• 0
Changjin Beloved

Setelah menangis2 pada Jumaat lepas. Huuwaaaaa.. Sadis menyentuh hati bila aku tgk episod tu. Tak sabar nak tgk final episode pada arini. Yeah yeah. Beban aku habis dah. Dah! takmo lagi tgk citer bersini cenggini. Karang tak jadi keja. Tak jadi dating. Tak jadi ronggeng. Sukar untuk aku menjalan extra curricular activity selepas waktu keja.

Kepada semua penonton setia Changjin. Enjoy the last episode. Jadikan ketabahan Changjin utk kita teruskan hidup nih. Women Rules!!.. Kepad kaum lelaki, jangan takut dengan Iron Lady mcm aku Changjin. Iron Lady pon ada hati dan perasaan. Masih mampu nak menyayangi orang lain selain daripada kerjaya. Ahahaha. *Hensemnya Pegawai Min tu*

Daun: Suka tengok kulit Changjin yang halus mulus putih melepak dan gebu mcm pakai SKII
Jodoh

Aku belajar lagi. Jangan sebut tak suka apa2 dah. Mampus semuanya aku dapat. Tak suka tentera <- yang ni aku tak nak komen. Tak suka nak berkawin dengan orang kelantan. Aku siap bertunang dan putus tunang ngan orang Kelantan. Tak nak kawin dengan orang kampung sendiri. Dah mak aku usha orang kampung aku dah. Never say never anymore.

Lokasi: Dapor kat kg aku.
Situasi: Daun tgh potong tomato. Mak daun baru balik dari kenduri kawin.

Mak Daun: *nama manja daun*, ko kenal Sa**eh tak?
Daun: Sa**eh? kenal kot. Sebaya orang ek?
Mak Daun: A'ah. Bagus la kalau ko kenal.
Daun: Naper ma? Orang tak la kenal sangat. Sebab last time orang kenal dia, masa sekolah rendah dulu
Mak Daun: Tadi mama jumpa kakak dia. Pahtu nampak dia. Mama pon tanya la, "sapa tu?". Kakak dia kata adik bongsu dia. Dah 26 tapi tak gopren lagi. Keje kat Bank. Kakak dia kata " Kalau akak ada anak yang available, boleh la kak". *Mak aku sengeh*
Daun: Habis tu? *buat2 tak paham*
Mak Daun: Tak la, kalau ko kenal bagus la. Ok la tu * Sambil promo si Sa**eh dengan kereta dan mcm2 lagi*
Daun: Maaa.. Tolong la ma. Orang tanak la ngan org kg jugak.*degil*
Mak Daun: Ko tu dah 26. Ko nak tunggu apa lagi?
Daun: Maa.. orang baru 26 la ma. Cucu, Along dah bagi. Mama nak apa dari orang?
Mak Daun: *Start membebel pasal umur aku yg muda remaja. Dengan memberi contoh pada berapa kawan aku yang lain. Yang dah beranak pinak. Mama ni kena peer pressure gaknya*

Bagi aku, aku masih muda lagi laa. Sekarang dah 2005. Kalau muda bonus laa. Kalau tak berkahwin pada umur biasa (baca: 25 kebawah), dah hampir normal la tu. :D. Aku tak nak terburu2. Involved dengan orang orang yang aku takder feel. Orang kampung aku mcm ada mental picture on how my family would be. Ayah and mama mmg baik la. Anak2 belajar pandai. Tapi aku ni jahat sket. Ahahaha. Kalau depan mak ayah depa aku mmg la dok senyum ayu ala2 menantu idaman. Tapi aku prefer anak dia kenal aku betul2. Betapa bengongnya berkawan dengan cikdaun ni haaa. Baru la pilih untuk suka or benci aku. Ahahaha

Bagi aku, kalau dah jodoh, bf orang pon leh jadi kita punya. Kalau takder jodoh, Bertunang pon putus. Dah kawin pon bercerai. Just percaya dengan apa yang ditentukan oleh Allah kepada kita. Jodoh jangan ditunggu. Apa yang ditunggu, kalau tak dapat akan membawa kekecewaan. Kalau dicari sangat,kalau tak jumpa. Akan membawa resah. Hidup dalam kecewa dan gundah, tak bahagia. Senyum la. And live your life. Happiness not equal to be married only. :P I am happily single.

Daun: Tunjuk gambar Rama kat ayah as a backup system just in case. ;)
  • 0
Sambal tempe dan Jawa

Sempat juga aku masak tempe and bilis goreng sambal. Heaven la. Ani si orang 'ganu yang tak makan tempe pon dah terkena penangan tempe. I'm proud to be Jawa. Cuma cakap jawa jer yang tak fluent. Silap2 kena belasah sebab percubaan bercakap jawa dengan buruknya. Mcm mana nak menerapkan semangat jawa dalam susur galur aku?. Kemungkinan untuk aku berkahwin dengan orang jawa pon mcm tipis jer. *Aku tak nak kawin dengan orang kampung aku. Dan lelaki2 yang aku jumpa bukan berketurunan jawa*. Ahahaha. Takper. Sket2. Eh! Aku cuma nak tulis ttg aku masak sambal tempe. *baca: Aku ni pandai masak. Untung sapa yang dapat aku nih. ahahahaha*

Daun: Makan nasi berlaukkan sambal tempe & bilis, telur dadar dan kobis masak bening sambil tengok Changjin.

Kepulangan

Kepulangannya dinanti. Walauapapun, aku akan pi jugak KLIA pada Sabtu ni. Ina, I'll join you. Confirm.

Daun: Rindu
I dont care

Aku rimas dengan orang-orang yang being 'needy' with me. Lagi berkaitan dengan call n sms nih. Aku ni pengguna prepaid since aku tak pandai nak membajetkan diri dengan call dan sms. So, kalau aku tak reply sms or call tu. Pepaham la kan? Dah la nak something urgent dengan kite. Kita plak kena terhegeh2 dengan dia. Call la kalau urgent sangat. Bila aku sms somebody, ya, aku harap orang tu reply balik. Tapi kalau orang tak reply. Aku tak la marah2. And hantar sms emotaik. Yes, this entry is for u, Mr Z***i R***b. I dont care la about your claim. Kalau nak sangat letak alamat tipu pon. Reka jer la sendiri. Jangan nak marah2 plak. I'm not kerek with my address in Putrajaya. Just i dont have the credit to reply u or anybody else. Stop being needy with me. Dpt plak alamat daripada kawan awak yang lain. I'm done marah2 for now. Kalau awak nak berkawan lagi la dengan kite. Berpada2 la. I'm just your ex-tunang. Ok, now I remember why I used to hate u. You need to learn to be more patient with your friends. *Full stop*

Daun: Sekarang dah ada tempat pelepas marah
  • 0
Nekad!!

Basuh baju and tengok Changjin. Masak sambal tempe ikan bilis upon Ani request. Sempat ke ni?

Daun: Penat tawaf Pasar Malam BBB
Of Ina and Bowling

My Ina telefon. Bertanya khabar berita. Khabar aku biasa2 sahaja. Ina dah terkena sampuk hantu bowling. Seronok dengar. Sebab selama ni aku jer yang main bowling. Masa belajar dulu, aku and noer jer main. Emon kalau dah kena paksa baru main. Ina jadi cheerleader. Sekarang dah tau, yang abang adi pon nak bermain bowling. Lenkali leh buat skuad bowling aa.. Aku tepuk tangan lompat2 bila ina bgtau yang dia berjaya jatuhkan 3 pin. Dan akhirnya score lebih dari 10 mata. Sayang Ina. Lenkali.. kita pi main sama2 k?

Ina dok puji2 kat gezbuk. Rasa kembang la plak. Ahahaha. Sebenarnya Ina tgh describe semua gang Margate Rd.. Herself, Emon and Noer sama. Korang, Noer kim salam. Dia jadi perentas desa dah. Siap join koir maktab lagi. She missed us. Bz sangat kat maktab sekarang nih. Bila cuti panjang, kita ronggeng sama2 k?
  • 0
Reason

Things Happened For A Reason a quote from a friend of mine. Dalam alimnistic way, its really much explained the quote " Ada hikmah disebalik berlakunya semua perkara". I keep repeating it to myself over and over again. Daun dont crack. ;)
:)

Aku masih mencari2, apa yang aku mahukan..
Aku mahu kau, atau aku mahu diri aku sendiri..
Soal hati pon kena pakai otak jugak kan?
  • 0
Kedai gelas besar, Serdang

Apa yg kitorang buat??
1. Susun atur hidup blogger yang aku tak kenal.
2. Membincangkan kereta Kelisa special edition.
3. Membincangkan harga hp baru Langsat.
4. Usha couple yang parking keta sebelah meja kami. Husband dia cute dan wife dia petite.
5. Macm mana rupa Op dan mcm mana nak pakai misai <- ni kena tanya Sal mcm mana
6. Melihat dr haiwan dan ahli kimia yg takut dengan jarum kecik. *saiz dua2 orang tu lagi besar daripada jarum tu*

et cetera .. et cetera

Ahli Panel: Dobot, Diman, Langsat, Salina, Archiq & Neslo. Put on your misai and you are ready to go. :P ( Sal, ko kena sabar jer la)
Langsat.. Ni gambar2 ala *toot* ko ngan aku di Alamanda,




Aku lagu suka gambar dari cameraphone ko.. Yer laa.. mahal punya.. :P
Musang berbulu ayam. Tetap musang juga.




Your Brain is 53.33% Female, 46.67% Male



Your brain is a healthy mix of male and female

You are both sensitive and savvy

Rational and reasonable, you tend to keep level headed

But you also tend to wear your heart on your sleeve


  • 0
Meeting with akzam. We talked for hours. Ampehs. Belajar jalan ke IKEA memalui laluan alternaltif. Pegi jalan lain. Balik jalan lain. ;). Thanks Akzam. For the nice lunch and a good conversation. Regards to your cute lil' sister.

Sempat melepak di rumah kak Pnut (lagi??). Jadi supplier burger pada Purbe, Matjan, Pasangan Pnut and Nazmi. Walaupun aku kena bangun 'awal' esoknya. Aku lepak juga sampai kol 2 kat situ. Habis cerekarama yg jalan ceritanya aku tak gemari. Dan Phenomenon yang abang meor pernah tonton diwayang dalam keadaan mendongak 90 degrees elevation. Then aku koma dalam kepenatan tahap cipan.
  • 0
Date dengan Adik

Sabtu ni aku ada date dgn ak7am. Adik manja aku sorang nih dah lama aku tak jumpa. Walaupun dok dekat jer. Dulu JK jaki gile aku baik dengan dia. Mcm la aku nak buat si akzam ni as backup system. Aku ni setia pada yang satu jer. Menyesal aku setia masa tu. Aku setia pon dia kata aku bukan2 kat orang lain. Siot jer. What the hell are u thinking. What an example for your children that is? Bukan nak kata. Tapi perangai anak lelaki akan mengikut perangai bapak dia. Kalau bapak dia mcm siot. Anak dia pon lebey kurang jer karang. Eh! naper aku marah2 ni? Aku salahkan pada PMS. Tak pasal2 jer.

Date tak jadi

CNY hari tu ada satu date tak kesampaian. So close yet so far. takper la ek? Next time.


daun: Low maintenance. Kat mamak pon still a date jugak kan?
  • 0
Comfirm, Sabtu ni aku ada date.
Ehehehe
Trend blog dolu-dolu

Setelah menggodek2 geocities webhosting aku dulu. Aku nampak beberapa benda yang menarik. Ahahaha. Masa memula online jurnal ni dikenali.. which was on 99 onwards. Tak ramai sangat. Lagipun takder Geng Jurnal masa tu. Trend masa tu adalah banner. Some are animated and some are not.

Size banner ni adalah 88x31 pixel. So kitorang akan bertukar2 banner dan link to each other. Aku pon tak sure sapa yg mula dulu. Sera kots?? ahehehe. Then bila nampak ramai yg buat. Dan yang aku igt aku tanya mie utk tau size banner tu. Ehehehe. Aku pon nak jugak la. ralit mengadap PaintShopPro utk design banner cepotet tu. ahaha. nak tgk banner pertama aku?


Pastu aku buat baru. Yer la. Masa tu aku tukar layout. Jadi kena la synchro-kan dengan layout baru


Bila aku rajin aku akan letak banner yg ada dalam simpanan aku. Kikikik

Geng Jurnal tak nak start trend banner lagi ke? ;)

Penat la tunggu.

Seminggu cuti tu aku tunggu. Tapi tak datang2 jugak. Dah nak habis minggu baru dia datang. Penat pankreas aku tunggu. Susah nak tido. Malam golek2. Semalam siap tido kat ruang tamu lagi. Sebab panas ya ammatz. Yeah yeah. Dia datang lagi. :|. Lain kali, tak payah tunggu. Karang tak datang. Kecewa plak. Ehehe. Yang pasti dah datang dah. Risiko kena tanggung sendiri.
  • 0
Realistik.
Pernah seorang debater pencen nasihati aku
"Kenyataan boleh dielak
Tapi bukan dinafikan"

Aku bukan nak lari
Aku cuma tak sanggup hadapinya lagi
Terima kasih
:)
  • 0
Aku cuma mahukan taman yang kecil..
Penuh dengan bunga yang aku suka..
Taman yang ada aku dan bunga2 tu sahaja
Taman yang simpan sejuta senyumanku
14 February??

I dont celebrate Valentine. But i appreciate chocolate and roses. ;).

Sempena Hari Valentine nih. Aku nak titipkan cerita yg pernah aku tulis pada 19.2.2002 dahulu. Tiada dalam archive aku. Sempena jiwang mode aku nih. Layan jer la ek? Cerita ini pernah dilakonkan secara live dihadapan restoren apa tah kat Taman Kinrara. Cik easy sbgi Kay dan memperkenalkan wajah baru Kaezrin sebagai aku. Ahaks

Here it is. Life was so peacefull and uncomplicated then. "quote ina"

-Flashback



Winter '97. Sejuk. Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku bilamana aku dan Kay menyusuri Guildhall walk dalam perjalanan ke Frewen Library. Nak cari buku rujukan katanya. sambil-sambil tu boleh la siapkan Math Homework yang diberi oleh Mrs. S . Cuaca disini memang sejuk. Apetah lagi inilah tahun pertama aku di portsmouth. semuanya aku rasakan berbeza. rakan satu apartment aku di Bateson hall berbangsa asing. seorang berbangsa Peranchis, seorang lagi dari Germany. Nasib aku baik, Emon jadi teman sebilik aku. Ada juga teman nak cakap melayu. Aku senyum. Kay sibuk bercerita tentang Audio System yang hendak dibelinya.

" aku nak beli system yang canggih. dan cerita kat abang aku. Biar dia jealous. Lepas tu, aku bawak balik malaysia dan hadiahkan untuk abang aku. Biar dia suprise." bersungguh dia bercerita. aku turut sama tersenyum. Kay, charming orangnya. bagaima gadis seperti aku tak rasa istimewa bila berjalan dengan Kay. Dia layan aku lebih baik dari yang lain. Lagipun, dia jadi pujaan kami. Pujaan aku.

Aku tahu kedudukan Kay. Dia ada buah hati di Malaysia. Tapi aku tetap intim dengannya. How can i resist. mungkin kerana berjauhan dengan keluarga. jadi apa-apa pon. kawanlah yang menjadi penawar duka. Sunyi. Tapi aku ada Kay dan Emon. Semuanya bermula di Kisdar. kami bersepuluh mmg rapat. tak dapat dinafikan. satu awan bak kata kami. Mmg pada mula-mula beremu ngan kay. aku kagumi kekacakannya. nampak smart selalu. Senyum dia. Just nice. Dialah yang hantar aku ke Bus Stand, dia la yang carikan aku cempedak goreng bila aku sibuk-sibuk nak makan, dia juga lah yang sorokkan kasut aku. Dia jugalah yang jerit nama aku bila nampak aku kat Kolej. Perkara-perkara kecil tu la yang membiolkan kami berdua.

Perjalanan diteruskan. Aku sibuk meneliti pokok2 renek ditepi jalan. itu tabiatku bila berjalan. rasberri yang hijau dan merah terjuntai. tangan gatalku mengutil sebiji. aku membelek buah tu dengan perasaan kagum. aku campak buah tuh dihadapan aku dalam jarak sekaki.. Bila aku sampai dekat. aku pijak. kenapa? aku curious apa yang akan terjadi. sudah pasti rasberi tu pecah.. dan aku pon nampak la jem rasberi atas jalan.

Kay mmg anak orang berada. Aku tak mcm dia. Duit yang ada cumalah duit sara diri yang diberikan setiap bulan. Dari jauh phone Booth berwarna merah tu bagai melambai-lambai kerinduan kami. Kay mempercepatkan langkah. Nak telefon kawan dia.. dan nak telefon buah hatinya. Aku senyum. dalam hati aku. Aku rasa seperti terbakar sedikit. Aku diamkan sahaja. Kay meminta aku tunggu dan masuk kedalam phone booth . Pintu tertutup lantas aku memeluk jaket yang membaluti tubuh. Erat. supaya udara sejuk tak dapat menerobosi jaket aku dan mencucuk-cucuk sehingga ke tulang. Angin bertiup kuat. Angin laut mmg sejuk. Aku membetulkan tudung aku. Kay sedang berborak dengan kawannya. Aku pasti kawan Kay terkejut dan tak percaya kay sanggup menelefon dari jauh. Aku teringat reaksi nenek bila aku menelefon nenek. "rasa macam kat sebelah rumah aje" aku tergelak mendengar pernyataan nenek. Habis bercakap, Kay meletakkan gagang. Dia mengeluarkan duit syiling lagi. satu, dua, tiga, empat,lima. lima pound. dan aku tahu no. siapa yang akan di dial. Aku dapat rasakan satu perasaan yang tak pernah aku rasa selama ni. "kau cemburu" bisik hati aku. Hatiku panas melihat dia tersenyum didalam phone booth tu. Tetapi aku tetap rasa sejuk ditgh2 angin yang bertiup. Dia gelak. Aku yang menunggu diluar. Dia sedap-sedap aje gelak kat dalam. Aku tak dapat menahan perasaan aku. aku tak mampu melihat dia berbual ditelefon dengan 'i know who'. Baik aku pergi. Aku tak mahu rasa bodoh berdiri diluar ni.

Aku ketuk cermin pintu phone booth tu. Kay tersentak. Mengangkat tangan dia tanda tunggu sekejap. Aku aku tunjuk library. Aku nak pergi. Sekarang! dan aku pergi. Aku berjalan tanpa memandang Kay. Lagipun library cuma lebih kurang 100 meter dari phone booth tu. Aku berjalan membetulkan beg sandang aku yang terlondeh sedikit dari bahu. Boots aku menguis daun yang jatuh. Dan tiba-tiba aku dengar nama aku dipanggil dari belakang. Kay sedang berlari2 anak untuk menyaingi aku. Aku berhenti menunggu Kay. Kami pon berjalan bersama menyusuri Cambridge Rd. menuju ke Frewen Library. Aku senyum. hati aku rasa puas.kay dan aku, meninggalkan phone booth merah itu yang semakin hilang dari pandangan.
  • 0
Selamat Menyambut Awal Muharram. ;)
Aku terduduk sekali lagi. Aku ingat aku boleh percaya dia. Now I know who is trustworthy enough to keep my secret. Trust No One.

To this dearest person. You are older but not wiser if you keep gossiping behind ppl back. Doesnt matter what's your intention while telling other ppl abt my secret. Maybe she/he dont know or realised that SECRET are meant to be KEPT.
  • 0
166

Ada orang masih tak puas hati. Masih ada lain kali untuk puaskan hati sendiri. Aku kopak dah. Kalau nak ajak lagi kena belanja aku. Ahahahaha.

cikdaun: Letih la riak2 nih..
Perangai Buruk, Muke buruk, Siku pun buruk jugak

Ada orang gila, konon kata halalkan bebarang dia. Sekarang minta balik. Bende2 tu dah takder. Aku dah bg kat rumah anak2 yatim. Utk kifarah dosa ko. Adil kan?
  • 0
You are 80% Sagittarius





Akhirnya
The Long Awaited Template is complete. Lantak la. Ehehehe. Ika.. Sila tgk puas2. AKu saje nak bg mata ko tak mengantuk dengan purplish layout berbadi aku tu. Sekarang baru la rasa segar sket. Alhamdulillah. Ni kalau aku tak sesambil buat keje dipagi Sabtu yang aku rasa barakah nih. mmg tak jalan la sampai bila2. Waktu keje takleh nak mencuri waktu utk upload gambar pejadah nih. ;)

"UNTUK KELIHATAN LEBIH BERGAYA SEMASA MEMBACA LUAHAN PANKREAS CIKDAUN, ANDA DISARANKAN SUPAYA MEMAKAI SPEK HITAM. SELAIN DARIPADA KELIHATAN STYLO, ANDA JUGAK DAPAT MENGURANGKAN TERIK KALER KUNING LAYOUT BARU CIKDAUN." Applied only for Laptopper credit to ika

Pesanan Khidmat Masyarakat ini ditaja oleh Pil Susut Perut Puteri Binary.

Ambil la darah aku
Aku mmg menanti2kan hari tu.
Company aku organised blood donation run.
Aku teruja utk memberi khidmat masyarakat.
Masa tu ramai orang.
Aku sabar tunggu dan beratur.
Aku cukup tido,
Aku cukup berat,
Darah aku cukup bagus,
Tapi bila muka surat terakhir sekali,
Aku gagal,
Ceh,
Nak buat mcm mana,
Aku berada di tempat berwabak kuku & mulut
Lebih dari 6 bulan
Rasa nak nangis
Sampai sekarang,
Aku masih kesal lagi
Aku tak boleh derma darah,
Aku tanya misi,
Sampai bila?
Misi pon tak tau
Aku lagi la,
Malangnya aku,
Darah aku tak laku,
Uhukss
*Nangis nangis nangis*
BooHoo.. :(
  • 0
Friday Five

1. What blood group are you?
B+

2. Do you give blood? Why/why not?
I really really wantto. But I cant. Blame it on foot & mouth disease.

3. Are you listed as an organ doner? Again, why/why not?
Nope. I never give it a thought.

4. Would you donate an organ or other part of your body (eg bone marrow) while still alive?
Nope. Unless it's desperate measure to save my family member life.

5. Would you consider leaving your body to medical science? Or maybe just parts of your body?
I would. If the price is right. Ahahaha. & after my death.
  • 0
Fateen dah Bersalin

Kawan aku si Fateen or panggilan manja aku pada dia Teen-Fa telah selamat melahirkan anak lelaki yang aku pasti cute and comey. Ehehehe. 3.9 kg bernama Aniq Zulhijjah. Ganeh la. Aku dpttau lambat, konon2 nak merajuk la. Tapi tak kuasa la . Biasalah orang yang dah kawin tu biasanya tak ingat orang lain dah. Hehehe. Congrats Fateen. Love ya. * Rajin ke aku nak gi Tg Karang?*

Layout baru

Been working on my new layout. Layout ni banyak badi. Ahahaha. Bila nak buat? Kena ada one dedicated time utk tukar layout nih. cehehehe. Ika, tggu la. Aku rasa aku nyer colour scheme dah tak stabil. Tah apa2 tah design baru aku tu. Ahahaha

Gajah pon aku leh telan

Lepas berbual kosong dengan seorang kawan. Aku dapati yang aku tak tau adakah gajah boleh dimakan. Halal ke? Kawan aku kata tak halal, sebab gajah tak pernah dibuat korban. Aku plak rasa, kalau gajah disembelih elok2, boleh la makan kots. Logik aku yang tak masuk akal.

Aku tanya kawan aku yang jauh nuun di Sarawak sana. Leh ke? Dia jawab dengan bergaya. Aku quote sms dia k? "Tak boleh makan gajah sbb bergading. D kira sama dgn taring".. Wooo, aku tau binatang yang bertaring takleh dimakan. Sbb tu aku rasa gajah leh dimakan. Ehehehe. Rupa-rupanya gading gajah tu dikira as taring gaks. Terjawab la persoalan pankreas aku. Nasihat aku pada semua, makan jer la binatang yang biasa dimakan. Jangan merepek2 nak mkn yang bukan2. Gajah msk merah sedap tak?

cikdaun: Tekak ni nak mkn western & Italian food jer sekarang
  • 0
- insyaAllah... selamat sampai ... mama + ayah + nina + kak nita <- tunang Along + Achik <- adik tunang aku ... menghantar .. : ) .. aku kat sini hepi.. sebab ada yang menghantar dia.. mama + ayah pon supporting.. ngan bakal menantu tak ler nak buat cam orang lain.. Alhamdulillah..

- tpon rumah pagi tadi.. mama + ayah hantaq kak nita + achik balik kampus.. kak nita kat UM.. achik kat UKM..

- aku still tunggu parcel dari London.. mano la nih? menyeksa jiwa aku.. dah ler orang tuh halal-kan belanja pos.. Alhamdulillah.. dia kata anggap sebagai duit raya la.. aku hepi ajek.. syukur sangat..
Semalam training aku habis cepat. Smpi rumah dalam lebih kurang kol 5.30. Aku dok harrass housemates aku bila depa nak balik. Nak ajak pi merendek kat Pasar Malam BB*. Sadis punya cerita. Aku sampai tertido2 tggu depa balik. Depa mkn kat Kelab Tasik Putrajaya. Ahahaha. Sabo jer la aku.

Sempat jugak beli2 barang kat pasar tu. Malam tu hujan, Alhamdulillah aku pesan kat depa bwk payung sekali. Tak la berhujan kat pasar tu. Sempat balik sebelum Changjin habis. Ehehehe. 15 minit kitorang terlepas. Aku faham la mcm mana si Emon atur hidup dia berdasarkan rancangan tv. Tak la. Aku tak teruk mana. Aku cuma atur jadual hidup aku berdasarkan rancangan
1. Palace of the Golden Horses Jewel in the Palace
2. American Next Top Model - Season 3
3. The Apprentice - Season 2
4. Navy NCIS

Tu pon dah kira hardcore dah. Kikiki
  • 0
Life is beautiful

I really feel so serene right now. I love listening to 'love song'. I love waking up and breath the cool air. I love watching children happily playing in playground. Babies are lovely. Loves strolling along the beach. Love when i feel the wind blowing on my face. Pretty thing make ke smile. I love my life. Coz its mine. All mine.

Kau kenal aku?

Aku tak kenal kau. Jadi kau nak kata yang kau kenal aku? Hehehe. Kawan-kawan aku tak berselindung disebalik nama. Sahabat aku boleh dikira dengan jari.

cikdaun:kawan aku adalah orang yang aku kenal. Yang lain aku tak amik port pon

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers