku "Are You Afraid of the Dark" by Sidney Sheldon. Bukan buku aku. Kawan aku pinjamkan. Aku pula sekarang ni mmg memerlukan sesuatu utk aku baca sebelum tidur. Untuk mengelakkan aku berfikir yang bukan-bukan. Dr Fadilah Khamsah kata, jangan berfikir sebelum tidur. Nanti otak kita berkerja. Bila otak kita berkerja. Kita susah nak lelapkan mata.

Aku baru baca satu chapter, mata aku dah nak terpejam. Cerita tu bosan dan satu chapter cuma mengandungi 4 muka sahaja. Aku beralih posisi. Kali ni mengadap dinding. Aku tinggikan bantal. Tekak aku masih sakit. Nafas aku ada 5% ala-ala Darth Vader. Aku baca bismillah. Aku pejam mata sambil peluk bantal yang aku rasa selesa sangat. Tidur aku tak terganggu malam tadi.

Cuma pagi ini aku bangun dengan tekak sakit yang sakit dan berkahak. Dilegakan oleh 4 biji Fisherman Friends Perasa Apple dan Cinnamon. Yulks. Aku ada banyak lagi nih. Sapa sakit tekak dan nak bersuara mendayu memanggil mamak jual roti naik motor dari 15 km radius. Mintak sama aku. Suara aku masih lagi serak-serak basah masa aku berduet dengan Zahid lagi Woo! dalam kereta tadi.
  • 0
Ni lagi satu bende mengarut. Sapa leh fullfil these criteria. Aku akan letak dalam list menunggu aku. Ahahaha..












The Keys to Your Heart



You are attracted to those who are unbridled, untrammeled, and free.

In love, you feel the most alive when your lover is creative and never lets you feel bored.

You'd like to your lover to think you are stylish and alluring.

You would be forced to break up with someone who was emotional, moody, and difficult to please.

Your ideal relationship is lasting. You want a relationship that looks to the future... one you can grow with.

Your risk of cheating is low. Even if you're tempted, you'd try hard not to do it.

You think of marriage something you've always wanted... though you haven't really thought about it.

In this moment, you think of love as commitment. Love only works when both people are totally devoted.


Yeaaaaa.. sekali lagi.. 60% Normal is quiet normail aint it? Where the hell the rest of 40% go?





You Are 60% Normal

(Really Normal)









Otherwise known as the normal amount of normal

You're like most people most of the time

But you've got those quirks that make you endearing

You're unique, yes... but not frighteningly so!


Lupi takder keje and bagi aku ni. Aku dapat sama dengan dia. Ahahaha.





Your Inner European is Irish!






Sprited and boisterous!
You drink everyone under the table.


  • 1
Star Wars malam ini

Aku bukan kipas Star Wars. Bila ada orang tu berhajat nak jadika aku escort utk menonton Star Wars harini, jadi aku usahakan utk buat homework. Bermula dengan melihat booth kat lower ground menara nih yang menawarkan muat turun logo , nada dering dan tema telefon bimbit berkisarkan Star Wars. Aku ambil brosurnya tetapi menolak dengan senyuman paling manis. " I'm not a fan".

Kali kedua, aku meononton the making of Star Wars di ntv7. Kemudian menonton StarWars ep.2 yang ditayangkan di ntv7 pada malam sabtu sambil menukar-nukar channel ke tv3 dan 8tv. Aku tak sedar pon yang ianya sudah berakhir. Sms dari Sabah juga membuat aku kadang-kadang hilang tumpuan pada Star Wars yang ditayangkan. Cuma aku perasan Anakin tak hensem dan Padme tu lawa dengan rambut bunjut Croissant di kiri dan kanan wajahnya.

Sekali lagi aku pelik bila si Rafthah menonton ep.3 sekali lagi di wayang. Sedangkan aku tak tengok sekali pon. Jadi aku umpan Rafthah utk bercerita dari awal sambil habis. Rafthah siap beritau dimana part yang sedih dan aku harus sediakan tisu since aku ni ratu air mata juga. Terima kasih buat Rafthah yang telah menaikkan semangat aku utk menonton Star Wars. Rafthah juga sudah jadi sedikit fanat. Dia nak meminjam 3 episod terakhir untuk di khatamkan di hari minggu akan datang. Silap-silap cik Rafthah akan membeli semua DVD Star Wars sebagai koleksi pula. Jangan pula tido dengan berpakaian Jedi sambil memeluk Light Saber sudah lah.

Berbalik kepada cerita Star Wars saya. Ptg semalam orang tu call, utk confirmkan kehadiran aku sebagai escort. Aku bersetuju setelah suntikan semangat daripada cik Rafthah. Sekarang tiket sudah pun dibeli. (Guna duit orang tu, bukan duit aku yang pastinya. Kerana aku masih lagi menunggu gaji aku lagi. Hidup kais pagi makan pagi sahaja sekarang). Aku tak sabar pula nak pergi menonton Star Wars. Kena balik awal nieh. Yeah yeah. Terima kasih kat orang tu.

Aku masih bukan kipas Star Wars. Tapi aku akan menontonnya malam ini.
Kucing aku update blog..

Fantasi Cinta - Kahfi <- betul ke ni?

Dulu kita angankan cinta sehebat kisah lagenda
Aku laksamana engkau puteri di gunung kita bersemadi
Kau aku cinta itulah kata terakhir buat diriku
Jiwa gelisah kita terpisah akan aku tebus dirimu

Chorus
Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Mereka bilang cintakan hilang sebelum kau temu yang baru
Jika tu benar tak terciptalah puisi ini untuk dirimu
Kau pejam mata fantasi cinta guna mata ketigamu
Aku pimpinmu terbang ke sana tuju istana rahsia

Chorus
Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Bridge
Hulurkan tanganmu jika kau terjatuh
Ku di sini untukmu… (ku di sini untukmu)
Kau bersedialah untuk menerima
Cinta yang takkan luntur…

Solo

Chorus
Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

(ulang chorus)

cilok dari Ezwanie
  • 3
Entry yang bagai ular kena palu

Isnin ni wesak. Aku tak sedar sampaila si KZ bagitau aku semalam. Ignorance sungguh si daun nih. Ooo. Kalau cuti sampai Isnin. Memang jatuh hukum wajib untuk aku balik kampung. Ada bowling ek? Hmm.. Kene rujuk menteri kewangan. Budget untuk berfoya-foya telah dipotong sebanyak 85% pada bulan ini. Mungkin tak dapat join.

Wajib balik. Road tax dan Insurance sudah di bereskan. Jadi aku boleh balik kampung dengan selamat. Kalau belum di bereskan pon mungkin aku akan lenjan balik jugak. Takkan aku nak tinggal di rumah seorang diri. Dua orang housemate aku nak pi ke Pulau Khinzir Besar.

Aku suka duduk rumah di Putrajaya kalau aku rasa malas sangat. Aku cuma leh bangun untuk pergi ke toilet, solat dan mandi. Kalau tak lapar tak payah nak masak. Aku boleh mengadap laptop dan godeh Photoshop dari celik pejam celik pejam celik dan pejam * Aku tido diantaranya*. Esok pagi aku bangun. Menyesal bila tak buat apa2 yang productif pon. Jadi aku memilih untuk menjadi produktif. Aku akan balik kampung. Boleh juga buat begitu tapi diantaranya boleh petik mangga mudah dan cicah dengan kicap. Harrass Nina. Borak dan buat lawak bodoh dengan mama and ayah. Dan lain-lain.

Oh! Isnin ni cuti rupa-rupanya. Kene balik kampung.
  • 0
Bukan Mentor

Ini bukan rancangan Buluh Betong - Buluh Rebung si Bukunota. Aku cuma tolong up-kan blog akak ni. Design pon aku cilok dari Ravasthi. Tetapi aku harap jenguk-jenguk la blog Elise ni. Tak la aku ngan si Ika jer yang lepak sana.
Kau kejar.. Aku biarkan
Aku akan biarkan Dia mengejar aku kembali. :)
  • 0
Alhamdulillah

Aku senyum dah. Alhamdulillah setel dah. Cuma nak tangani lain-lain hal jer. Alhamdulilllah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku suka juga bila station di area Midvalley Megamall nih. Office dia ada tea lady. So pagi dan petang ada la yang membuatkan milo dan teh o. Alhamdulillah. Jemput sama. :) Aku bawak biskut sayur untuk di cicah dengan teh o panas yang makcik buat. Teh nya sedang manis. Cicah biskut tu selama dua saat dalam air teh. Angkat dan masukkan kedalam mulut. Nikmatnya tak terhingga. Kemudian hirup teh sedikit. Best gila la. Aku kedengaran seperti obses dengan teh makcik tu. Bukan dengan teh makcik tu. Cuma dengan nikmat mkn biskut cicah teh disaat perut mulai lapar.



daun: Nikmat tu dirasai hanya bila kita mendamba.
When we play it cool.
It will come to us.
By then we just smile.
And go with the flow.
  • 0
Kalau ada yang rindu aku (aku bilang kalau).. pi tengok kat sini
1 sweet lie can make a very big different.
  • 0
Masaalah

Bila aku ada masaalah, aku akan bermimpi ngeri. Bulan ni aku akan terus bermimpi ngeri. Ya Allah.. cepatlah bulan hadapan. Aku tak sanggup lagi nak hadapi mimpi ngeri nih.

Kadang-kadang aku biarkan sahaja masaalah aku. Kadang-kadang aku dok terfikir-fikir cara mana nak menyelesaikannya sampai makan tak lalu, tapi tidur terbongkang. Kadang-kadang aku just stay ignorance of the fact that aku ni bermasaalah besar. Aku senyum. Ketawa. Tengok tv. Baca buku. Kadang-kadang aku jadi loner. Tak mahu jumpa sesapa. Duduk kat rumah. Kadang-kadang aku jadi hyper. Kemas rumah, bangun awal, masak, cuci baju. Kadang-kadang aku rasa aku tanak bangun dari tidur aku. Biar la aku tidur, tak payah bangun lagi.

Apa-apa pun. Aku kene hadapinya. Aku senyum lagi.

Hari ni aku akan cuba selesaikannya. It's a workaround. InsyaAllah. Stay calm daun.

daun: Hati yang berkarat dicuci dengan membaca Al-Quran
  • 0
Ronggeng-ronggeng sampai demam..
Ahaks..
  • 0
iyee.. aku tak nak main2 lagi..
Aku pon penat jugak..
Bila aku tanya ika..
Ika kata
sampai bila aku nak sendiri2..
aku baca lagi..
kalau fikir2..
aku dah penat berdua2..
aku nak sendiri2 kejap..
tapi bila sendiri2..
rasa nak berdua2 plak..
ahahaha..
mana satu yang aku nak nih?
  • 0
He quite attentive..
"Awak ok. Suka gelak. Suka terus terang. Sensitif and sentimental. Manja kots. Ahaks."
  • 0
Lepas smlm.. aku rasa lega

..

Pagi ni aku dpt stomach cramp.. Nak duduk pon tak larat...
adeiihhhh
  • 0
Tentang Kenduri

I'm ignoring him throughout the weekend.

Kenduri dirumah dua pupu aku. Satu kereta dengan Along, Kak Nita dan Nenek. Serombongan dengan Pak Nagh, Mak Ngah, Kembar Ana n Ura, Fazlin, Ayong dan the cute and calm Irfan.

Serba hijau. Ni kenduri kahwin pertama belah Arwah Atuk Kamil. Jadi semua pakcik makcik sepupu ayah bersungguh-sungguh menjayakannya. Seronok jugak. Nenek rasa macam tak nak balik. Kak Nita dah rimas. Orang tgh 'membawa', biasa la gitu. Aku peluk nenek dan cakap "Tak per ye nek? Nanti kenduri orang kita jemput semua2 orang". Ahaks. Being sarcastic with Nenek. I dont think she understand.

daun: Bila orang tanya "Ko bila?". Jawab aku "Bila-bila".

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers