• 0
Do you dare enough?

- Balik kampung minggu lepas, dapat kad kaler merah tahun baru cina. Ishh.. Kawan cina mana yang bagi aku kad Gong Xi Fa Cai nih. Alermak! Rupa2nya kad kawin kawan aku. Cuma takder gambar monyet jer. Daring gila. Kalau la aku ada dia punya guts untuk wat kad kawin kaler merah darah. Sure mama marah punyer. :P Kadang2 benda2 yang aku rasa cool bila dibuat. Akan dpt respond gini "Ko jangan nak menyalah2" dari mama.

p/s: certain benda kita terpaksa juga ikut cara konservatif

Sayang menyayang Singgung menyinggung

-Aku balik umah dalam keadaan tersinggung semalam. Ya. Aku jugak ada perasaan. Alaa.. Takkan itu pon kau nak tersinggung. Bila dah jadi gitu, aku akan react as aku la. Dan aku buat satu keputusan yang drastik. Mungkin ada yang tak suka. Aku tersinggung okay? Bagi pernyataan macam baru kenal aku dua tiga hari. Dia tak faham kot. Ok la. Aku rasa dia tak faham aku lagi. Biar la. Aku ni daring jugak untuk buat keputusan drastik.
  • 0
sapa keje kat spritvest? bagi la aku quotation untuk barcode scanner.. kasi special price boleh? tak ler aku pening2 lagi nih.
  • 0
GATHERING GJ ke III - :)

Aku tak gi bowling Pre Gathering. Alasan aku sangat kukuh. Alasan ekonomi. B balik Segamat. jadi aku tak gerak pi mana2 pon. Aku kat umah. Kemas umah. Berdebar jugak tunggu saat2 b sampai and pi sama2. Alhamdulillah aku ngan b sampai awal. so tengok2 tpt. Open gila. Boley la tu. dia reserved 10 meja untuk GJ.

Sat2 pastu elin sampai. Aku and elin terus bukak meja pendaftaran. Meja tu la tpt mendaftar. And meja tu la tpt aku nga elin makan. Semua yang daftar dpt door gift. Frame yang cool and car sticker. Aku tak dpt mingle around kecuali bab2 confirm-kan meja dah penuh ke belum.

Aku hepi dengan gathering kali nih. kecuali PA system tadak. keh keh keh. Aku hanya mampu gelak aje. and geleng kepala. kalau orang nak kata lebih2 pon tak kisah. Bende dah lepas.

Thanks for coming, Nice meeting all of you. Diorang terpaksa jumpa aku sebab aku jaga kaunter pendaftaran.
  • 0
Berkampung di Kampung

- Jumaat lepas aku ambil cuti mendadak. Ganti cuti tak jadi pada 6/12 lepas. Khamis petang aku balik ke Kampung berbekalkan semangat nak bercuti. Sebelum tu aku sempat pi kat Warta Bangi beli kain thai silikon bodo2 tu untuk jadikan blouse. Kaler maroon pink susu. <- pilih jer mana satu korang suka. :). Kepulangan aku disambut gembira oleh mama, ayah dan adik beradik aku. Ihiks. cam jiwang la pulak. *awat skema sangat?*

- Bila Along bawak si Tanja Tanja Nabil semua orang meluru nak cium dokong gomol dan sebagainya. Nak tengok tv pon tak jadi. Tapi bila ada si Tanja Nabil semua orang kene cakap perlahan. Tv nyer volume pon kene perlahan juga. Tak best la pulak. Along pon, setiap kali Nabil nak buat apa2. Siap buat anouncement. Gila attention betul.

- Waaahhh.. Aku dan mama berjaya siapkan 2 blouse. Ihiks. Konon nak jahit sendiri, ditakuti takder nafsu nak pakai. Nak kene ada sentuhan kasih sayang mama jugak. :P (Kalau jahit sendiri, jahit baju mungkin jadi kain lampin jer karang). Yeahh yeahh.

- Berjaya basuh kereta. Rasanya dah 4 bulan aku tak basuh. Ni dah kes tak sayang kereta. Dengan kerahan tenaga adik beradik. Upahnya eskrem yang kebetulan lalu kat depan rumah. Kalau tak aku balas dengan kasih sayang aku yang tak terbatas jer. Side mirror kanan aku yang suka sangat dilanggar oleh orang tu juga dah dibetulkan. Nampak normal. Tapi aku tukar cermin biasa aje. Bukan cermin cembung pon. :P

- Ahad tu balik P9. Aku bekalkan diri aku dengan bunga kantan, daun kunyit, pisang Kapok (aku tak tau org melayu panggil apa. pisang kapas kots). Ikan bilis dan udang kering yg along bawak balik dari Sabah pon mama bekalkan jugak. Sayangnya mama pada aku. And thanks to Yik dan Opik atas usaha menebang pokok pisang untuk santapan aku dihari2 akan datang. Jasamu dikenang.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers