• 0
SELAMAT HARI RAYA

- Sempena Ramadhan yang bakal berakhir nih. Aku ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Jika ada tersalah laku terkasar perkataan aku kat jurnal or real life. Halalkan makan minum aku ek?

- B.. Selamat Hari Raya untuk b gaks. Sayang b. Maaf Zahir batin. Jumpa karang ek?
Sujud Syukur Ayah

- Sampai2 jer kat Sijangkang aku terus tanya mama pasal kerepek. Aduhai la. Alhamdulillah. Ada semua yang akak2 tu order. Cuma aku kene beli cari kuih sepit jer. :)

- Aku tak sedar pon result UPSR keluar smlm. kelmarin aku sedar. tapi aku ni cepat no lupa. :P. Nina bagitau yang Mizah dapat 5A. Alhamdulillah. Syukur sangat. Nina mmg pandai pon. Aku dah expect tapi tetap gumbira tahap sakan.

- Bertuah punya adik2 aku. Siap leh main2kan ayah. Bagitau ayah yang Mizah dapat 4A jer. Ehehehe. Apa la Atok ni. Nak marah2 jer. Ihiks.

Iklan

- Kartini minta aku tolong iklankan. Dia ingat jurnal aku ni papan iklan kots. Nasib baik aku tak charge dia. Spec dia cam kat bawah tu. Sapa nak beli contact aku. Aku akan bagi contact number ma pren.
wira aeroback
mettalic grey
tahun 1999
automatic 1.5 injection
selling at 32.5 k
  • 0
kerepek

- kene balik sijangkang untuk kerepek.

- nak berbuka apa ek?
Berbuka Puasa bersama b

- Asam pedas ikan kembung dengan terung, kobis bunga goreng, kembung goreng, nasi panas.

- akhirnya pengat pisang. Setelah peristiwa pengat pisang disaster aku kelmarin.

- sayang b
  • 0
B ku saYang.. tOKSIK

- dulu aku design website aku sendiri. tapi ni kali pertama, orang design-kan untuk aku. Design dari hati. Dengan rasa sayang. Penuh cinta. untuk aku. Thanks b. Ramai orang puji. Aku yang dapat credit. Malu la pulak. tOKSIK tolong ramai blogger design website diorang. But the design aku website aku yang paling cantik ( jangan marah ). B teliti. Sayang b. B pun sayang aku jugak. Jangan jeles.

- Malam ni kite masak berbuka ek? Asam pedas best tak sayang?
  • 0
- Tido memang best. Lagi-lagi bila hati aku tension. Masa student dulu kalau aku tak hepi aku akan rasa nak tido. Tak bangun2. Jangan kejutkan aku.
- Igtkan nak tulis lain. Tapi pankreas aku rasa lain. Malangnya aku. Tak deserve apa yang aku ada sekarang ni.
  • 0
Ulang tahun ke-3 Luahan Pankreas Aku

kalau tak bersungguh-sungguh takkan jadi sesuatu bende tuh. aku tekad nak siapkan malam ni jugak. walau ape pon yang jadi, tak tido pon tak tido laa.. ehehe jadi pon. assg. baru jek hantar hari tuh. bagus laa.. */me kata kat diri sendiri* - petikan entry pertama aku. Jumaat 17/11/00, 22.29 UK time. 06.29 Malaysia time.

- Kalau dikiaskan seperti Ludi, jurnal aku adalah dari Sijangkang ke Portsmouth. Ihiks. Not a Princess Diary. Hazardaous Playground. Jingkit-jingkit. Cakap saja-saja. *jangan marah*. Aku gembira harini. Aku pilih untuk senyum dan gembira.

- Aku mendapat inspirasi daripada otai-otai jurnalis. Matjan, Nett, Sera dan lain-lain. Aku dah ada personal homepage. Macam tak siap. Tu adalah ekperimentasi pertama aku. Aku buat from scratch. Belajar html. Dan aku aku mula siries bila aku menjurnalkan diri aku, tempat aku bercerita apa aku buat hari-hari masa aku belajar. Tempat luahkan rasa rindu dan amarah, tu la nama dia Luahan Pankreas aku.

- Tak sangka dah 3 tahun aku terjebak dalam arena penjurnalan. Aku cuma tulis apa yang aku nak tulis.
  • 0
Anak Buah

- Anak buah aku lelaki, 2.9 kg, 45 cm. Lahir pada 11/11/03 pada pukul 11 pagi. Namanya mungkin Nabil Amin bin Tahrizi. NAT. Macam nama aku jugak. N******** A****** T**********. Leh jadi geng ni. :P.

- Terima kasih kepasa semua yang tulis kat gezbook. :) nett, mysanc, Aunti Yan, dan Jigo. Sms from Jigo, P-nut dan Kak Syila( Isteri Spyz). Call from Spyz dan Ayong (sepupu aku).

- Aku memang hepi. yer la Anak buah sulong. Semua berebut2 nak panggil nama apa. Nina pon seronok. Jadi Makcu. Habis la si Nabil tu.

- Jigo. Ko jangan la terkejut2 sangat. Aku suruh tOKSIK pukul ko karang. Lama lagi nak menimang anak sendiri. Enjoy la dulu. Lagipun, aku ni fast learner.
  • 0
Mee Jawa dan jutaan pengharapan

- Balik Sijangkang sempena Nuzul Quran. Kononnya nak sambut anak buah. jadi aku cadang masak lebih sket. Mee Jawa aaa. Mudah jer. Lalilaliala. Seronok juga. Bersemangat nak masak. Beli barang2 kat Tesco. Kecewa adik badik aku bila tengok aku yang balik. Sabar jer la.

- Petang tu sekali lagi diorang kecewa. Bila dengar bunyi kereta ayah. Baru nak serbu tapi tak nampak kelibat Kak Nita. Semua pakat masuk rumah balik. Sabar jer la.

- Petang tu aku sempat 'ngunjung' ke rumah nenek and nenek Siti. Hepi jer diorang tengok aku balik. kih kih kih. Aku cakap kat diorang. "Mee jawa tu kalau sedap orang yang masak, Kalau tak sedap, orang beli kat pasar". :P
  • 0
THE BECOMING

11/11/03 puku 11 pagi akak ipar aku selamat melahirkan seorang baby lelaki seberat 2.9 kg di UMMC. Tahniah buat cik easy, walaupun tak dapat berada disisi isterinya disaat2 Genting. Aku dapat rasa dia mendoakan isterinya dari kejauhan Negeri di Bawah Bayu.

Aku hepi sangat. Nasib aku ada kat Sunway Resort. Kejap je sampai untuk jenguk anak buah sulung aku. Comel jer dia. Aku kekok nak dukung baby. :P Ampeh jer la. Mona yang dok mengajar aku. :) Hepi aku tak habis lagi nih. :) Auntie Syura

Ok la. Chalo dulu.
  • 0
- memasak adalah satu terapi jiwa jugak.

- 1.5 mil nationwide tender.
  • 0
- Hati rasa kosong. Meh tengok sket. Ada penghuni ke idak? Kalau tinggal kosong lama2. Nanti ada hantu yang duduk. Ihiks.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers