Status

CafeMom Tickers

Tuesday, March 30, 2004

15 OKT 2001, local time : 23.15
aku amik bunga matahari.. aku semat dlm hati.. dan aku kata pada diri aku " aku pon macam bunga matahari " .. aku senyum dan berlalu pergi

Monday, March 29, 2004

Paksi

hidup aku
bukan aku punya
ia berputar
disekitar kau

aku perlu
ada paksi baru

mama dah pesan
jgn suka2 sangat
nanti menangis

kan betul

Friday, March 26, 2004

Catur & Kawad

- Catur hanyalah untuk orang2 yang berhati2. Bukan orang yang cuai mcm aku. Kalau aku jaga belah sana, maybe belah sini aku akan abaikan. Bagi aku catur adalah untuk orang yang mempunyai tahap intelek yang tinggi. Salute dari aku kepada pencatur2 diluar sana. Aku cuma tahu mcm mana setiap gerak biji catur tapi taktik2 yang ada dalam catur satu haprak pon aku tak tau. *Main dam pon kalah, apetah lagi main catur*. Congrats untuk b yang jadi wakil univ. untuk sukan inter Universiti. Aku cuma leh doakan dari kejauhan. :P

- Esok final sukan staff tpt b. Aku nak tgk b berkawad la. :P * kiri kanan kiri !!!!*

Tutup mata.. buka hati..
Luahkan apa yang kita rasa..
Hasilnya..

com·mu·ni·ca·tion ( P ) Pronunciation Key (k-myn-kshn)
n.
The act of communicating; transmission.

Thursday, March 25, 2004

aku renung refleksi cermin itu
psycho!!!

Sabar

5 bulan jer lagi.. leh ke aku bertahan? Boleh insyaAllah. Ya Allah.. Berilah aku kekuatan

Wednesday, March 24, 2004

Trauma

- Sejak satu satu benda berlaku. Aku jadi trauma. Aku taknak perkara yang berlaku pada aku terjadi lagi.

Bahagia

- Aku bahagia kat sini. Hey engkau! Pergi jauh2. Jangan salahkan aku atas kecuaian engkau sendiri.

Jumpa norsalina kat masjid bangi. What a pleasant suprise. Muke familiar, tapi aku tak sure kat mana aku jumpa. Nasib salina tegur aku dulu. Kalau dak mmg kene cop GJ sombong la aku. Ihiks.

Monday, March 22, 2004

2268 Date: 2004-03-22 04:23:33
ju ( no email / no homepage) wrote:

askum cik daun..jiwang gak ko yek..ko rindu kat toksik yek..ko kahwin je lah ngan dia cepat..apa susah..aku doakan ko bahagia..tapi kan..adakah kebahagian itu akan kita perolehi jika kebahagian kita melalui titian tangisan orang lain...


Cikdaun respond:
W'salam Ju, Thanks doakan kebahagiaan aku. It is fair kalau ko ckp aku rindukan tOKSIK. ehehe. Kebahagiaan adalah untuk orang yang mencari bahagia. Orang yang duduk sahaja and harap kebahagiaan akan datang. Bukan takleh dpt bahagia. Mungkin akan dtg tapi lewat sket sbb takder usaha. Kabahagiaan melalui tangisan orang lain? Nasihat aku, bagi orang yang menangis tu.. Stop crying, life goes on. Orang tu dah bahagia, kita carik la bahagia kat tempat lain.

Friday, March 19, 2004

SELAMAT MENGUNDI :)

Susah nak tido.. akhirnya aku menyanyi lagi ni sorang2 pagi2 buta..

Kenapa
Mataku tak terpejam
Walau pun malam telah berakhir

Menunggu
Panggilan rindumu
Merdu suaramu
Menikam kalbu

....
tak sedar bila aku terlena.. tapi aku jaga di awal pagi gila..
Siap kemas2 rumah.. sapu..

Sampai bila
Aku harus menanti
Dalam rindu yang dalam
Tak bertepi

Adakah titik cahaya
Di hati
Menerangi jalan
Hidupku nanti

....
Aku mulakan dengan senyuman..

Thursday, March 18, 2004

aku cuma ada blog ni

Where is the trust??

I should trust my instinct

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."

Wednesday, March 17, 2004

Check out Elin's sugar pie honey bunch.. Khilfi Ezzan in action..

Tuesday, March 16, 2004

Demam pilihanraya?

- Aku kena selsema Pilihanraya aje. AKu bukannya pandai nak memberi komentar politik. Cuma borak2 kosong dengan officemate aku yang mostly sama aliran dengan aku. Ihiks. Kelakar jugak. Sorang tu siap dapat elaun untuk balik mengundi kat Kelantan. Perghh. 1K tu. sapa nak bagi? kalau dak parti membangkang Pembangkang di Kelate. Kalau gitu aku pon nak balik gaks.

- Kegemaran aku adalah tengok poster2 yang ada. Cuma tak berapa gemar perangai orang2 yang memasang poster. Pasang poster tu diam2 jer la. Ni nak sibuk2 menjerit2 melaung2 pulak. Kalau siang tu aku terima la jugak rasionalnya. Ni, tengah2 pagi buta. Pukul satu setengah, beramai2 atas lori sambil menjerit2. Aku ingat ada kecemasan apa la. Menggangu aku tido jer.

- First time mengundi ni. Macam best jer. Janji nak pi sama2 dengan Kartini. Bak kata Uncle Karim. Jangan cakap banyak. Undi jer la. ;)

Wednesday, March 10, 2004

back to office..

pelik dengan environment office aku

cam tegang semacam aje

??