• 0
To Ika,

Bukan salah aku membuatkan ko melalak2 di bulan Ramadhan nih. Aku tak salahkan ko perrr.. Aku melalak2 pada first day posa aritu. Ahaks. Sephia tu mmg citer sadis. Kalau ko dengar lagu tema dia pon ko dah tau. :p Frustrating betul. Yang malang adalah pompuan2 yang dok mendamba kasih si Ako tu. Akhirnya mati jugek. Siye2 jer.. Tapi pueh hati dak? leh melalak2 dan kritik2 citer tu.. :P
  • 0
Balik kampung lepas sahur tu. Rasa damai jer jenjalan waktu subuh. Jalan pon lapang. Sejuk je. 7.30 aku selamat sampai. Mama macam hepi jer tengok anak dara kesayangan dia balik. :P Kacau2 ayah yang tengah tido2 kat depan. Borak2 ngan ayah. Mama pi sureco nyer apa tah.

Aku balik bawak sebeg baju yang tak basuh. Sekarang nih selalu hujan. Baju tak kering2. Housemate aku pon baru basuh selambak baju dia. Takder tempat nak sidai. *Anggap jer la ianya sebagai alasan*. Aku basuh baju aku and baju kat umah tu pon tak la banyak sangat. Baju aku yang berlambak2.

Kat rumah tu bukannya ada sesiapa pon. Mama, Ayah, Nina and aku. Mama keluar, Nina tak habis2 harrass aku untuk layan dia. Kesian dia. Sure sunyi sorang2 budak kat rumah tu. Kejenya berangan and menyanyi depan cermin. Dengan adanya aku kat rumah, ada la geng sket. Tapi aku jer yang dok buli dia.

Ayah and mama harap Nina jadi pengawas masa darjah 3 karang. Bila aku tanya Nina, dia pon kata dia nak jadi pengawas. Aku cerita masa aku darjah 5 dulu, aku kena buat public speaking. Masa bertanding jadi jawatan tertinggi Majlis Pengawas Sekolah. Aku tak prepare apa pon. Pepagi sebelum pi sekolah tu baru la terhegeh2 harrass Mama & Ayah buatkan speech sebaris dua. Dah nak nangis2 dah takmo pi sekolah. Aku ni ada nervous breakdown sket. :P End up, aku nyer speech paling power & bernas sekali. Dalam hati, Tuhan jer yang tau. Kaki rasa nak jatuh bedebup. Bebudak lain pon main bantai jer. Jadi, dengan bangganya aku dilantik jadi Penolong Ketua Pengawas. Nina mcm kagum jer dengar citer aku. Siap nak salin speech aku lagi. Ahaks.. Mana la aku ingat. Hopefully, kalau cikgu2 Nina nampak kepimpinan *baca: kegila kuasaan* dia. Dapat la budak kenit tu jadi Pengawas. Kalau tak, jadi mawas jer pun cukup.

Lewat dah nih. Balik la dulu. tada...
  • 0
Pompuan nih, makin lama makin lawa pulak. Daripada zaman soap drama dia sampai ke la nih. Ish.. Chocolate ni aku tak tau dari album mana. Tapi video clip dia class aa pada pendapat aku. Dengan setting mcm zaman 70an. Aku rasa waaaa.. Seksi gila la. Semuanya mcm slow motion jer. Ahaks. Aku tak minat coklat sangat. Tapi coklat yang nih.. Every motion memukau. Kylie Minogue punya video clip mmg sempoi. Dan dia mcm tak pernah tak lawa. Baper byk botox dia pakai? baper byk colagen dia suntik?

Kylie Minogue - Chocolate

Fragile, seems I opened up to quick and all my dreams were woken up
I slowly lost my fight
with every single man a river cried

I had no sensation, completely numb I felt no satisfaction
I thought no one could ever get me high again
I swear I was not looking

I've waited so long, I thought the real thing was a fake, I thought it was a tool to break me down
you prove me wrong again

If love were liquid it would drown me in a placeless place refine me,
in a heart shape come around me and then melt me slowly down
if love were human it would know me in a lost space come and show me,
hold me and control me and then melt me slowly down, like chocolate

Tastes so good my hearts been mended, who'd have thought it would?
an empty bed and still I won the catch, a man who I love and who loves me back

I've waited so long for love to heal me, so I'd feel it, thought it wasn't real and then you came
you prove me wrong again

If love were liquid it would drown me in a placeless place refine me,
in a heart shape come around me and then melt me slowly down
if love were human it would know me in a lost space come and show me,
hold me and control me and then melt me slowly down, like chocolate

Come here, zoom in, catch the smile
there's no doubt it's for you and I'm addicted tonight

Just one look boy to mellow it out
just one heart here to save me now
your candy kisses are sweet I know
hold me tight baby, don't let go

  • 0
Cara menjawab soalan II

A>Ko bila nak kawin?
B> Sukahati aku la bila nak kawin. Ko ni sibuk la
*beri sengih yang paling smart*
Cara2 menjawab soalan I

A> Bila kenduri?
A> yg lain semua dah sebok2
B> takkan diorang sibuk2 aku pun kene sibuk2 jugak?
*bagi senyuman yang paling manis*
Dunkin' Donut tu sedap jugak kan? Custard and Blueberry. ;)
  • 0
Susah dan senang kita sama2.
No worry sayang..
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

- Aku sambut Ramadhan ni dengan sederhana. Aku tak teringin benda yang bukan2. Cuma beger santak jer. Itupun sebab aku demam sebab melalak2 tengok "Windstruck" yang Ika bawak masa dia singgah aritu. Kesian aku.

- Dengan semangat waja setelah seharian Sabtu lepas aku habiskan dengan berbaring2an merehatkan kepala yang aku rasa bengal and berat. Aku meneruskan perjalanan ke kampung terchenta. Itu pon dah petang2 Ahad tu. Try jalan belakang ikut Dengkil. Hmm. Ok jugak. Cuma kena pandu berhati2 takut kene paku la plak. Dah takder tayar spare lagi. *Tayar belakang belah kanan aku dah pancit kena paku. Rasa2nya masa aku pergi Sg Chua Jumaat lepas. Alhamdulillah ada hero yang tolong pasangkan*. Jangan sangka aku tak boleh nak pasang sendiri. Tapi selalunya bila tayar aku pancit. Sure ada hero yang datang. Kalau ada hero, aku malas lah nak tunjuk heroin dak?.

- Sampai kat kampung, waaaaa.. Nampak kereta Along kat laman. Meriah la rumah. Aku igt cuma ada Jiha and Nina jer. Yeaaa... Bising la sket umah tu. Hepi walaupun si Tanja Nabil muntah atas aku. Habis seluar aku. Si Tanja tu pantang di acah suap. Sure nak telan punyer. ishhh.. Dia budak kecik.. Mana la dia tau.

- Along balik lepas maghrib. Kak Nita keje. Kesian pulak. Tapi jeles bila kak Nita akan cuti 2 minggu masa Raya karang. Aku pon cukup jer nak cuti sampai dua minggu. Tapi project ni takleh nak dianak tirikan. Aku harap ada project lagi besar leh berlangsung dalam musim raya nih. Hopefully..

- Malam tadi tak dapat tido sangat. Nyamuk punyer la besarrr.. Wooii.. darah aku tak manis laaa.. Pi la gigit si Nina tuuu.. Uiks.. Bila aku bangun, aku rasa pening2 lalat. Saje je melambat2kan waktu nak gerak pi keje balik. Siap lap2 kereta lagi. Sambil dengar mama and ayah dok mengomen pasal kereta aku. Aku rasa ayah and mama lagi suka kalau aku balik keesokan harinya berbanding aku balik Ahad malam tu jugak. Tapi aku jer yang malas nak bangun awal skettt.

- Hari ni bukannya buat apa. Kene duduk mengadap meeting yang paling bosan dalam dunia. Tersengguk2 aku. Nasib la bukan part aku yang aku kene konsentret. Part aku esok. So.. malam ni aku nak berehat betul2. :P. Kalau esok aku ngantuk jugak. Mmg nak kene tabuh la nih. Ampehs
  • 0

icy


[[Distant Snowflake]]
You're so aloof. while giving some people the cold shoulder may make you look cool, you could be preventing great people from reaching out to you. surprisingly, your chilly demeanor probably comes from insecurity, not a superiority complex. perhaps you are worried that people are unable to accept you for who you are. then these people are probably not worth your friendship. to start breaking down your ice-princess barriers, you could take more small risks like smiling at strangers. and please rate! =)
Are You Friendly Or Frosty? (Find out what vibes you are sending out to others around you! Friendly carebear, or Frosty snowman?) brought to you by Quizzilla.


Ahaks. Aku gelak jer. Biasa la. Kalau tengah takder perasaan, aku mmg dengan muke aku tak amik port pon. But bila dah kenal aku, aku ni ok jer. Mayb annoying jer kekadang dengan lawak bangang and perangai aku yg easily amused nih. :P Sabo jer la b ek?
  • 0
Weekend aku dipenuhi oleh warna warni.. Kedatangan Ika aku sambut dengan gembira. Aku jemput Ika seminit sebelum ERL Ika smpi di Hentian Putrajaya. Berbuka puasa dalam kereta. Itupon setelah perasan orang2 kat surau Aparment aku tu nak start Maghrib. Nak jaga Ika senang jer, kasi dia mkn mee grg pon dah cukup. Aku ngan toksik siap berhidang2. Dia cuma mkn mee grg tanpa sayur. Aku siap psiko waitress tu, kalau dia bg yang bersayur aku tanak amik. Mcm la aku yang nak mkn pon. :P

Sabtunya, bawak Ika ke Jln TAR. Nasib baik ada tOKSIK. Kalau harapkan aku mmg sesat2 la mencari tempat. Sarapan di Kantin office b. Pertama kali aku rasa cappati cicah kima. Ika dah janji nak minta resepi kat makcik dia. Lepak2 kat Nagoya sebab ber-aircond. SYiok belek2 kain smpi dpt 'ekkuse me' dari pekerja Nagoya tu. Aku terpijak kain dia. Sabo jer la. Ekkuse me Ika. :P.

Jumpa dengan Elin di area Nagoya. Shoppings sakan si Ika. Aku syiok tlg pilihkan tudung jer.Tak boleh nak shopping sangat. Karang akhir bulan mkn bubur jer. :P Then makan lagi, Nasi ayam kat rumah cik easy. Spyz adn the gang pon join sama. Elin and J pon ada. Kitorang dok menggomol baby2 comel Efi and Nabil. Efi easily amused and Nabil yang takleh duduk diam. Aku rasa Efi and Nabil kecut dah lepas di gomol oleh semua orang. :P

Mlm tu mkn lagi. Alemak. Dah baper kali mkn nih? Satay tajaan Ika. Aku mkn 4 batang, Ika mkn 8 btg and tOKSIK buat rekod mkn 2 batang jer. Aku boikot satay Hj Samuri sebab ianya terlalu mainstream. Aku kan non mainstream. :P

Mlm tu lepas tengok Eiffel I'm in Love yang tak baper sesuai untuk kanak2 15 tahun. Aku rasa mcm poyo la plak citer tu. Sweet kalau aku berumur 15 tahun. Bila ko 25 tahun mcm aku, ko akan kategorikan citer tu crap. Aku plak ada high expectation utk citer tu. Nampak sangat aku ni bukan remaja lagi.

Igt nak sambung citer Hum Tum. Aku dah tak larat, Ika plak dah pengsan. tak sampai 1/4 cd aku dah koma. Lenkali la.

Ahad> Bawak Ika mkn Briyani kat Briyani Gam Putrajaya tu. Walaupun terkiasu, kitorang tak peduli dah. Hmm. Ni kali ke-3 aku mkn, tak sedap sangat la. Ish. Sadis. Kuah Ayam merah dia tu cair giles. Kiciwa aku. Lenkali aku bwk Ika kat Aladdin Cafe kat Souq tu. Ayam merah dia mantap. Mengecewakan betul. Agaknya Braiyani Gam Putrajaya tu terlalu mainstream smpi hilang sengatnya. Mcm blog jugak. :P

Hantar Ika ke KLIA. Tata Ika.. muahsss muahhsss.. Lenkali datang lagi. Hotel Putra Harmoni sedia menanti. ;).

Thanks to semua. tOKSIK, Ika, Elin, J and Khilfi, Along, K.Nita and Nabil Doyok, Spyz and co. Thanks for everything.

  • 0
Semalam aku dah tulis entry pepanjang. Aku moody gile dalam entry tu. Pahtu masa nak post, blogger ni slow nak mati. Ada hikmahnya, daripada aku memarah gitu. Baik aku bersabar. Aku puasa smlm. Betullah Tuhan nak jaga aku daripada penyakit hati. Alhamdulillah. Hari ni aku ok jer.

Ada tetamu dari Kota Singa nak lepak umah aku. Kecik tapak tangan, Putrajaya Boulevard aku tadahkan. :) Ika akan sampai ptg karang. Aku amik dia kat erl yang sekangkang kera jer dari rumah aku. ehehe.

Tuan rumah aku tak jadi menjenguk. Jadi aku nyer jadual tak ler haru biru. Boleh bawak Ika tengok Sijan*kang tu. Tah la. Ada orang ke idak kat *ijangkang.

Mlm tadi aku ada buat agar2. Agaknya aku nyer lidah mengong sket smlm. Agar2 aku dah termanis la plak. Uiks. Gila la tu. Tah la. Padan muke aku. Ehehehe. Apa yang aku pk masa aku tambah gula sesenduk lagi tu?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers